.:allahu:.

Saturday, November 27, 2010

.:apa nak jadi:.

assalamualaikum....hak2, dah lama tak beri salam bila menulis dalam blog...sebab memang sudah beri salam pada mula2 sekali....hehe...so kira halal lah tu kan....

bestnyer tengok rakan2 semua dah pulang termasuklah si dia...aku pula masih tersekat di U kerana program yg sememangnya tidak dapat dielakkan....kebiasannya kami akan mula awl...sebaik sahaja paper terakhir berakhir, terus bermulanya aktiviti....

tetapi semester ini agak keterlewatan kerana faktor yg tidak dapat dielekkan....padahal, kalau mahu, boleh ja....tpi mungkin sebb pentadbiran yg kolot kowt....atau pun ahli jawatan kuasa yg hanya mahu terima sahaja apa yg org atasan arahkan...entahlah...last2, aku juga yang tersangkut sendirian....dan boleh membuatkan org mengata tanpa usul periksa....
sebab benda yang hendaka ku lakukan ini sememangnya tidak boleh dielakkan...
setiap kali minta buat yang baru, mesti akan berganjak di mana ada kuliah dan sebagainya....jadi kalau ade apa2 sememangnya tak boleh dielakkan.....

tapi bukan perkara ini yg nak aku ceritakan pada post pagi ini...wah, utk sekian lamanya aku bangun pagi....hehe
aku tak tahulah sama ada aku duduk didalam kalangan manusia yang bertamadun atau tidak...padahal sudah termaktup, blok ini merupakan kawasan yang berorganisasi tinggi...yang memiliki 'sepatutnya' disiplin yang sangat tinggi...

tapi, boleh pula saling mecerca dan menghina antara satu sama lain....bila yg muda mula cuba menunjuk gagah dengan mengata yg bukan2, yg lebih tua perlu menunjukkan sikap yg bagaimana pula...??? sedangkan sepatutnya dalam berorganisasi, tiada perkara yg REMEH-TEMEH ini berlaku....sangat remeh temeh....

alah, kalau setakat nk wat sesuatu untuk kebaikan smua, ape salahnya....bg tau main admin, reason dan why, sudah tentu perkara ni tak perlu diperbesarkan....sampai perlu nak...hmmm, entahlah...
sedangkan romate aku dah pesan dari mula lagi, "kau jangan nak masuk campur hal ni kaoru...jangan!"
aku: erk?!

aku bukan tak nak ambil tahu...kalau boleh tak berkeinginan pun...kira sejak tanggunjawab aku sebagai ajk publisiti terhenti pada semester lepas, maka berakhirlah segala apa yg terbeban pada bahu aku ni...namun, itu tidak bermakna ajk sekarang boleh suka hati nk buat apa2 pun...

tak boleh?? pehal plak???

yer, memang tak boleh sekiranya ide atau sesuatu kerja itu dilaksanakan tanpa persetujuan semua atau pemberitahuan awal...dalam islam pun boleh dikira berdosa besar kerana tak maklumkan pada semua anak2 buah...dan akhirnya, berlakulah salah faham seperti yng saya cerita kan diatas....haihhh....

dan bila masing-masing kata laen, yang itu inginkan yg baru, yang ini hendakkan perubahan, bla bla bla bla bla bla....haihhh....

ok, kesimpulannya, camni ja pendapat aku daripada perkara pendek dan REMEH ni....
first, ape kata korang nak buat sesuatu sekali pun, cuba jangan pandang serong pada pendapat org yg lebih makan garam dulu...??
memang ide tu bernas...xde sapa yang hendak menyalahkan sesiapa dalam hal ini....itu idea, dan ia tersangatlah baiknya...cuma tanggungjawab perlu tinggi....
memang tak dapat dinafikan, sesiapa yg memegang kerja2 admin ni sangat perlu bertanggunjwab pada setiap kerja yang dilakukan....cuma caranya salah....
kalau betul hendak buat, maklumkan pada org yg dlu2 baik hati hendak membuatnya....
or orang kata lebih profesional mungkin....

