.:allahu:.

Friday, December 23, 2011

student life~~~

pejam celik tak sangka, kejap ja da nak tahun 2012. sikit masa sahaja lagi dah nak habis insya Allah dan kemudian masuk ke alam pekerjaan. huaaaa, sikit masa je lagi dah nak kawin...eh?! bukan di sini tapi kawan. Tak sangka member sekolah yang dulu gila2 kena buli kerana tidak tahu menyebut huruf 'R' akhirnya dah nak kawin dan aku tak dapat hadir ke masjlis beliau esok. what a shame..uhuk2

 Rasa moment tu kot nanti nak berkumpul member2 sekolah. haihh, nak pie. Tpi terbeban dengan kerja yang tak berhenti2 muncul. *padahal tak buat apa2 pun lagi* hak2.

apa-apa hal pun tahniah buat NOrhani Zafirah. hope be a good wife and future mama insya Allah. ^^

minggu ni seperti biasa, hari last of the kuliah. yeah! tapi...minggu depan dah study week. aiyak!~ just prepare to entering the final day. wah! project stEel, project finite element, PSM presentation...ade lagi x? owh, assignment foundation....bak kata Dean, tak buat tak dapat lagi 10%. physcho tul. lagi? tu je kowt buat masa ni. Kalau nak boleh ja nak balik. tapi faham2 je la perangai malas ni. malas dah satu hal, kalau balik nampak lagi pemalasnya. So korban untuk diri sendiri yang stay lagi tak sampai 6 bulan je lagi ni, insya allah, aku akan cuba atasinya. chaiyokkk~~~~~



Friday, December 16, 2011

huarghhh, hari ni rasa nak makan macam2....memang berat badan dah naik skit. ade la dalam 3 kilo..hahahaha....sejak dok tingkat 3 ni, kemalasan untuk turun semakin berganda. dan sejak my 'baby' ade, lagi la malas. makan nak sedap je. kat cafe tak nak. Haihh, memilih. macam mana nak maju. apa2 hal pun, makan ikut sedap tekak, bukan perut...keh3..memang gemuk la.

lagipun sekarang ni tak tahu la nape. asyik nak emo je. benda kecik je pun. betul kata orang bila mana dengan sahabat paling rapat sekali pun kita, betapa kita kasih dan sayang sekalipun, sikit sahaja dah boleh terasa. tak tahu la.

seriously, dulu aku bukan jenis macam ni pun. nak kata rapat tak juga. tapi kadang2 sentap la juga. walaupun benda tu perkara yang tak pernah aku buat. dan seperti biasa, aku akan cari dia dan nangis. haha....pelik kan? orang anggap aku tough, ganas tapi boleh nangis tiba2...


memang tak mengharapkan jadi rapat sangat. tapi kalau dah hari2 bersua muka bagaimana nak elak perasaan berkasih sayang itu kan? mungkin orang anggap aku relex, xde perasaan, suka cakap kuat, cakap maen lepas, cakap ikut suka dan ade pula yang kata aku cakap suka nak memang. yup, aku cakap memang nak menang. tapi kalau salah betulkan. dah memang sejak lahir aku mcam ni. memang orang kata apa, suka cari pasai. memang aku suka cari pasal ngan orang. dan aku suka bila kawan2 aku berborak ngan aku benda2 yang aku salah. tapi...people did not thinking very much.

last2 rasa cam seorang diri juga. tak tahu la. masa first year, kena tuduh buat perkara tak pernah buat. tak memasal nama aku yang cun ni buruk..;P tak memasal aku dah malas nak rapat ngan orang yang cari pasal ngan aku yang dlu leh gelak2, senyum2 bergurau2. tak apa, i still got the support. But when the support gone by the time u needed them, how would be survive? mereka pun ade juga kawan laen.

