.:allahu:.

Tuesday, October 26, 2010

penyakit exam dah nk dekaatt~~~

Symptom symptom student bila final exam minggu depan.

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.
thanks tO shera ryunk foR sharing this,..

at last...


akhirnya......hari ni aku berjaya keluar....dengan ain, eira n zue...tujuannya....?ermm, entah lah....mungkin sebab nak release tension gamaknya sebab asyik wat kerja saja kat ump...ni la baru aku rasa nak keluar..sebelum ni ain dok ajak banyak kali aku cancel di saat akhir....eh, setiap kali rasanya dia ajak...dan aku memanjang penat ja....of cos la...time xdak kerja tu la kita mahu pulun tido sepuas-puasnya....

dan akhirnya aku berjaya keluar dari kepompong tension yg teramat sangat....aku tension mula la buat muka yg tak sepatutnya dibuat...bila aku buat selamba, org kata aku tengah marah...cool babe...hak2
dont worry2...
baru la aku terasa, rupanya dah lama aku ni tak menjenguk dunia kuantan....tidak seperti semester yang lepas...setiap minggu comfirm2 ada sahaja muka ni....

tak ada apa nk stroy sangat...just td at ecm...zue n eira gila excited menjumpai seekor sebuah anak patung kucing yang agaknya sudah tahu bewarna apa....PINK...
hadoi, punya la excited state benar....sampai aku mencari mereka pun tidak dapat dijumpai....

dan aku juga tak tahu kenapa aku tnjukkan product garnier ni dalam post aku kali ni....atau mungkinkah kerana terlalu excited nak mencuba product berkenaan.....


sekian, wassalam.....

Saturday, October 9, 2010

.:sunburn:.









alhamdulillah, selesai sudah kawalan kehormat yang dinanti-nantikan hampir 2 mnggu berlatih...bak kata en lan, jurulatih kami, hanya hari ini sahaja sama ada nama kamu baik mahupun buruk....
dan alhamdulillah juga, semasa kawalan tu tak ada siapa yg tumbang walaupun time tu sememngnya terik yg teramatnya hanya Allah yang tahu...
bila ditanya jurulatih brapa lama kami berdiri, brdiri yang disangka hampir 20 min itu sebenarnya hanyalah tak sampai 10 min pun sebenarnya...
mak aih, camtu sekali daulatnya Tengku Makhota ni hanya Tuhan yg tahu....
sedangkan hari khamis dan jumaat itu merupakan hari yg teramat mendungnya...*masin gak mulut aku ni rupanya.....*
janji tamat, janji habis...
penat lelah dengan 'terpontengnya' kelas kerana kawalan kehormat ini akhirnya berakhir, akhirnya berbayar...walaupun hanya utk beberapa minit...
berbayar kerana mendapat pujian dripada Timb. KP Pahang..bukan calang2 manusia....alhamdulillah...
walaupun mungkin sepanjang latihan ini ada yg terasa hati, ada yg tidak puas hati....mungkin ada hikmah disebalik perkara yg berlaku...hanya kerana shout out org boleh terasa, org boleh fkir yg bukan2...biasalah, manusia ini hidupnya selalu akan membuat andaian dan pandangan sendiri tanpa bertanya atau menyoal siasat perkara sebenar...tup2, keluar shout out yg bukan2....ini bukan berlaku pada saya seorng, malah pada rakan2 yg laen....

kalau yg benar tu, adalah penyokongnya...kalau ada yg member kamcing yang teramat kamcing hinggakan dulunya tak pernah rapat tetiba jadi rapat tu, mulalah tnjuk belang dengan jadi batu api...salah pun dikatakan betul gak...cerita benar, belakang kira...last2 hutang dengan Tuhan sbb buat dOSa....
hidup dalam komuniti pasti ada pahit manis....sama ada berpura-pura mahu pun tidak, hanya Allah sahaja yg tahu, dan Dialah penunjuk segala perkara yang berlaku....
berbalik pada cerita sunburn tadi, huhu...tersangat pedihnya muka hanya Dia yg tahu...sakit2 badan toksah story, sudah menjadi darah daging....dan lebih2 lagi yang menjadi penanda ni....
nak salahkan org memang mudah...cuba diri tu berada di tempat penanda, tau betapa peritnya bila yg di tengah berubah kaki, tetiba berbeza dengan penanda di depan....comfirm2 org akan mengata langkah org belakang teruk...cakap semua org boleh bercakap...org luar pun boleh mengata, tapi nak mempraktikan tu Masya-Allah, macam2 langkah yg keluar...
langkah laju toksah cerita....saya nak kejar pun jadi tak terkejar...bila langkah saya perlahan, mereka laju pula, bila langkah saya laju, mereka komplain terlalu laju pulak...last2, baik yg berkata tu rasa menjadi penanda macam mana...macam mana rasa org belakang tak mengikut langkah anda??

nape tak tukar je langkah bila dah salah??
yeah itu dia soklan keramat...kenapa mesti nak tukar kalau langkah kita dah memang betul...memang statement ni agak pentingkan diri...tapi serasanya, tak perlu sehingga melakukan pergerakan tukar langkah kalau dah tau langkah betul....terutamanya selekoh...itu sememangnya blind spot penanda....nak tau, try la dok kt penanda....sbb tu en2 teramat marah bila tengah salah langkah, bukan kami yg dbelakang...terfkirkah kamu??? mesti tak bukan...sebab sifat manusia itu sememangnya tidak akan mengaku salah sendiri....

sedangkan saya lebih selesa mendengar jurulatih yg marah saya daripada org yang tak berada di tempat saya mengata...sebab at least saya boleh terfkir yang jurulatih itu mengkin pernah merasa situasi sama seperti saya....dan bila suara bertambah, maka akan menjadi la langau bak kata En lan....bukan saya yg kata....
dan perkara yg paling saya suka bila jurulatih tegur org tengah, bukan kami yg berada di kiri kanan ini...nampak sangat bukan salah kami....
kalau di kanan mula jalan dulu, mestilah kami di belakang akan mengikut yg mana ternampak...kalau salah tengah, salah lah kami...
dan begitulah sebaliknya....
sekarang, ada lagi yg cuba nk mengata? kalau still ada lagi yg tidak puas hati, try la jdi penanda, kami yg jadi org tengah....fair n square kn....???



p/S: aku yG terasa...muahahaha..kalau salah perbetulkan, bukan cakap belakang.....



Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...