di sini sya bukan nak menyokong sesiapa...tpi melalui apa yng sudah berlaku sejak akhir2 ni, sangat2 tidak sedap didengar....orang disana mengata laen, terangkan yg laen, orang di sini pula membuat anggapan yg bukan2....di sini dah dapat dilihat, sangat berlakunya salah faham antara satu sama lain...kemudian keluar pula perkataan2 yg sepatutnya tak perlu ada pun dalam kamus seorang mahasiswa/i universiti....

lepas tu hendak jalankan perang dunia kedua plak antara kedua belah pihak...dan kami ni pula, nak jadi apa kalau organisasi atasan pun kacau bilau....??
nak cipta plak organisasi baru....?? entah lah...

masih tak faham lgi ke?? ingat, saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini...ok lah..saya bagi contoh....
si A ni graduate dari U**...mendapat kerja di sebuah syarikat yang agak besar dan kewangan yang utuh...satu hari bos si A memberi idea agar dibuka lagi satu cawangan di luar negara iaitu indonesia....dan dia meminta pendapat pekerjanya yang amat2 dipercayainya dan mereka semua bersetuju....boleh naik gaji, kata mereka....
beberapa tahun kemudian, si bos ni pelik, mana datangnya keuntungan berlipat kali ganda sedangkan mereka sudah mengagak kewanagn begitu dan begini....
satu hari, polis datang untuk menahan si bos ini kerana disangkakan memiliki rasuah...
agk2??? tak ke menyusahkan orang laen.....

contoh je yang tu....tiada kena mengena yg hidup mahupun telah tiada.....

haa, satu lagi...aku tak tahu lah dengan aras aku ni...nak kata hidup laen2 macam blok laen tak juga....nak kata tak kenal antara satu sama lain pun tak juga..mungkin lebih nak kata tak rapat....tapi duduk satu aras, masakan lah tak kenal....

satu ja yang aku tak faham, nape aras ni tak ada organisasi dalam blok mcam dulu2?? dimana perginya organisasi dalam aras yg dok beria2 lantik melantik dijalankan dulu...?? apa sebenarnya yang sudah berlaku??

aku tengok aras ni dari segi kebersihan, masya allah, mcam dok dalam tong sampah...bila fikir2 balik, baru dua hari ja akak yg datang bersihkan tak ada, dah macam sarang tikus....time tulah pelajar nak buang sampah dalam bilik...mana tak penuhnya...
tak cukup pula dengan bekas bungkus makanan...itu tak pe lagi...memang kena buang kat luar....tapi agak2 kalau time tu juga nak buang sampah yg dalam bilik time macam tu..nape tak buat time akak2 tu datang kemas....

ok fine..alasan time tu ade test, presentation, bla bla bla....takkan la tiap2 minggu...B****** tul....
aku yg dok nak lalu jadi loya....tengok sampah2 korang terabur....

and last but not least, siapa la yg B****** sangat pie buang sisa makanan kari la, sup la dalam singki???? tak ada akal ke nak buat camtu....at least buang la dalam mangkuk tandas ke aku boleh terima lagi....ni dah lah tersumbat....boleh plak pie biar ja singki tu jadi macam tu...tau pulak tak sanggup korek ambik dan buang....hello budak2 sekalian, aku rasa korang ni mahasiswa yg akan berjaya ke buat mcam tu...?? kita ni dah la berkongsi bilik air....
jaga lah kebersihan bersama...kenape blok lain aku tengok bersih ja, kemas ja, siap wangi lagi...menunjukkan itu bilik air perempuan??

kang aku buat pulak isu minta supaya aras suksis ni jangan ada akak cleaner lansung...mau aku rasa macam2 complain aku dengar....tau pun...camtu la korang hidup..ada pun mcam serupa tak ada....nak kata b****, smua nya budak2 universiti....buat la cara pelajar yang hidupnya bertamadun....