dan aku akui, aku tak la sepandai especially in engineering. takat ilmu semua orang boleh fkir, ok la kowt. nak hebat memang tak mampu. but i still can think about life, what surround me. which one is bad, which one is good. yet when people stab from the back, memang nak cari sesorang la. tapi last2 sedar, kita tak ada siapa2 pun sebenarnya.

memang ade yang kate mereka faham, tapi sebnarnya tak faham pun. kita sendiri pun tak tahu mcm mana nak explain. so memang mengharap orang sekeliling yang dapat faham kita. anyway, changes is everything. memang rindu sebenarnya zaman sekolah. zaman yang boleh kita buat suka hati, bersukan, belajar, art, tak susah nak fikir pasal cantik, pakaian, asseseori, bercakap dengan orang yang kita suka dan segala bagai.

janji aku ada Allah. Stay by my side forever my Creator. I just wanna cry to you right now. You are the reason i'm leave. Allah huakhbar. ^^


Wednesday, December 7, 2011

aku dan datuk

yeah, minggu ni asyik makan je keje....xtahu la bila nak mengdietkan diri...duit dah kong gara2 selera besau nih =.=

study week semakin menghampiri, test pula berlambak2. Ditambah pula dengan jemputan kawin member yang tak sabar hendak bErumah tangga. eh ke aku yang sebenarnya tak sabar?? hahaha..apa-apa pun, tahniah kepada Jumiza dan Norhanani Zafirah kerana sudah/bakal memiliki tanggungjawab yg teramat berat bersama pasangan yg dipilih. Insya allah tak kemana, aku akan menyusul hadir......Rindu sangat pada korang....

baru- baru ni aku berjaya lagi menawan sebuah gunung di Negori sombilan, tanah kelahiran ayahanda dan bOndaku...yeah! akhirnya tercapai cito2 den nak mendaki gunung datuk....apa2 hal pun, memang agak tercabar juga kejan, eh kewanitaan aku mendakinya setelah setahun tak berlatih. Memang rasa nak give up dah, tapi bila sampai di puncak, subahanallah....Him is the Greatest of all...LEts the picture do the talk.

muka awek batang nyamOr

waiting for VIP...

siap ada chalet bg sesiapa nak menginap di bawah kaki bUkit....

















nak pie ke pucak...dikatakan terdapat tapak kaki hang tUAh di atas sana...

mEnunggu turn menaiki puncak



time ni dah nak hujan...so agak malap sikit =.=


Subhanallah, hujan mencurah membasahi bumi-Nya....teramat indah....^^


Thursday, August 18, 2011

aku gadis prihatin~~


okeh tenet mcam siput lak kat sini...huaa...ni pun masa taip, tak habis2 lagi loading satu page ni jerk...

ape hal pun segmen ni nak menggambarkan betapa kuat dan ukhwahnya kita sesama islam seluruh dunia...yuP entry tOk hari ni, adalah ksedaran selain membuat pahala di bulan ramadhan al-mubarak nih...

walaupun sebenarnya kisah di somalia itu sudah lama di perdengarkan, tak silap masa zaman sekolah menengah lagi, bagi yang prihatin, namun baru sekarang ramai yg terbuka hati nak membantu dan di beritahu di kaca-kaca tv...
pape hal pun..marilah kita sama-sama berdoa agar di permudahkan hidup sahabat se agama kita di somalia yang terpaksa menempuh hidup yg teramat sukar...


Klik link ini untuk membantu [sini]


so wat sahabat2 yg dah habis practical tuh, haa jangan lak habis kan wit gaji practical yg kome dapat utk braya sakan ja...
alangkah mulianya kalau korang sumbangkan sedikit even RM1 itu untuk mereka di somalia...kalau korang leh buang tulang ikan, ayam bagai dalam tong sampah, diorang leh makan sampai tak ada tulang pun....
dan aku pun tengah usaha kumpul wit nak kasi sikit even pratical tak dak gaji...


sekian, peace no war....

