.:allahu:.

Wednesday, March 25, 2009

ak & kiRAna diRikU_pArt 2


25 Disember

Dengan adanya bantuan kuasa alam, aku dapat hidup dan bangkit semula. Pun begitu, nyawa ini bukan hak milik kekal untuk aku seorang sahaja. Ia sebenarnya bukanlah suatu kehidupan yg baru mula dari benih tetapi kehidupan dari sambungan hayat yang lepas dan lalu. Kerana alam ini membantu aku untuk terus berjalan dan berjalan…semata-mata untuk bertemu denganmu.

Jika kau bertanya, adakah aku pernah marah dan seolah-olah seperti menyalahkan kau kerana telah membuatkan riwayat aku jadi kucar-kacir dan tidak keruan seperti ini…?

Jawapannya…aku sendiri sebenarnya tidak pasti.

5 Januari
Hari ini, aku kembali ke duniaku, ke sekolah itu…ke tempat itu. Tempat yang sering aku berkumpul dengan kalian. Terasa girang di hati kerana dapat menangkap figura (wujud) kau di hadapan mata aku lagi, sahabatku…sahabat yang telah lama aku tinggalkan.

Namun…
Mengapa diriku ini terlepas dari dakapan memori ingatanmu? Meskipun ini kerana alam mimpi itu telah mencampakkan daku jauh dari petak memorimu, telah menghapuskan sebahagian rahsia dan identiti mengenai diri Leo yang terkulum kemas dari petak mindamu demi keselamatanmu sendiri…

Adakah kau takut…aku akan membocorkan segala rahsia yang aku titipkan dalam mindaku.
Sudah pasti jawapannya tidak!

Namun…
Pabila kau bertanya perihal diriku…aku seakan-akan tidak dapat terima hakikat peristiwa itu boleh terjadi. Hal ini sekali gus kian mengingatkan aku bahawa…segalanya telah bertukar wajah, bertukar rupa…

Aku tidak mahu kau memalingkan wajah dan pandanganmu terhadap wanita lain selain daripada…aku.
Kata-kata luahan alam bukanlah satu penghinaan, manusia memang sentiasa mementingkan diri sendiri…


14 Februari
Aku dapat rasakan hari ini bagai diwarnai oleh pelangi yang lengkap dengan warnanya. Biarpun tidak lagi seperti dahulu, kita masih dapat bertemu kau dan juga…aku sendiri. Kita sekali lagi bisa menggancu sebuah persahabatan. Memori usang yang aku jadikan sebagai salah sebuah pusaka terpenting kini bertukar biasa, kerna aku percaya…kita bersama-sama berupaya mencipta kenangan yang baru.
Orang yang memberi aku peluang ini adalah lelaki itu. Aku tahu, alasan kau tidak menolak permintaan lelaki lain untuk pulang ke sisiku adalah demi diri ini sendiri. Walaupun cahaya bulan masih tidak mengangguk setuju dengan keputusan kau, Leo, aku rasa cahaya lembut itu tetap akan mengangguk faham tentang keikhlasan sahabatku kelak. Ini kerana mulai detik ini, saat ini, waktu ini, aku dan kau akan lebih memahami satu sama lain. Aku percaya, hari yang semakin silih berganti, hubungan kita akan dapat berubah menjadi semakin kirana (sinar).

19 Mac
Meskipun fikiran aku kadang kala terlampau berimaginasi, atau terawan-awang di udara, takdir cukup gemar membawa kekecewaan dan kemunculan tiga peria misteri ini sekali lagi melenyapkan kebahagian yang aku cipta sendiri.

Bagaimanakah kalian bisa mengabaikan kepentingan satu-satu nyawa itu dengan sewenang-wenangnya?

Mengapa hanya utk kepentingan diri nan satu, kalian sanggup menoktahkan satu nafas dan nadi yang amat berharga bagi orang lain?
Apakah sebabnya kalian ingin menghapuskan sangat unsur ini?

Aku tidak mahu! Aku tidak mahu kehilangannya lagi buat kali kedua dalam dimensi ini walaupun semuanya terpaksa aku hapuskan menggunakan kekuatanku sendiri. Aku harap dirinya dapat hidup. Inilah dia erti percintaan yang sebenar.

Aku…tahu.

19 Jun
Setahun telah berlalu sejak aku bertemu dengan dirimu. Percintaan akan menjadikan seseorang bersifat keakuan. Dalam keadaan amat bahaya dan mendukakan ini, gerak hati yang terbit di dalam diriku hanya berkata satu…aku suka padanya.
Dan aku dapat lihat…dia memandang sayu ke arah diriku sambil tersenyum. Dia turut menghulurkan tangannya padaku untuk aku sambut. Namun…pandanganku kian kabur…kerna masaku kini kian suntuk. Kanser yang aku hidapi kini mula menunjukkan dirinya yang sebenar. Namun adakah lagi ruang untukku bersama kalian?
Mungkin inilah dia perjanjian yang sebenarnya...


Hasil nukilan
Syah_Iera@SP89

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...