ni nak jadi mcam kehidupan pra sejarah yg tak pernah wujud tu ke?? korang pulak nak wujudkan....aku tak kisah la kalau masing2 hendak menunding jari nak kata bukan budak2 s***** sekali pun...tapi siapa yg terasa dia sendiri tahu...mungkin dah terbiasa kat rumah buat begitu...tak pe, itu saya tak kisah lansung...mungkin mak ayah korang kuli tolong bersihkan singki2 tu, xpe....saya memang tak kisah pun..tapi ingat la...sini tiada siapa kuli, tiada siapa hamba abdi..tahu makan, tahu la kemas....jangan la bodoh sombong maen lepas tangan macam tu...camne la nak berkat belajar...asyik kena ngumpat ja...memang tak berkat la hidup sampai bila2 pun sebab aku cerita ni pada masa yang sama, aku berdoa....Ya allah, ampunkan dosa2 aku....aminnn~~~

well, aku harap dapat tamatkan zaman universiti aku dengan agungnya...bukan sekadar melihat semakin jatuhnya tempat aku belajar ni...kau risau satu jari nanti bila aku sudah masuk ke alam pekerjaan, bila aku menyatakan aku ni pelajar U**, aku tak mahu orang dah pandang serong dari mana aku datang...
memang senang nak kata "alah biar la apa pun org nak kata..."

dan aku bukan jenis begitu....kalau bOleh hendak dengar yang baik2 sahaja kerana tanggapan orang itu memilih diri kita utk menjadi apa di masa hadapan.....so, at least aku mengharapkan yang terbaik daripada semua...aku tak suka la dengar benda2 camni dari mulut sesiapa.....aku tak kisah kalau aku betul2 dalam akademi..tapi sekarang ni masing sedang menuju ke menara gading pilihan masing2....harap2 tak adalah persengketaan yg bukan2 sebelum aku meninggalkan dunia mahasiswa....

sorry tak nak masuk campur kali ini punya hal melainkan di minta sahaja....dan bila mana aku diberi kuasa untuk menjadi hakim, tiada seorang pun akan terlepas dari padangan aku sama seperti aku memegang jawatan dahulu.....sekian....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


.:lawaknyer...:

Assalamualaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun..


Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda

Fikirkanlah...


"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "


"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"


"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak

cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama


Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????


Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)



poSt by sandleku baru

Friday, November 26, 2010

.:alahai hariku:.

nyaah....mcm2 dugaan aku sebagai hamba Allah yg taat setia pada yang satu

\:cerita pertama:/

tetiba berminat nak tengok cerita hP7 memandangkan tamtalah sudah secara rasmi paper ku yg terakhir, reinforced concrete deSign 1....wah, sangat bahagiannya...walaupun pada masa yg sama, agak kecewa sebab pie maen tibai ja jwab sebab lupa formula....lbih2 lagi si dia....
boleh dia bantai tido sampai hampir 20 jam..wah rekod bru!
baru ku tahu kebolehan beliau...tapi sememangnya agak terasa ketegangan saat itu...yang hanya mampu dibuat sekarang ni hanyalah berdoa berdoa dan teruskan berdoa tanpa henti...aminnn, moga Allah yg maha kaya dengan ilmu-Nya mampu memberikan kebijaksanaan Dia pada hamba2-Nya yang dikasihinya....

sO, ape lagi, aku pun dengan niat baik hati ku dengan duit pun tinggal nazak, cuba untuk mengembirakan hatinya, aku membelikannya Mcd ayam Supreme..yang dok kecoh dalam tv pasal benda ni....bersama2 air ribena *sbb time ni, sprite da hbis.....tinggal coke ja yg satu2nya air yang boleh memberi penyakit* dan 2 kentang besar...wah makan besar....

so, dengan gigihnya, aku berusaha mengusha e com yg sudah berkurun tidak berbuka utk mencari no kereta yang available....aku dah serik utk menyewa dari mereka yg banyak undang2 tapi mcm haram...dan aku berjaya menyewa sebiji saga manual...

mula2 tercengang gak sebaik terima mesej dari pemilik kereta....
'ada saga baru manual. bagi nama penuh, ic dan ID....'
eh?! aku terdiam...pantas jari jemari menekan butang send, mencari mesej yang aku hantar pada dia....request: nk sewa kul 5-12, hari ni, kancil

tersentap gak mula2...adakah ini gara2 berita yang ayahanda beritahu minggu lepas menyebabkan aku perlu bersedia mentel fizikal utk memandu proton saga yg agak....ermmm, no kOmen....itu?

hais, serabut gak.....pantas aku mesej si dia yg ketika itu berada di kedai moTo....terus si dia mesej...
"ok, ayg drive..."
gulp...aik...cmtu ja...siot tul..aku bermonolog sendirian...

ah, bantai jela..janji leh kuar..tengok hP, makan mCd..yeay!!!


