.:allahu:.

Thursday, December 30, 2010

conTest gAmbAr pAling cHill!

alamak2...xtau la ade mase lagi ke tak ni....sye ditag oLeh diEyra a.k.a adalah kakak sye d uMp...omg2...
sory dear..ni ja smpat utK ku sampaikan...baru dbkak....waaaa

tik tik tok....masa dah tak ada nih...contest ni dengan bangganya di adakan oLeh hutan kabut
dimana secara rasminya boLeh memlih mana2 yag ingin menjoin contest ini....

kpd sesiapa yg ingin atau teringin nak join contest ni....folow la syarat2 kt >> SINI<<.. ringkas sj sila bace elok2!!!! hihihi...contest ini akn berakhir 31 dis nih!! cepat2!!!


~~ ni adalah banner tuk contest ~~
*cOpy dari diEyra...hehehe*





ok2..enough with tHe explanation....gmbar yg aku nk tnjuk ni bukan ape2 pun...sekadar suka2 ja...the last choIce di saat akhir walaupun xdak papa2 dalam laptop sebb time nih gune laptOp orag..
haihh....
sadis sungguh critera ini....hahahaha
jeng3




















hahahaha...chill tak kami-kami semua....???time nih member lupa lirik nyanyi lagu raya senario...memang rosak habis lagu lah....

dengan tagline


.: we are bOrn tO be tOgether :.

dan fav kaler, bLueeee.......yeah!!

sekian....

mereka yg terpilih merupakan:






muahahahaahaha...akhirnya aku berjaya......


Saturday, December 25, 2010

.:hari ahad saya:.

memang agk bz..mentang2 cuti dah nk habis...haaaa...xmo balikkk!!!!!
aduh, sengal2 kulit...sebulan xwat keje berat2, hari ni, aku puaskan hati ayahanda ku dengan mengecat pagar yg sudah 2 thun tidak berusik...walaupun 2 hari digunakan utk menyelesaikan tugasan yg diberikan sebb smalam tetiba hujan, akhirnya aku berjya menghasilkan satu seni yg agak memuaskan *bukan wat art atau sebagainya...hahaha*

dan juga td process membuat buTter cake...wah, hasilnya agak memuaskan...menjadi utk pertama kali..hahahaha...pancaran laser dri mata ke microWave menjadi...sangat mantap...walaupun bukan 90% aku wat...tapi ade la juga air tangan aku nih...hahaha


dan si dia juga sudah berada di cini...tApi...

waaaa, dia demam..cian dia...takpe2...take care elok2 tau...lagipun dah nk bukak semester ni...jangan pakse2 diri.....always miss u so mUch...*dari hati yg tulus lagi ikhlas....hahahaha* susah gak jadi org yg bercinta ni yerk...asyik nak ckp benar jerk..jujur bonar ak nih....hahaha

malamnya, aku meronggeng kat uptown...saja cuci mata dengan barangan dari tHai and 'branded'....hahha..cara bijak uTk berbelanja...
tPi xde ape sangat hendak dibeli...mungkin lebih kepada excersice di waktu malam...

Tuesday, December 21, 2010

makanan palsu?????

arghh, tension....semester baru akan bermula kurang daripada 2 minggu sahaja lagi....
macam mana nih?? erk, macam mana ape? aku sendiri pun kurang mengerti...namun papa pun si dia sudah berada di sini...jauh tapi dekat....cuma belum masa yg temukan kita berdua....
perghh, aku berbicara bagaikan sudah lama tidak ketemu....hahahaha....

insya allah dalam mnggu depan dapat la aku berjumpa dengan si dia....bersabar yer hati....memang benar la..bila dia sentiasa di sisi kita biarkan...bila sudah berjauhan, bagaikan ingin bertemu on the spot....
macam rakan2 umate aku sekarang...yelah, cuti seperti ini sememangnya sangat2 menggunakan masa yg ada dengan sebaik2nya dengan yg tersayng yg sudah lama tidak ketemu....dan aku puLa???
berharap sangat dapat seperti itu sekarang ni...hahaha
well, i'm sTill in learning pRocess...this is my firs time having a special guys in my life...not like otHer..easy to choose, and easy to loose...
eVEn my parent geleng kepala berbicara...hahaha...

well, beberapa hari bukak email yahoo malaysia ku yg sudah agak berkurun tidak berbuka...hahaha...nmpak sangat pemalasnnya..banyak sangat sampah dari perkara yg bermaklumat...tengok YM dok keluar2 sampah2 yang ada...tiba2 aku terjumpa nama yg menarik...owh, bondaku yg send mesej rupanya.....









