.:allahu:.

Wednesday, March 25, 2009

ak & kiRAna diRikU_pArt 1

19 Jun

Pabila mentari bersinar di langit, sentreo simbol pada keadilan, keteguhan dan kemanusiaan bangkit, pabila kegelapan memanah suasana sekalian dendam, benci, cemburu dan kejahatan turut sama menelan kehidupan.

Pabila kecerian dan kemurungan muncul pada detik yang sama, ini tandanya satu malapetaka agam yang hebat akan terjadi tidak lama lagi.

Pabila segala unsur semulajadi telah hilang keseimbangannya, ini bermakna matahari kian lesu dan semakin jauh dari yang berkuasa.

Pabila kamu semua sedar akan hakikat ini, jangan gentar, tangan kita akan sentiasa berpaut rapat untuk mengatasi apa jua rintangan yang berlabuh di hadapan.

Biar pertualangan dimulakan sekarang…

Pencarian cahaya mentari…untuk masa hadapan sebuah tempat yang bernama…dunia.


29 Julai

Ataupun…mungkin sejak awal lagi, aku sudah dapat rasakan yang kau berasal dari sebuah dunia yang berbeza dengan sini. Leo, kau hadir dalam dunia ini penuh dengan tanda tanya. Namun, adakah hanya aku sahaja yang menyedarinya? Bagaimana dengan rakan-rakanku di sekolah yang kau duduki sekarang ini?

Entahlah…aku sendiri yang keliru.


10 Ogos

Dan suatu hari…kau bertemu denganku…membawa berita yang aku sendiri tidak mahu mengaku kebenarannya. Orang yang aku kasihi akan pergi meninggalkanku…pergi jauh dari sini…

Dan pada mulanya aku sekadar mempermainkan kata-katanya dan menyangka kau hanya cemburu melihat keakrabanku dan dia. Dan satu hari jelas dia pergi betul-betul di hadapanku. Kerakusan manusia mengejar segalanya telah menyakinkan kenyataannya. Dan warna merah membasahi setiap lohong itu. Orang ramai mengerumi dirinya yang terkulai layu…sekadar menanti untuk dijemput pergi.

Dalam khayalak ramai itu…aku terpandang dirimu yang sekadar memeluk tubuh. Dan kau sekadar melihat dari lintasan jalan, memandang tepat ke bebola mataku menusuk jauh ke dasar jantungku. Aku kaku. Air jernih itu menitis tanpa dapat ditahan lagi.

Tanpaku sedari, aku menampar kuat pipimu. Manusia jenis apakah kau ini? Cuba untuk merosakkan segalanya dengan kebenaran kau itu!

Mungkin kerana aku tidak pernah mempunyai pengalaman berpisah dengan insan tersayang, pemergiannya jelas meninggalkan kesan yang berbekas di hati aku ini hingga tangisan sekalipun gagal menyampaikan derita jiwa. Dan kau hanya sekadar memerhati tanpa berkata apa-apa sambil memelukku erat dalam dakapanmu yang kurasakan begitu hangat…


12 September

Kini yang tinggal hanyalah nyawaku. Aku tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mencopet kembali kebahagianku seperti asal. Begitupun aku juga tidak mahu berputus asa kerana dirimu dan diriku juga berjalan di atas titian yang sama..

Barangkali yang tinggal kini hanyalah nyawa…namun aku yakin aku tidak keseorangan dalam menangani masalah ini.

Malah aku sanggup menukar nyawaku dengan nyawanya agar aku kembali melihat kau dari atas sahaja…

Oh Tuhan! Kaulah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ke atas hambanya…

Perasaan di hati aku hanya mampuku kulum kemas. Begitu pun dalam berbondong-bondong kata hati yang hadir, tiada satu pun yang beriak gembira, ceria. Semuanya kelam, penuh dengan gelap-gelita…


5 Oktober

Aku sedar kini…kau bukannya manusia biasa. Kau merupakan malaikat maut yang sentiasa dekat dengan kematian, sentiasa hadir menjalani tugasmu dengan sabar dan tekad. Penuh berdedikasi. Dan aku tahu, ini jugalah kali pertama kau mengubah takdir yang telah tercatat dalam lohmahfuz…

Kau sanggup memberikan tiket padaku sebagai pertukaran nyawaku dengan nyawanya…dan aku sekadar mengangguk setuju.

Kelopak mataku kubuka luas, memandang alam terbentang luas di hadapanku, mendengar kicauan burung yang berirama indah. Aku bertanya pada diri…apa yang harus aku buat sekarang? Aku bergegas ke sekolah seperti biasa.

Langkahku terhenti, melihat jasadmu masih berada di tempat itu… aku tersenyum sendirian.

Langkahku percepatkan untuk mendapatkannya. Namun, aku lihat, Leo datang menghalangku dari berbuat demikian. Aku semakin hairan. Bebola mataku hanya sekadar melihat dirinya dari jauh.

Aku mamandang ke arah wajahnya. Penuh teliti. Mungkin kau akan rasa kepalaku sekeras-keras kerikir…hebat pada pandangan orang lain…tapi bolehkah persahabatan yang lahir suatu ketika dahulu terbit buat kali kedua?


22 November

Aku rasa inilah saat penghabisan yang wujud sepanjang roh dan tubuhku terbentuk menjadi suatu hidupan…

Aku tidak kenal erti sesal dalam bab ini kerna perbuatan tersebut telah menyelamatkan jiwa yang aku kasihi, tiada apa lagi yang ingin kupinta kini.

Aku sanggup menukar nyawaku dengan nyawanya demi menyelamatkan dirinya…

Namun akhirnya sebagai balasan…aku hanya sekadar dapat menangkap suaramu sahaja… memorimu jelas telah terpadam dari ingatanmu mengenai diriku…

Kini gegendang telingaku dapat menangkap suara mu, terpahat di mindaku. Aku tahu kau seorang lelaki yang tidak akan mengizinkan aku memiliki denai ini tapi segalanya sudah bertukar realiti, aku perlu tidur buat selama-lamanya…

Jika takdir masih boleh diubah dan membuka jalan peluang, aku ingin memilih untuk tidak mati dan akan sentiasa bersamamu. Namun, bisakah ia terjadi buat kali kedua…ketiga…dan …dan…

Jawapannya…aku sendiri tak tahu…

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...