\:cerita k-dua:/

"camni la, awk bawk dulu sampai pertronas, lepas tu saya bawak..." saya membalas..dia terima dengan baik...setelah enjin di hidupkan, kereta pun bergerak....
sampai ke simpang 4 segamat kuantan, seperti biasa dia meletakan jari pada belah kanan...
tiba-tiba
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
wiper bergerak2....kami tercengang..eh?! sekali belah kiri la signal bEliau...hampeh, last2 kami tergelak dengan bangganya kerana berjaya membuka wiper tanpa hujan....hahahaha
kalau tengok kitorg time tu memang kelakar habis....rupanye semua saga camtU....cis, tertipu aku....

sampai sahaja kat pertonas, tukar driver....sebab macam seronok ja bawak kereta ni....lepas usai isi minyak kami pun bergerak menuju puncak, eh, destinasi....
punyalah galaknyer bawk...nk bgi signal nk poTong lOri..aku pun ngan yakInnyer lah kan gune jari hantu belah kanan..zuuuuuppp..bunyi wiper merengkok2 kedengaran....sekali aku pun sama daa...hahaha..memang kelakar habis la....memang sangat kalut time tu....dah bukak smpai nO 4nyer...aku rasa kalau wiper tu leh bercakap msti die menjerit, "hoi, hujan xdak pun nak hidupkan aku jugak ka?" haha...

ok, alhamdulillah smpai juga akhirnya kat eCm...yeay!!


\:cerita ketiga:/

yup, first target adalah GSC yg terletak di tingkat pling atas skali....bEfore that, kena lah mencari parking dulu...aku prefer di bawah walaupun pada hakikatnya tentera 'Maaf, sudah penuh...'
aku: huh?!

entah mengapa, mungkin lucky laki yg dibawa si dia menyebabkan dalam tak sampai beberapa minit, kami berjaya memperoleh parking dngan mendapat arahan daripada dia utk cara2 memarking kereta yg sebesar gedabak itu....yeay!!
me: success!!

sampai sahaja di sana, kami pun beratur utk embeli tiket Hp 7 and the deathly hollow: part1....yup..ditayang kan tahun ini part 1 dan akan datang part 2...huu, sangat excited....
mulanya aku cadangkan tengok 2 cerita sekali gus, namun si dia tak benarkan...katanya, "jangan membazir.." dan aku akur.....

selesai....ye ke??

:\cerita ke empat:/

well, seperti yg dijanjikan di atas, aku ingin belanja si dia makan mCd....yup, ecM tiada mCd...camne yerk?? kereta da parking masuk dalam eCm....nak makan mCd, paling hampiR adalah, MEgamall....aiyook...tak tahu...

dan bermula lah perjalanan kaki kami ke sana...hak3, mcam di matrik dulu....
jom jalan2 dalam kuantan....
tapi betul, memang ktorang jalan pie megamall...hak2..ala, setakat jarak tu, apelah sangat...
lagipun time tu..perghhhh..jem roti planta semua ade...lengkap! ;P

cungap gak...dah lme tak berjalan sebenarnya..sejak suksis stop wat aktiviti lasak....huu...
akhirnya tiba juga di depan mCd megamall....hak2..gila gigih....
dan kami pun mengorder benda yg sama...seperti yg sudah aku maklumkan di atas tadi....

memang lazat menjilat jari....dan seperti biasa, jari jemari ku mula gatal hendak memetik setiap sudut yg menarik pada pandanganku....tapi, tak banyak yang ku petik di dalam megamall...rasa mcam belum mula lagi musim yg hendak di buat gempak2 macam dulu zaman matrik......haih, hilang bakat aku utk seketika...;P

lepas kekenyangan, kami pusing2 dulu dalam megamall sebelum kembali ke eCm....