Wednesday, August 17, 2011

zaman sekolah menengah - book 1


yeahhh, debar plak nak habis Li ni...tak sabar nak tunggu jumaat ni...rasa seperti sebuah mimpi yang telus dek tidur yang indah. Ok, aku dah mengarut. Padahal kerja nak setel berlambak. Bukan kerje opis pun, just takat nak settle segala document dengan JKR before tamat latihan secara rasminya.

Aduyai, bila dok sorang2 ni lebih kerap nak berblogwalking dari membaca main kontrak yang mungkin tak akan habis di baca walaupun ditambah lagi 12 minggu LI. Erk, tak mau! Apa-apa pun, sepatutnya aku dah kena jumpe SV LI memandangkan beliau tiada di biliknya sejak semalam, so aku pun mengambil kesempatan ini untuk mengarang. Jahat kan?

DOk membelek dari blog ke blog yang menarik cara penulisannya membuatkan diri semakin excited. Tapi yg menjadi masalahnya, lahir di hati baru di jari. So bila dah sampai di jari, dia jadi lain. tak seseronok apa yg difikiran dari di tangan. mungkin kerana itu kowt aku nyer pembelajaran sedikit lari. Mana taknya, lecturer ngaja lain, aku pie terang lain. kan dah berterang lagi bersuluh lain. haihhh~~~

okeh, aku dah melalut jauh. dalam entry aku yang lepas, aku ada story pasal kesukaan dak2 yang lahir 80 an ni iaitu aku. dan aku, adalah mereka yg lahir di hujung 80 an itu. So kira agak junior la juga walaupun time kita darjah 1, kita masih boleh jumpa mereka yg lahir thun 1981 lagi time tu. contohnya la.

bila di kenang-kenang kan, zaman sekolah menengah aku dulu, aku just sekolah harian biasa ja, sampai SPM. So, nama kelas guna nama planet. tak pernah bertukar.

Suria, utarid, zuhrah, bumi, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptune, pluto. Yup, kesemua 10 ada. Dan itu semua mengikut urutan kelas. teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah tahun 2002, kata orang jepun, menengah rendah, tak ada la excited mana pun. kalau excited pun takat sapa yg dulu sekolah rendah sama-sama dapat kumpul sekali, buat geng.ataupun, orang gelar, kepuakan melampau.

MAsa tu, geng aku memang tak ada sorang pun sekali dengan aku. kira aku the last survival la ni. yang ramai geng dari sekolah rendah kat sebelah sekolah aku yang sekarang. kalau nak tahu sekolah tu camna, tengok cita kasih alia kat tv3. yang masa zaman kecik2 diorang. ha, tu sekolah rendah setapak indah. Sebelah tu sekolah aku. Tempat ako mustafa berlakon drama Syawal. Ada 2 3 kali ulang 3 tahun lepas. So, pencarian kawan baru tu teramat la galaknya. Nasib baik ada sebilangan member dari sekolah agama aku dulu ada sekali. boleh la tumpang kegilaan aku ni.

mula-mula buat perangai cam budak-budak tak normal. diam ja. Tapi dah beberapa minggu tu, haa, tau la perangai aku yang sebenar. TApi yg slack nya, zaman tu, masa tu aku batch yang ke 3 kalu tak silap pasal sekolah tu sekolah baru lagi, bau cat pun ada lagi, aku adalah gadis tertinggi di sekolah! Siot. Bila berbaris kat dataran wawasan tuh, aku la yang kena dok belakang sekali. Memang boleh nampak clear kat depan walaupun dok belakang.

Dan masa tu, dan-dan aku daftar nama untuk jadi pengawas, pengawas pusat sumber. kOrang tak tahu pusat sumber tu ape? cek pusat korang. kui3...

Perangai ni terikut-ikut dari sekolah rendah sampaikan masuk sekolah menengah, dan-dan terus isi borang jadi pengawas librarian kata orng putih. Tapi semua orang tahu, aku memang gila siot garang. sapa yang tak pulang buku, aku cari sampai satu sekolah aku selongkar. Okeh tu siyes aku tipu.

