.:allahu:.

Monday, May 9, 2011

jagalah emosi

akhirnya, rumah jugak yg terbaek..romate2 ku bersabar la yerk dngan PSM kamo....muahahahaha *ni gelak gila2 jahat punya*
baru 2 ni aku melayan semula cite cun...memang cun la cerita tu...sangat menarik..dah lama tak melayan filem melayu yang berasaskan realiti dari mengada-adakan fantasi menjadi realiti...lain kalau cerita yg memiliki grafik yg menarik seperti Hikayat Merong Mahawangsa ke...selain juga dari drama terpilih..wah dah mcm pengiritik..
ni kalau orang laen baca, mahu kena hentam free2 balik...

okey, berbalik pada cerita cun tadi....tiba-tiba terngat script Maya karin..."jangan bertindak ikut emosi sahaja..."
dengan slang baku beliau yg bagi aku sangat comel....

memang benar pernytaan begitu....manusia ni, kalau terlalu ikut emosi, seribu perkara boleh berlaku....
contohnya, bila seseorang yang tidak tahu cerita sebenar, tidak mampu mengawal emosi, lebih-lebih lagi dengar dari sebelah pihak sahaja...tanpa usul periksa, menghina rakan baiknya sendiri di khayalak ramai...sanggup angkat tangan depan orang ramai depan sahabat baik sendiri yang begitu menghormati dirinya sebagai orang yg mulia mencalarkan maruah rakannya menyebabkan hilang kepercayaan pada diri orang yg emosinya tidak terjaga...


owh yerk, utk pengetahuan, cmne aku leh reka cerita ni, tadi bru kejap layan hindustan tajuk Ishq..lebih kurang la situasi yg aku cerita ni menyebabkan aku nak cerita pasal emosi....seperti biase la, nangis tengok..padahal tak ada apa-apa pun...cerita lame..zaman sekolah mengengah dulu-dulu...tapi dah 3 tahun tak layan hindustan, jadi mcm buang tabiat pulak layan hindustan ni...hehe

Emosi ni bagi aku sangat penting...kerana emosi lah sesuatu yg teramat jujur dalam diri kita yang hnaya boleh diketahui umum...melainkan kalau kamu semua tergelak buat-buat, itu di kategorikan sebagai orang gila...so, kalau nak gelak, biar benar2 ikhlas...mcm aku buat skang ni....hahahahahahaa

haa, kan nampak keikhlasan tu...

emosi perlu sentiasa dijaga setiap masa kerana emosi kita boleh hilang kawan...bila dah hilang kawan, mula la mencari mangsa baru utk lepaskan tempias beliau pula. sebab tahu orang tu tak pernah tahu emosi dia bila teruk tahap mana...
mcm aku ni, bila marah pakwe, oooo, memang lepas habis la...mcm die tu jahat sangat...
yg tu memang patut pun...sebab dia bukan suami kita lagi...dah suami jadi isteri derhaka...bila baik sngat nnti jadi miang..hahaha...korang jangan nak eiuu2 la, benda ni comfirm2 selalu jadi kat korang...

time tengah marah pakwe, bila member lalu tegur, terus ubah angin...itu baru mampu kawal emosi dengan baik...ni bukan berlakon yer...walaupun marah mana kita kat orang lain, kita jangan sesekali bawa marah kita kat orang lain pada orng lain..tu ayat pandai-pandai translate sendiri....ngeh3

sebab selalu, perkara begini la yg sering terjadi..tak tipu..aku sendiri selalu alami...bila marah ja, balik hentak2 barang...tapi at least aku hentak barang yg ade kat tangan aku...
kalau hentak sebab nk tnjuk yg kita marah, contoh tarik laci hentak laci padahal tak ambik apa pun, tu celaka namanya...kuang ajar, tak tahu hormat orang lain....mcm dia tu gila besar ja...lepas tu hentak berulang kali dalam masa yg lama...yg tu memang aku nak kasi kaki ja kat mulut dia biar dia rasa apa yg hati aku rasa....muahahaha!!

apa-apa hal pun, manusia tak boleh hidup tanpa bergantung dengan orang lain...kita mesti perlukan orang lain juga utk membantu kita..tidak kita nak berkomunikasi dengan siapa kalau bukan ada orang yg membalas komunikasi kita tu...so, emosi perlu sentiasa di kawal..dan aku juga masih cuba untuk belajar men
gawal yg kadang-kadang terlebih had...


serius, bila aku ingat aku masa sekolah rendah, panas baran aku lagi teruk dari sekarang...sekarang ni dah datang balik sebab terpaksa bertemu pula dengan manusia yg suka mempermainkan perasaan org lain....

Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".



Jangan jadi seperti kucing yang hanya meminta maaf bila sudah mencuri ikan dan memakannya sehingga kenyang..jadilah manusia yg tahu menilai dan berfikir sebab di sebalik perkara yg terjadi...semua yg berlaku ada hikmahnya...tarik nafas, tanya pada diri...tidak kira dalam keadaan gembira, sedih, kecewa, marah, suka dan duka...

orang yg tak kuat iman sahaja yg mengalami mental calar sebegini...adakah anda terdiri daripada itu?? fikir-fikirkanlah...Maaf itu sesuatu yg manis jika kita tahu menilainya dengan sikap kita...


p/s: dah lama tak cite sal ilmiah nih...lalalala....peringatan buat diri sendiri....dan mimpi apa pepagi buta story pasal emosi....sebab aku terasa marah tengah hari tadi kowt...huuu~~~

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...