\:cerita kelima:/

sekembalinya dari megamal, memang dah time utk bemulanya movie itu....lalu masuklah kami ke dalam...the end~~~~

nya, lom lagi la....


\:cerita keenam:/

haiyak, ni memang tak leh menahan...setiba dalam jam 1230 pagi...memang uMp sunyi sesunyi sunyinya....haa, banyk sunyi....
aku pun pulang menuju ke blok seperti biasa...tv di cafe terbuka, tapi tiada org...
haih, dah mcm cerita suspen la plaknyer....
rupenyer, ade pasangan couple ni, chinese, berpelukan sambil layan movie kat cafe....aiyokk...tpi aku malas nk amek pusing lebih2...cume, mana die felo yg garang marah2 orang couple tak wat pape tapi yang ni xde pape tindakan....???? hampehh~~~

\:erita ketujuh:/

dah memang ade depan blok dah pun..cuma beberapa langkah sahaja nak masuk ke pintu...
tetibe bleh plak akal aku ni berfkir dengan pantasnya...
eh, tu...plastik sampah atau...anjing....???
lama gak aku perhatikan kawasan tu...sebab memang sangat hampir dengan pintu yang aku nak masuk....gulp! aku telan liur yg kurasakan amat pahit ketika itu...cewahhh...

sekali, dia angkat kepala daa..sah anjing...BAPAK BESARNYERRR.....
aku pun dengan lajunya menuju ke jalan jauh utk ke bilik aku...aiyoooo....


\:cerita kelapan:/

okEh, alhamdulillah, selamat sampai...then, aku spot part menariknya..yang membuatkan air mata aku meleleh....baju aku satu bakul xbasuh lagiii...arghhhhh...memang phsyco tul hari ni...

ok2, aku pun tekad la, dengan tak tukar bajunya bersama2 sebuah komik dan sebiji headphone, aku mengangkat baju2 tersebut menju ke c8 yg terdapat mesin yang dikatakan berfungsi dengan baiknya berbanding c14....dan aku berjaya juga merentasi anjing2 tersebut....yeah, ade 2 ekor sebenarnya...seekor sedang menyelongkar sampah dan seekor lagi masih tiDo...

okeh, alhamdulillah, sampai jua di tempat membasuh itu....fuhh...
pun masih bersyukur sebb tak ada orang mengunakannya lagi....yeay!!

dan aku check satu persatu mesin2 itu...
mesin pertama, urghh air hitam bertakung...teeet
mesin kedua: ade air gak..tpi sedikit ja...kita check yng no 3 dlu...
mesin ketiga: hmm, de org bru habis guna...aku pun dengan gembiranya mencari baldi atau apa2 yang boleh meletakkan baju2 itu...
*melilau...*

huh, inai...tak dak...cis..cmne yerk....
aku pun meraba la siap satu baju2 yg ada kat situ kowt2 kalau ade yang dah basuh....tak sampai hati plak nak masukkan dalam mesin yg no 2...yelah, kita tahu orng ade effort nak hantar baju utk dibasuh....so, tak kan la kita nak wat tak tahu plak....
org ni pun satu, dah la tak tinggalkan apa2 nak diletak, maen biar ja...ingat ini rumah die ke...? ini tempat belajar yer...kalau dah biasa tinggal baju lepas basuh kat umah, kat U silalah jangan buat begitu....kalau ikutkan aku, nak ja aku letak kat lantai ja....sebab tak ada nak diletak...haihh...b****

okeh, selamat, baju aku di masukkan dalam mesin itu..walaupun itu sebenarnya trump card aku...sebab bunyinya macam dah tak selamat ja utk dibasuh...wuuu...aku redha ya Allah...aminn

then, aku pun mula lah mencari port aku sendiri...mula dok kat tangga, haih, manyak nyamuk plak...then aku dok la dalam mesin basuh tu, eh, bilik mesin basuh....hehe

sambil2 melepak tu, mata beralih juga pada masa yg tinggal....ade lagi dalam 30 min...
tiba2 datanglah hamba allah ni...2 orang...juga hendak membasuh baju....tpi dengarnya macam nak spin baju ja....seorang bawa satu baldi penuh dengan baju dan seorang lagi bawa baldi kosong warna biru....aku biarkan sahaja...sambil2 tu pasang telinga gak dengan karenah 2 orang student ump yg bertubung labuh ni...

