.:allahu:.

Thursday, November 11, 2010

.:ak dan kreta sewa:.



sangat menyeramkan peristiwa semalam....dengar tajuk pun dah boleh agak...
msti la nak cerita pasal kes menyewa kereta di ump ni...sepatutnya nak post pada malam kejadian..tapi takut bonda di rumah risau, jadi aku postkan sahaja yg baik2 di wall muka buku...

hadoi, yg dak2 wat sewa ni pun satu, kalau nak upgrade, boleh tak jangn dijadikan kereta sewa...???? tahukah korang betapa kejamnya korang sebenarnya bila korang dok mengupgrade kereta sewa kalian? tapi bayaran dok tetap sama jugak....kalau murah tak pa gak..tip top xpe gak...

boELh dikatakan aku hampir2 nak mengamok juga masa tu...aku rasa kalau betul ade perompak yang cuba merompak aku ketika tu, aku rasa mereka yang akan rasa dirompak oleh aku.....tapi tu semasa tak kena lah. dah kena biasalah, laen cerita jadinya.

alkisahnye begini...petang semalam, kak senior aku mntak aku menghantarkan beliau ke ump pekan...dan aku pun bersetuju memandangkan petang itu aku sedang bersantai...pe salahnya sekali sekala berbakti pada yang memerlukan...tdak memberi sebarang masalah lansung pada diri ini...dapat pahala pun aku sudah kira bersyukur...

biasalah, kak senior ditemani oleh serorang rakannya lagi...dan memandangkan aku pergi keseorangan, aku mengajak rakan rapat aku sekali a.k.a si dia...dan alhamdulillah, dia setuju untuk menemani...tapi mestilah berbalas...makan di sms....aiyakk...~~~

dan alhamdulillah, rakan senior ade support sikit minyak n sedikit wit sewa...nak dijadikan cerita, aku sememangnya sudah aim yg pergi balik dri gambang k pekan, pekan k taman tas diisi mnyak sebanyk rm 10 sahaja...dah smpai taman tas memang kena isi lagi dalam rm 5...so jumlah rm15...sebb kami pun tak da plan hendak ke kuantan ketika itu...setelah usai tugas di pekan, ketika itu hujan Allah trunkan dengan tenangnya...memandangkan kereta tu pun semacam ja...*nak ikutkan sebenarnya, aku tak tahu mana2 stesen minyak berdekatan dengan UMP pekan tu...huhu*

masa pergi aku yang plan nak memandu...bila bergerak pulang si dia kata nak drive sekali...mungkin sebb dah lama tak drive...dan aku pun benarkan...sayup2 azan maghrib kedengaran sayu...kami yg berada di dalam kereta melayan perasaan masing2 sambil bercerita tentang exam, apa yg hendak dilakukan sewaktu cuti dll....

"eh, pehal plak ni?" sahut si dia, cemas...
"Ya allah weh, minyak hbis ke? cepat berhenti kat tepi ni...sebelah sana gelap...xde lampu..." Aku menjerit keras. saat itu debaran sudah mula terasa....pantas lampu kecemasan aku hidupkan...pada masa yang sama baru aku perasan, kami berhenti betul2 pada simpang u turn menghala ke pekan.. dan kebetulan, sebuah trailer 16 tyar sedang membuat u-turn. saat itu hanya tuhan yang tahu gocangan kereta bersaiz kecil itu..

"Ok, jangan panik..sekarang ni kita nak buat ape? hah, sapa yang tnggal kat pekan??" sahut aku selamba..
"Try john." sahut si dia. PAntas jari runcingku laju menaip nombor yg diberi....
"Tak dapat. aduh, en md nOr xde no plak...haa, siti outing. saya try die..."

dan saat itu, aku membuat panggilan kepada rakan ku, seakan-akan segala bahasa melayu ku menjadi bahasa asing pada pendengaranku. siti pula bukan maen blur mendengar penjelasan dariku...ketika itu lah baru aku merasa sedikit panik...namun badan aku masih belum menunjukkan reaksi...

setelah mendapat reaksi positif dari sahabatku, aku berdiam diri...hampir 5 minit kami berada di dalam kereta...sudah memang niat awal, jangan sesekali keluar dari kereta walau apa pun yang terjadi. namun entah mengapa, naluri kecil menyatakan pada hati agar membuat sesuatu....sedangkan dihadapan kami merupakan kegelapan hutan yg hanya disuluh lampu kereta sahaja....

"Eh, biar saya tolak kereta ni..." tiba-tiba saya bersuara.
"Eh, camtu awk la yang jaga stering, saya tolak ke belakang." dia membalas....
"Eh, jangan...saya tak reti kawal stering mengundur..." entah mengapa saat itu saya membalas demikian...pelik bukan? saya pun terasa begitu. namun hendak mebangkang rasanya seakan-akan membuang masa.