aku tercengang gak bila baca..*Padahal dah tahu dah...*
hahaha..tpi bila bondaku yg hantr ni maknanya sememangnya teramat serius....selalu aku abaikan ja...tapi tak juga...kebnyakan yang TERTERA adalah bukan pilihanku...so siapa yg peminat2 diatas tersenarai dalam BAHAYA UNTUK DIRI ANDA, silalah membuat pilihan yg bernas kerana bukan semua makanan yg kita pilih adalah YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA...fuhh...
owh ya, fakta yang bukan palsu tetapi adalah palsu bila mana rakyat Malaysia begitu menggemari MAggi....dan rakyat MAlaysia itu termasuklah aku sendiri...
memang penggemar maggi yg teramat tegar...ape taknya, start sahaja jam 12 tengah malam, perutku sememangnya sudah mula menunjukkan tanda2 kelaparan melampau....apalagi, masak air lah jawabnya...lagi satu, kemudahan di hOStel tidak menyediakan dapur utk kami melakukan aktiviti masak-memasak....so, ni sahajalah yg dapat dihidangkan diwaktu darurat....sememangnya tidak disarankan ya....lagi2 meenya, bukan sahaja perencahnya....

kalau dekat U sudah biasa, bila kat rumah time cuti, takkan nak bantai makanan begini juga....kita bolEh suruh bonda kita yg sediakan kerana mereka tahu yg terbaik untuk kita...kalau xmau pun, try la resepi baru...buat sndiri..semua dah ada dalam buku...cuma hati2 dengan bahan2 yg hendak dimasak....kalau kat rumah, tak payah la nak guna secukup rasa atau pasti sedap dan sebagainya....buatlah rencah tu sendiri kan lebih bagus...selain memahirkan diri utk memasak....ni bukan saya cakap untuk wanita sahaja, yg lelaki pun sama..lebih2 di UmP sndiri, kediaman lelaki sesuai utk memasak....*kasi kami pun xpa..hahaha*

lagipun, terutama yg belum memiliki keluarga seperti aku ni, msti la hidup bujang...semua nak ambil mudah...so, bila ada masa terluang, gunakan lah sebaiknya...jangan la buat lemak sahaja...kan lagi bagus....selain daripada jimat wang...

sedikit info yg diambil.....

SEBAR-SEBARKAN MAKLUMAT INI ADALAH BENAR………………………………………….


1. Jika anda makan satay….jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan cancer). Timun pula adalah anti-karsinogen


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!.
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Cuba yang ni…..bagi penggemar makanan ni “Bah Kut Teh” (babi).Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi itu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut
keluar dari sana.Fakta diperolehi dari “Health Corporation of Singapore”.


4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran
bodyshop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal
Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara
tunggal.

Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.


5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri. Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai “makan untuk mendapat barah” Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!


6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya
melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi
.


dan banyak lagi bahaya makanan boleh di ambil di internet...sO, pandai2 lah..bukan mahu menjatihkan sesama sendiri..tapi mengelak bagi diri sendiri yg jatuh tersungkur tak bangun2...
akhir kata, hati2lah dengan prouct masa kni...makan memang sedap ditelan anak tekak...yg merana adalah badan anda sendiri...so, berhati-hatilah dengan product masa kini.....dan rajin2 lah excersice...kerana kiranya banyak yg masuk dari keluar boleh menyebabkan tubuh hilang fungsinya...seminggu sekali pun tak apa....bagi yg terlalu bz nak mampus....
ini juga utk peringatan aku juga...XD...lepas ni nak try hati2 dengan makanan...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s: ini bukan nak menjatuhkan syarikat yg berkaitan atau yg sama waktu dengannya...ini merupakan pakar yg membuat eksperimen demi kebaikan semua....sedangkan roti gardenia juga merupakan makanan yg berbahaya pada diri kerana mengandungi bahan yg melembutkan roti yg bOleh merosakkan jantung...bOleh diambil tetapi dengan kadar yg teramat sedikit..sebaiknya buat lah sendiri di rumah...dan bagi syarikat yg berkaitan terbaca artikel suka2 saya ni, silalah membuat tindakan yg sewajarnya....sekian...~~~
hak cipta terpelihara.....

Tuesday, December 14, 2010

kawin?!!



arghhhh...trauma, trauma..macam mana ni?? ramai yang dah tanya bila nak kawin....??
dan aku sememangnya tidak tahu hendak menjawab apa
malah cari dalam buku RC sekalipuN belum tentu dapat...tapi of cos la takkan adanya pun....mabuk kowt aku nih...

arghh, trauma2...petang tadi ada member lama ibu bertanya, "Kak chah, adiba tu bila nak dikawinkan??"
aku: gulp!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….

taken from http://forwardedemail.wordpress.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

perggg, lega..nasib baik bonda aku sporting...

ibu: "eh, adiba tu baru 21 la...

kawan ibu: "eh, laa...ye ke..ingatkan dah 25-26....

aku: hahahahahahaha...dapat kawin sekarang pun okey gak...keh4

Monday, December 13, 2010

.:cosmic:.

awas, tajuk di atas tiada kaitan lansung dengan lagu cinta kosmik ku nyanyian tHE FabUloUS cat yer rakan2...huahua....