pelajar A: kita keringkan kat mesin ni...
pelajar B: eh, belum habis lagi ke? stop kan la mesin ni...

aku tercengang...eh?!

pelajar B: camne nak stop kan??

aku: eh2, tu sya punyer tu...baju yg ada dalam mesin tu sye letak kat dalam jaring tu...bju tu dah berbasuh....aku cakap...

diOrang buat bodoh jer....ke buat bangang tak tahulah kan....tak cakap ape pun..nak ucap maaf, haram la kan...sebab tak letak baldi ke ape ke...ni dok biarkan jer aku terkulat sorang2....dah lah tak tanyer dulu dalam ni baju aku ke ape...mungkin diorang buta kowt...
tak nampak bakul kosong warna merah yang aku letak depan mesin...mungkin nak suruh aku letak kat ATAS mesin baru nampak kowt...haihh...
lepas tu diorang belah....aku malas nak campur la...

dah lah buta, tak ada budi bahasa plak tuh...lepas tu nak maen stop2 mesin basuh plak...patut la rosak jer mesin2 kat ump ni..ade orang berfkiran SEMPIT mcam budak diorang tadi....tak cukup soft skill kowt...ke, mak bapak tak ajar diorang bila kat umah....??
mungkin kat rumah bila mesin tu mcam lama semacam ja nak maen stop2 betul tak...? ye la tu kowt.....kalau macam tu perangai....memang bodoh sombong betul....tak kan la tak leh fkir, ade lagi 30 min lagi...takkan la bagus nar mesin tu nak kasi kering betul2 baju dalam mesin tu....nasib baik allah tu Maha KAya....

Dia suruh hati aku masuk lepak dalam bilik membasuh...kalau aku tak masuk, aku rasa dah stop dah kowt mesin aku tu dengan tiba2.....haihh...

last2, baju aku mcam tak serupa basuh pun....lpas hbis sejam yang seperti bukan sejam itu, baju aku masih lagi basah....!! erkk..memang dah rosak mesin ni....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/S: poSt kali ini sangat pnjang...sangat excited...lalalala~~~

Friday, November 19, 2010

.:mAher zain touches my soul:.

for th first time i heard maher zain song was in air in HOT fm, i was truthfully touch by the lyric about islam... i admit there are still Nasyid group in my country,but to hear about islam in other language, make me think, how beautiful actually Islam and it belief...

praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009


this is the song i loVe the most from other album....

Wednesday, November 17, 2010

pErempuan tahu lelaki tahu...




Lelaki perlu tahu yang perempuan:


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Sumber: Ridzuan Azmi

Saturday, November 13, 2010

.:aku dan warna:.

tadi dok study2 entah mengapa rasa marah datang secara tiba2...mungkin sebab ekoran aku yg sedang study dan nota2 aku smua hilang! OMG...mmng terasa bagaikan nak meletus kemarahan ku pada si dia...dan juga tekanan perasaan yg senantiasa bergolak akibat daripada final yang semakin dekat.....

namun, biasalah, mahasiswa yg berwawasan serta berdisiplin akan tahu bagaimana hendak mengawal amarahnya...sekejap jer pun kalau nak marah-marah2..lagipun nak2 tengah study..

but otw back from the library, i'm spot something great....






my hoME~~~~~

Thursday, November 11, 2010

.:ak dan kreta sewa:.



sangat menyeramkan peristiwa semalam....dengar tajuk pun dah boleh agak...
msti la nak cerita pasal kes menyewa kereta di ump ni...sepatutnya nak post pada malam kejadian..tapi takut bonda di rumah risau, jadi aku postkan sahaja yg baik2 di wall muka buku...

hadoi, yg dak2 wat sewa ni pun satu, kalau nak upgrade, boleh tak jangn dijadikan kereta sewa...???? tahukah korang betapa kejamnya korang sebenarnya bila korang dok mengupgrade kereta sewa kalian? tapi bayaran dok tetap sama jugak....kalau murah tak pa gak..tip top xpe gak...