Aku terus melangkah keluar dari kereta dan terus menolak kereta kancil hijau itu. setakat kancil, lagipun ketika itu jalan sangat rata. Ditemani renik2 hujan, aku menolak perlahan. tetiba, tanpa sedar, sebuah kereta wira berhenti di bahu jalan setelah membuat u turn. mulanya aku tidak sedar...bila si dia mengarah k hadapan, baru aku sedar. segera aku masuk ke dalam kereta dan mengunci diri dari dalam. membiarkan si dia membuat perhitungan sama ada Allah membenarkan lagi kami mengambil final yang seterusnya mahupun hanya setakat itu sahaja. FULL STOP.

"nape ni dik?" lelaki berpakaian seragam biru keluar bersama-sama dengan rakannya yg memakai pakaian seragam yng serupa.
"Tak da bang. minyak habis." si dia membalas. aku mendiamkan diri. berbekalkan tingkap yang terbuka sedikit, aku memasang telinga.
"Ya allah dik. Nasib baik abang nampak kawan adik yang perempuan tu. sebab sini baru ade member abang yg perempuan kena rompak kat sini minggu lepas. tu yang abang berhenti ni." saat itu aku berdiam tidak bersuara. payung pOoh aku yng berwarna oren ku raba. ada.
"macam ni lah. ada Rm10 tak? abang pie belikan." segera si dia mencari aku. ku hulurkan not merah itu dan ia bertukar tangan. sementara menunggu, 2 org abang yg turun tadi menemani si dia di luar sambil berborak2 sedangkan aku masih di dalam dilemma...

dan ketika menunggu itu lah berbagai ragam manusia yg berhenti untk mmberi pertolongan. Yang paling aku geram bila masa ada sebuah kereta kancil ni berhenti. keluar lah seorang mamat ni, ade ke die pie tolak balik kereta aku kembali ke tempat asal. dah la betul2 kat simpang u turn yang aku dok kalih beberapa minit yang lalu. time tu aku rasa nak keluar ja dari kereta memaki namun aku tidak mahu mendedahkan diri aku di situ memandangkan yang aku seorang sahaja perempuan.

ditakdirkan, akhirnya die pun blah dari situ. alhamdulillah, sangat tidak berakal sekali pemuda itu. entah berapa kali aku keluar dari kereta setiap kali trailer 8-16 tyar membuat pusingan di situ. haih, entah lah....

aku kembali masuk semula dalam kereta setelah yakin tidak menghimpit aku walaupun hanya seinchi sahaja mata trailer itu hendak mengena. aku bersyukur...

hampir 30 min juga la kami menanti akhirnya berbayar. member rakan abang tu tadi kembali dengan membawa lebih kurang dalam 10 botol penuh dengan minyak petrol...
saat aku sahaja yg tidak bergerak masih membatukan diri. setelah habis petrol bernilai rm 10 tu masuk ke dalam perut kereta, si dia cuba utk menghidupkan semula enjin kereta. entah berapa kali aku cuba memulas kunci kereta itu akhirnya berderam enjin kereta kancil tubo hijau tua itu.

setelah bersalaman dengan brother yang baik hati itu, kami laju memecut keluar dari lohong hitam itu...sebaik berhenti di sms untuk menjamah nasi, baru lah si dia bercerita. sememangnya saat itu dia sedang mengeletar lutut, tak tahu apa yang akan berlaku sekiranya abang itu tak hadir tepat pada masanya. dan tak habis2 aku bersyukur pada si Dia yg masih lagi membenarkan aku dan dia pulang untuk mengambil paper lagi.

walaupun makan dengan tidak selera tetapi habis, namun, perasaan itu tetap tidak hilang. lebih2 lagi bila Allah menetapkan hati agar membawa sesorang bersama2 aku saat itu walaupun pada tahap itu, aku sebenarnya boleh melakukan bersendirian. dan terima kasih pada abang2 yg masih belajar di kolej sebagai mekanik kapal terbang. walaupun tidak sempat berkenalan, namun aku sangat2 berterima kasih ada orng seperti abang.....


p/s: mood cuak dan gugur jantung...nk mngamok ngan pemilik kerete sewa tu....wat undeng2 cam haram, tapi keselamatan peminjam tak ambik kira....


1 comment:

angahpikah said...

yo. jgn main2 kalo hbs minyak. bahaya kot. aku pun bapa kali hbs minyak ngn gmar. sama ada aku berjalan dengan dia ke stesen terdekat or duduk diam2 dalam keta. tapi nsb kami slalu bek sbb slalu hbs mnyak kt kwsn cerah n rmai org. heheh

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...