.:allahu:.

Saturday, July 23, 2011

reunion alumni SMKSI





assalamualaikum...
utk coretan hari ni...minggu before puasa. Tak sabar plak nak sambut puasa tahun ni. Harap berjalan dengan lancar dan menambah ibadah dengan lebih tekun dan tabah menghadapi dugaan-Nya. Serta dapat melupakan apa yang pernah terjadi dengan meminta keampunan daripada-Nya.

Best tak bestnyer LI kerajaan ni salah satu kebaikanya adalah sabtu dan ahad merupakan cuti. So, memang syok keluar dengan member espcially exskOolmate..Yurp, sekian lama tak bertemu, asyik bebel kat muka buku ja, akhirnya semalam tanggal 23/7 selamat sudah reunion alumni dak2 smksi yg sudah sekian lama tak ketemu bertemu.

Sampaikan aku mengarut ape pun tak sedar. Tengah harinya lepaking di majlis kawin abang mad. Terbaik punya. Punya lama tak jumpa. Time tu rasa macam nak kembali zaman dulu pun ada. Kesengalan diorng tak pernah hilang. memang steady ja. Rasa lupa terus pada masalah yang dihadapi di ump sampai markah ak drop gila.

Malamnya, lebih kurang jam 815 dimana bola sedang rancak bermain di kaca tv, aku dengan frustnya kerana malaysia ketinggalan 1 mata time tu, bergerak ke arah taman tasik titiwangsa bertemankan nUrdiah dan Hidhayah. Sepanjang perjalanan tu, kitorang mengarut apa pun tak tahu.

Dan itu merupakan pertama kali aku drive setelah 3 bulan bercuti di rumah! Mana taknya, pie kerja da orang drive, balik da orang jemput. Mewah gila. hahahaha...Mulanya, 10 orang hadir utk makan sahaja. Habis sahaja bola lagi sekali aku frust. Sebab akhrinya malaysia hanya mampu dengan 3 gol sahaja. Apa-apa pun tahniah sebab membawa berita tu time aku dah habis makan. Tidak mahu aku ambik lagi 3 pinggan kowt...lalalala

Habis lepak di titiwangsa *yg masih sesak jalan walaupun dah jam 11*, kitorang lepak di gerai burger dak2 laki. Saja suka2. Aku tak tahupun dirong ni ada bukak gerak burger. So saja jengah2 tengok. Boleh lepas ni tempah kat diorng saja. Lepak sampai jam 1230. Bak kata dayah, hilang bunga maka kumbang pun berterbangan. Mana taknya, bangun ja kitorang baru diorng nak gerak balik. siot tul! kalau tunggu sampai sok pun tak balik gamaknya.






K.A.M.I


Guys yg join tHe cLub

Memang betul kata Liyana, mungkin aku patut belajar lepaskan apa yang telah berlaku. Manusia tidak akan berubah melainkan mereka nak berubah sndiri. Walaupun aku pernah terkena sekali, aku doa pada akan datang, tiada siapa yg terkena seperti mana yang aku kena dahulu. Mungkin pengalaman mengajar kita utk lebih matang. dan lebih berhati-hati dalam memilih sahabat agar tidak terlalu mempercayakan seseorang dengan mudah.

Still, member lama is the best friends ever...Walaupun pernah terniat hendak mencari best friends baru sebagai peneman dalam menuntut ilmu bila mana kaki melangkah ke alam ijazah sarjana muda, namun hakikatnya yang berlaku, kawan memijak belakang kawan sendiri, membuatkan aku terkedu dan alpa. Hinggakan aku membuat perkara yang sememangnya bukan perangai aku.

So, azam masuk semester baru ini, aku bertekad untk mengubah cara hidup dahulu. lebih2 ada peneman baru seperti Siti zuraida, ain ithnin dan Izzah natrah. Hope daripada bimbingan mereka, aku akan cuba memperbaiki sebelum tamatnya zaman bujangku, eh, tamatnya zaman ijazah ini...Dan menjadi diri aku semula.


~~~~~~~~~~~~
p/s: yes! menjadi lagi lauk asam pedas ikan patin aku..muahahahaha...sedap tak terhingga.

2 comments:

YanaMIB said...

hye thanks for the wish =)


smksi...seri indah ke??

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

cam best jerk reounion ka.. aku n the geng setakat ni lom berpeluang lagi wat reunion kolej lagi .. sume nye bz memanjang :)

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...