boELh dikatakan aku hampir2 nak mengamok juga masa tu...aku rasa kalau betul ade perompak yang cuba merompak aku ketika tu, aku rasa mereka yang akan rasa dirompak oleh aku.....tapi tu semasa tak kena lah. dah kena biasalah, laen cerita jadinya.

alkisahnye begini...petang semalam, kak senior aku mntak aku menghantarkan beliau ke ump pekan...dan aku pun bersetuju memandangkan petang itu aku sedang bersantai...pe salahnya sekali sekala berbakti pada yang memerlukan...tdak memberi sebarang masalah lansung pada diri ini...dapat pahala pun aku sudah kira bersyukur...

biasalah, kak senior ditemani oleh serorang rakannya lagi...dan memandangkan aku pergi keseorangan, aku mengajak rakan rapat aku sekali a.k.a si dia...dan alhamdulillah, dia setuju untuk menemani...tapi mestilah berbalas...makan di sms....aiyakk...~~~

dan alhamdulillah, rakan senior ade support sikit minyak n sedikit wit sewa...nak dijadikan cerita, aku sememangnya sudah aim yg pergi balik dri gambang k pekan, pekan k taman tas diisi mnyak sebanyk rm 10 sahaja...dah smpai taman tas memang kena isi lagi dalam rm 5...so jumlah rm15...sebb kami pun tak da plan hendak ke kuantan ketika itu...setelah usai tugas di pekan, ketika itu hujan Allah trunkan dengan tenangnya...memandangkan kereta tu pun semacam ja...*nak ikutkan sebenarnya, aku tak tahu mana2 stesen minyak berdekatan dengan UMP pekan tu...huhu*

masa pergi aku yang plan nak memandu...bila bergerak pulang si dia kata nak drive sekali...mungkin sebb dah lama tak drive...dan aku pun benarkan...sayup2 azan maghrib kedengaran sayu...kami yg berada di dalam kereta melayan perasaan masing2 sambil bercerita tentang exam, apa yg hendak dilakukan sewaktu cuti dll....

"eh, pehal plak ni?" sahut si dia, cemas...
"Ya allah weh, minyak hbis ke? cepat berhenti kat tepi ni...sebelah sana gelap...xde lampu..." Aku menjerit keras. saat itu debaran sudah mula terasa....pantas lampu kecemasan aku hidupkan...pada masa yang sama baru aku perasan, kami berhenti betul2 pada simpang u turn menghala ke pekan.. dan kebetulan, sebuah trailer 16 tyar sedang membuat u-turn. saat itu hanya tuhan yang tahu gocangan kereta bersaiz kecil itu..

"Ok, jangan panik..sekarang ni kita nak buat ape? hah, sapa yang tnggal kat pekan??" sahut aku selamba..
"Try john." sahut si dia. PAntas jari runcingku laju menaip nombor yg diberi....
"Tak dapat. aduh, en md nOr xde no plak...haa, siti outing. saya try die..."

dan saat itu, aku membuat panggilan kepada rakan ku, seakan-akan segala bahasa melayu ku menjadi bahasa asing pada pendengaranku. siti pula bukan maen blur mendengar penjelasan dariku...ketika itu lah baru aku merasa sedikit panik...namun badan aku masih belum menunjukkan reaksi...

setelah mendapat reaksi positif dari sahabatku, aku berdiam diri...hampir 5 minit kami berada di dalam kereta...sudah memang niat awal, jangan sesekali keluar dari kereta walau apa pun yang terjadi. namun entah mengapa, naluri kecil menyatakan pada hati agar membuat sesuatu....sedangkan dihadapan kami merupakan kegelapan hutan yg hanya disuluh lampu kereta sahaja....

"Eh, biar saya tolak kereta ni..." tiba-tiba saya bersuara.
"Eh, camtu awk la yang jaga stering, saya tolak ke belakang." dia membalas....
"Eh, jangan...saya tak reti kawal stering mengundur..." entah mengapa saat itu saya membalas demikian...pelik bukan? saya pun terasa begitu. namun hendak mebangkang rasanya seakan-akan membuang masa.