dah mcam ninja kan2...hak3

perghh..selama seminggu dok umah xde kerje, akhirnya melangkah juga kaki aku ke cosmic bowl...yeay...
ape lagi, mau tercabut segala lengan dan kakiku...
mana tak nyer...brani mati membaling 12 kilo sebanyak 20 kali darab 2...fuhhh, dah la dengan no warming upnya...aku baling mcm bola tu bola pantai...bapak beratnyerrrr..huaaaa
tapi xnaek gak mata aku...maintain sama ja...huu...camna nak pro maen bowling ni??
dah la doctor aku tak kasi aku main ganas2 dah sekarang dengan keadaan aku yg agak berbahaya ni...arghhh, rasa separuh daripada kebebasan aku terpadam buat selama-lamanya...tapi Dia Maha memberi Rezki..maknanya dia suruh aku mencari hobi yang baru..
hmm, apa agaknya yang boleh menggantikan minat aku yer??
lumba kereta, nOpe..pitih xdak...kwang3....
bowling?? ermm...malas la nak ulang alik pie kuantan...hahahaha...
panjang gunung?? memang hobi sekarang dah pun...
so, tak kisah la apa2 pun...hanya certain ja bila difkirkan2 balik...

and now, baru2 ni, result dah keluar...alhamdulillah...walaupun tak cemerlang yang diharapkan, namun aku sangat2 brsyukur dengan pemberiannya...at least kurang sikit beban aku utk semester yang akan datang...
sebab aku rasa sangat best semester ini...tiada rasa tension...cuma tension sebagai seorang pelajar adalah yg terbaik skali...jom buat lagi...weee~~~~
owh ya, nak say thanks dan rasa syukur ni buat semua sahabat yg sangat bersabar dengan karenah aku yg sorang ni...^^
dan juga pada romate aku yg sengal sepanjang semester ini....
dah rasa mcam dapat award pun ade gak...hehe






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s: special thanks to him for taking care of my kemalasan sepanjang musim peperiksaan dan memaksa aku utk ke library setiap hari.....

Friday, December 10, 2010

usah nak ungkit kebaikan yg dibuat....

Ada banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita. Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, December 9, 2010

my muharram ^o^


sebenarnya tak ada ape cerita nak menulis...dikala senja melabuhkan tirainya...
dah macam2 pembangunan berlaku di sini sampaikan kadang2 tak sedar, bila masa pula naiknya tempat ni....??
memang begitu kan? bila mana ada tanah kosong sahaja di Kl ni, sekejap saja sudah membukit....wow, mesti bila aku dah graduate nanti banyak persaingan...huhu~~~
so scary tho....

kadang2 terfikir juga, kenapa boleh terpilih bidang ini sedangkan bukan ini yng dimahukan dulu....takut juga hendak memikirkan masa depan....
but life must go oN....tO continue it, we must have a plan...kyaaa!! watashi no dame!
dan aku kena mencari sesuatu yg baru....
lagi pun, tekanan dengan dunia belajar..tambahan pula, orang yang kita anggap kita percaya secara tiba-tiba boleh berubah perangai kerana fitnah yang dicipta orang menyebabkan kadang2 diri kita boleh lupa diri...
boleh membuatkan kita jatuh merundum....dan aku yakin, Allah itu MAha kaya....tiada yg lain melainkan Dia....dan sokongan keluarga serta rakan2 yg masih belum buta mengenal siapa kawan, siapa syaitan...
hahaha..tapi itu dulu..dulu memang sangat naif..senang sangat percaya kat orang...dan pandai pula membuat talam bermuka2 menyebabkan aku yang naif ni boleh percaya...

sekarang ni, aku sudah mampu ketawa...ketawa yang bukan lagi dibuat2...orang nak kata apa, kata la...selagi masih ada yg menyakini aku, aku yakin aku benar...
dan tujuan aku yg paling utama adalah untuk menuntut ilmu..bukan ilmu karut marut semata....

dan yg paling utama, aku cinta akan keluarga dan Dia dan dia dan mereka dan ermmm.....
sesiapa yg menyayangi aku selama ini...yeah~~~!!


owh yer, tadi, sempat lagi..aku mengusha jiran sebelah aku...hahaha...memang aku tahu time2 petang camtu baru nak balik....
aku pun ape lagi, amek kesmpatan mengusha la....hahahah
sorry dear...just for fun okeh....
sebab berminat dengan kreta beliau sebenarnya...
sorry to say, i got this kind of habit...
when i'm at a road, my eyes will search for a great car that will impress me....and automatically my mouth will make a sound....
hahaha
if you wanna call me a crazy, just go on...but don't hate me for making a dream...
lalalala~~~~~

owh ye, cannot wait for this upcoming Christmas....
guess whos gonna comE to Kl...??
and i'm lOoking forward tO meet him this hOlidays....
really start tO miss him a lot now adays...^///^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku


Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga


Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu


p/s: mungkin kena tukar bidadara kot...hehehe

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...