.:allahu:.

Tuesday, May 26, 2009

Kita Miskin Cinta dan Kasih Sayang


ketahuilah dunia semakin hari semakin tEruk. leBih teruk lagi pablia Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta.

Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup. Cintailah semua orang, kerana sesungguhnya cinta itu tidak terhad.. Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan. malah kelihatan dasyat. ini bukan sekadar omOngan kosong malah berlaku di depan mata sendiri. sehingga orang lain terabai...hmm mcm mana tu yerk...

tertanya juga diri ini, mngapa perlu sehingga mngeluarkan statement untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi. adakah ianya benar? sedalam manakah cinta Romeo dan Juliet itu perlu berkekalan. hey, tOlonglah. selagi belum diikatkan dua manusia biasa dngan saTu ikatan Yg sah, tiDak perlulah berpura-pura dngan kata-kata manis itu jikalau suatu hari ini pasti akan mnjadi pahit dan masam lalu membusukkan hatinya yang tadinya jernih dan suci.
Sedangkan bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata.

Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat. Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal.

Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.

Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad.

Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.

Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat ar-RahmaNya pada manusia tertentu. Nabi Muhammad saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja. Malah sehingga kini kita tidak tahu berapa bilangan sebenar kaum di muka bumi ini namun masing-masing mengenali siapa Tuhan kamu yang Satu. hanYa ada yang mempertikaikan sahaja.

Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silaturrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya. Kerana mata hati itu telah dibutai olehnya.


Artikel asal oleh : az-zahrah

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...