Aku terus melangkah keluar dari kereta dan terus menolak kereta kancil hijau itu. setakat kancil, lagipun ketika itu jalan sangat rata. Ditemani renik2 hujan, aku menolak perlahan. tetiba, tanpa sedar, sebuah kereta wira berhenti di bahu jalan setelah membuat u turn. mulanya aku tidak sedar...bila si dia mengarah k hadapan, baru aku sedar. segera aku masuk ke dalam kereta dan mengunci diri dari dalam. membiarkan si dia membuat perhitungan sama ada Allah membenarkan lagi kami mengambil final yang seterusnya mahupun hanya setakat itu sahaja. FULL STOP.

"nape ni dik?" lelaki berpakaian seragam biru keluar bersama-sama dengan rakannya yg memakai pakaian seragam yng serupa.
"Tak da bang. minyak habis." si dia membalas. aku mendiamkan diri. berbekalkan tingkap yang terbuka sedikit, aku memasang telinga.
"Ya allah dik. Nasib baik abang nampak kawan adik yang perempuan tu. sebab sini baru ade member abang yg perempuan kena rompak kat sini minggu lepas. tu yang abang berhenti ni." saat itu aku berdiam tidak bersuara. payung pOoh aku yng berwarna oren ku raba. ada.
"macam ni lah. ada Rm10 tak? abang pie belikan." segera si dia mencari aku. ku hulurkan not merah itu dan ia bertukar tangan. sementara menunggu, 2 org abang yg turun tadi menemani si dia di luar sambil berborak2 sedangkan aku masih di dalam dilemma...

dan ketika menunggu itu lah berbagai ragam manusia yg berhenti untk mmberi pertolongan. Yang paling aku geram bila masa ada sebuah kereta kancil ni berhenti. keluar lah seorang mamat ni, ade ke die pie tolak balik kereta aku kembali ke tempat asal. dah la betul2 kat simpang u turn yang aku dok kalih beberapa minit yang lalu. time tu aku rasa nak keluar ja dari kereta memaki namun aku tidak mahu mendedahkan diri aku di situ memandangkan yang aku seorang sahaja perempuan.

ditakdirkan, akhirnya die pun blah dari situ. alhamdulillah, sangat tidak berakal sekali pemuda itu. entah berapa kali aku keluar dari kereta setiap kali trailer 8-16 tyar membuat pusingan di situ. haih, entah lah....

aku kembali masuk semula dalam kereta setelah yakin tidak menghimpit aku walaupun hanya seinchi sahaja mata trailer itu hendak mengena. aku bersyukur...

hampir 30 min juga la kami menanti akhirnya berbayar. member rakan abang tu tadi kembali dengan membawa lebih kurang dalam 10 botol penuh dengan minyak petrol...
saat aku sahaja yg tidak bergerak masih membatukan diri. setelah habis petrol bernilai rm 10 tu masuk ke dalam perut kereta, si dia cuba utk menghidupkan semula enjin kereta. entah berapa kali aku cuba memulas kunci kereta itu akhirnya berderam enjin kereta kancil tubo hijau tua itu.

setelah bersalaman dengan brother yang baik hati itu, kami laju memecut keluar dari lohong hitam itu...sebaik berhenti di sms untuk menjamah nasi, baru lah si dia bercerita. sememangnya saat itu dia sedang mengeletar lutut, tak tahu apa yang akan berlaku sekiranya abang itu tak hadir tepat pada masanya. dan tak habis2 aku bersyukur pada si Dia yg masih lagi membenarkan aku dan dia pulang untuk mengambil paper lagi.

walaupun makan dengan tidak selera tetapi habis, namun, perasaan itu tetap tidak hilang. lebih2 lagi bila Allah menetapkan hati agar membawa sesorang bersama2 aku saat itu walaupun pada tahap itu, aku sebenarnya boleh melakukan bersendirian. dan terima kasih pada abang2 yg masih belajar di kolej sebagai mekanik kapal terbang. walaupun tidak sempat berkenalan, namun aku sangat2 berterima kasih ada orng seperti abang.....


p/s: mood cuak dan gugur jantung...nk mngamok ngan pemilik kerete sewa tu....wat undeng2 cam haram, tapi keselamatan peminjam tak ambik kira....


Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...