Sebenarnya aku jenis tak suka gila jumpa orang. Jumpa orang ja aku gila. So, bila kena wat keje kat kaunter, aku akan ngelat. Pie buat-buat susun buku kat rak. Sampai semua buku kat situ aku baca. tapi buku cerita je la. Buku belajar haram nak sentuh. dah hari-hari belajar, takkan buku rujukan pun nak baca kan.

Aku nak rumah aku ada lib camni leh tak??

paling best, leh keluar awal bila time rehat sama macam pengawas sekolah. tapi ikut hari bertugas la. Kalau buatnya tiap-tiap hari mahu aku kena tindakan disiplin. tapi tindakan disiplin pun sekadar lepak kat bilik pengawas sebelah bilik kaunselor, sekali ngan guru disiplin die. LEpas tu lepak lama-lama dalam library. So, sebagai pelajar wawasan, aku menjalankan tugas dengan baiknya.

ada satu tahun tu, aku tak ingat, guru hal ehwal pelajar (HEP) sekolah aku, pn hazipah yang sangat aku respek sampai sekarang. dia ajar aku matematik time tu. Sangat lembut orangnya. lepas je dia ngajar aku sekelas matematik, dia panggil aku. Seingat aku time tu aku cuba untuk melarikan diri ke tandas untuk skodeng budak2 junior make up.

"Adiba, nak tak saya offer awak jadi pengawas sekolah??"

aku time tu leh pandang sengal kat cikgu aku tu. Sekali ngan baju sekolah aku aku pandang. time tu, librarian pakai kaler biru, pengawas pakai kaler hijau. So macam tak mungkin la kan. Takkan aku baru buat baju biru tu, tup tup aku kena tukar kaler hijau lak. Owh tak mungkin!

"Tak mengapa la cikgu. Jadi librarian ni senang. Sempoi. tak nak serabut-serabut hal sekolah."

Cikgu tu berlalu dengan hampanya. Rasa macam kesian pun ada gak time tu. Tapi, aku memang malas nak pikir2 hal sekolah ni. sebab aku dengan diorng satu kepala. Time tu sekolah aku ikut gred. Sapa yg terhebat dok la kelas depan. yang agak merangkak sikit dok belakang.

dan aku suka dok lepak kat kelas belakang. Memang tak boleh blah la...apa-apahal, aku akan cari mereka ni jadi kaki lepak...




bersambung....

.:pink warnamu:.

khas buat peminat pink sekalian....
PINK BEDROOM





yang ni kaler dia menarik..pink and white...
lovely







link:
1. http://www.pinkbedroomideas.com/
2. http://www.zinezite.com/bedroom/pink-bedroom-interiors-by-shijo-sebastian/
3. http://pinkbedroomdesigns.blogspot.com/
4. http://kecohabes.blogspot.com/2011/06/15-bilik-tidur-perempuan-yang-cool_26.html

Saturday, August 13, 2011

dak2 lahir 80-an


tengah dok mengelamun sorang2 nk sambung novel aku yg tergendala selama hampir 5 tahun ni, sambil layan lagu i'll make my love to you by boyz to men, tiba2 teringat lak zaman2 muda2 dulu...
zaman biasa buat terutama mereka yg lahir pada tarikh 8o an nih...

1. ada masa org jual minyak yg leh sapu kat buku...tujuan utk copy dari komik ke kertas kosong...kira macam ciplak drawing org la...time tu aku rasa org tu penipu. Dia tunjuk dia punya ja menjadi, bila aku beli sekali tak jadi lansung.

2. femes dengan komik ana muslim. Ni sapa yg sekolah agama mesti ustzah/ustaz selalu kasi borang suro order...

