.:allahu:.

Wednesday, March 25, 2009

kEmaniSan iMpiana - pArt 1


Pabila mentari bersinar indah di langit biru, kegelapan mula memanah suasana, sekalian dendam, cemburu dan kebencian turut sama menelan kehidupan.

Pabila kamu semua sedar akan hakikat ini, jangan gentar, tangan kita akan sentiasa berpaut rapat untuk mengatasi apa jua rintangan yang berlabuh di hadapan….

Kedengaran kuat bunyi telefon bimbit dari peganganku menghasilkan satu getaran yang amat halus menular ke setiap urat sarafku. Aku pantas membuka mesej, membaca setiap isi yang tercoret di dalamnya.


_apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari keBimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar._

_jika dirimu kesunyian, datanglah padaku agar mampu aku menemani dan menutup

segala kesunyianmu itu_


Aku tersenyum, bersandar lemah pada sebuah tiang. Manik-manik putih mula menyembah bumi Jerman ketika ini, seakan-akan cuba untuk menyucikan setiap dosa yang dilakukan manusia di atas bumi-Nya. Suasana kedengaran sunyi. Kebanyakan orang lebih suka berada di dalam rumah berbanding berada di dalam salji yang sejuk dan tebal sambil menonton televisyen dan menghirup secawan minuman panas.

Aku pantas menggapai manik-manik yang masih belum tercemar itu. Tersenyum sendirian, menantikan seseorang…

“Bangun semua! Selamat pagi, Puan Sarina.” Lantang ketua kelasku mengucapkan selamat.

“Baik, selamat pagi semua. Pelajar, sila buka buku teks Antalogi Kerusi. Sebelum itu, sila hantar latihan semalam.” Tarmidi selaku ketua kelasku pantas menjalankan tugasnya.

Aku yang duduk di barisan belakang mencebik bibir. Memang diakui, Tarmidi memiliki ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Namun aku sendiri tidak mengerti, mengapa aku begitu bencikan sangat pada darah yang mengalir sejenis denganku.

“Nadia, mana buku awak?” soalnya lembut. Aku hanya mampu mendiamkan diri memandangkan kerja rumahku sememangnya tidak siap.

“Nadiatul…sila serahkan buku awak sekarang.” ujarnya sekali lagi, kali ini lebih kuat. Beberapa pasang mata mula terarah padaku dan Tarmidi.

“Aku tak bawalah.” Balasku pendek.

“Kau tak bawa atau…tak siap?” soal Tarmidi, sinis. Dum!! Satu tumbukan kuat singgah di atas mejaku.

“Hey, kalau aku cakap tak bawa, tak adalah maknanya! Kau tak faham-faham lagi ke? Apa ke bendulnya kau ni?” Aku menjerit lantang. Seluruh kelas memandangku dan Tarmidi. Tarmidi tergamam, dihina gadis bermata hazel lembut itu.

“Apa pandang-pandang?! Nak kena ke?” soalku lantang pada rakan-rakanku yang lain. Mereka pantas menoleh ke arah lain. Aku mencebik. Sibuk jaga tepi kain orang.

“Hey, yang di belakang tu, apa kecoh-kecoh tu?” soal Puan Sarina dari depan. “Tarmidi, apa yang berlaku tu?” Tarmidi terdiam. Antara kasih kepada kembar sendiri dengan hormat pada gurunya, dia terperangkap antara duanya.

“Nadia tak siap kerja rumah, cikgu.” Sahut Khairi. Aku pantas menoleh ke arahnya, geram. Mamat ni.. Khairi tersenyum sinis ke arahku atas alasan ingin membalas dendam kerana pernah menolak cinta monyetnya dulu.

“Tarmidi, betul ke kata Khairi, tu?” soal Pn Sarina. Aku hanya buat tak tahu sahaja mengenainya. Lantaklah pun. Bukannya kena hukum saman pun. Paling kurang pun kena berdiri kat luar.

“Nadia…terlupa bawa buku, cikgu.” Tarmidi akhirnya mempertahankanku. Aku tersenyum.

“Hmm, baiklah. Tarmidi awak baliklah ke tempat awak. Nadia, esok saya mahu buku awak berada di atas meja saya awal pagi. Faham?”

“Baik, terima kasih, cikgu.” Balasku sambil tersenyum menang.




To Be cOntinue. . . . .

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...