3. pembaris kuning panjang. Ni kalau kena kat tapak tangan memang sodap. Selalu bila beratur depan kelas, masing2 pakat sapu kapur. tujuan demi mengurangkan kesakitan pada tapak tangan...huahua...tak sangka, menjadi.

4. selalu makan ais krim malaysia harga duplo sen. Ni makcik2 bus selalu jual. kalau korang ada naek bus la.. TAk pun ada ja jual kat tepi2 sekolah selalu dalam bekas orng jual nasi lemak sebab tahan sejuk. Lepas sekolah ja selalu bantai.

5. femes dengan coklat dora aman. Nak mainan je sebenarnya. time tu harga tak sampai singget kowt. Selalu penjual roti jual. sanggup kerumun nak beli, then maen ramai2 sampai lupe nak balik.

6. femes dengan kartoon cam power rangers, cardcaptor sakura, doraemon, ninja turtle, max steel, kfc fan club, disney, sailormoon, samurai X. selalu ulang2 cita sama tapi still tengok gak. Sampai leh hapai lagu die...yg paling aku suka power rangers biru.

power ranger go!

7. Tiup straw. yang ni tak tahu lah korang ada maen ke tak, tapi ni femes time aku sekolah rendah gombak 1. Suka maen bawah pokok besar lepas sekolah, peluru guna kacang hijau. kena memang sakit tak terhingga. Waktu main selalu bagi sesiapa yg sekolah petang. Yg xleh blah, sekali dngan air liur tiup. Gila pengotor! game ni paling aku tak nak main.

8. suka main kejar2 dalam sekolah. yang ni memang tak leh wat apa la. dah besar pun suka main lagi.

9. femes wat surat2 cinta sorok bawah meje. Ni memang selalu kwn sendiri yg tolong karangkan then hantar. Org yg suka tak tahu apa-apa. Memang siot tul. Aku pernah kena sekali.

10. sangat la aktifnyer. time waktu sukan, selalu yg penuh maen dak2 80 an. yg paling aktif senior la. Yg junior selalu past ja kat senior. yelah, respek la katakan. Padahal ambik kesempatan. sebab ada lori milo datang. Kitorang lah yg memenuhi kuota untk mengosongkan tong2 milo itu.


yg ni experience aku sendiri...tak tahu la korang camne....ade lagi...nanti aku senarai lagi.

Thursday, August 11, 2011

hari ni hari jumaat ;))


rasa cam fairy tale lak...


Tempat: menara PJD

akhirnya, at last, sesungguhnya, gembiranya, terharunya...hari ini hari jumaat!!
rasa mcm dah tak sabar nk tunggu mnggu depan...
sangat banyak dugaan di bulan pose...
kalau dah keje betui nanti ingat bila ramadhan ja cuti sebulan...agak2 bos terima tak?? keh3
sangat2 tak laratnya... :(
dua hari lepas kena puji ngan bos..bangga tak terhingga....
terasa kembang apa yg tak sepatutnya kembang..
ini semua gara2 berkat belajar menggunakan adobe Photoshop.
pelik lak rasa, amek engineering, tapi wat Photoshop...
itulah guna nya memperbanyakkan ilmu tak kira apa pun asalkan bukan yg haram mcm sihir, kepercayaan lain, bla...bla...bla.. *kes menonton filem hantu tak seram melampau-lampau...*
tak memasal, aku dipanggil suro ajar camne nak wat adobe..
dah la time tu aku tengah nonton cite tolong awek aku pontianak! lakonan terbaik Zahiril dan sazzy falak...
terbaikkk!!
rasa cam coMEl jer...
orag kata movie ni ala2 twilight pun ada gak...
tak tahu plak aku sebab tak berapa nak layan cite tuh...hehe
tengah terkekeh2 sebab haru tu bos datang ketuk tanya...
yg paling aku tak sangka, siap hafal nama...dengan siapa ntah dia tnyer....
hehe..bangga siott *riak dibolan pose..*
keh4
ump bOleh!!


Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...