.:allahu:.

Wednesday, August 17, 2011

zaman sekolah menengah - book 1


yeahhh, debar plak nak habis Li ni...tak sabar nak tunggu jumaat ni...rasa seperti sebuah mimpi yang telus dek tidur yang indah. Ok, aku dah mengarut. Padahal kerja nak setel berlambak. Bukan kerje opis pun, just takat nak settle segala document dengan JKR before tamat latihan secara rasminya.

Aduyai, bila dok sorang2 ni lebih kerap nak berblogwalking dari membaca main kontrak yang mungkin tak akan habis di baca walaupun ditambah lagi 12 minggu LI. Erk, tak mau! Apa-apa pun, sepatutnya aku dah kena jumpe SV LI memandangkan beliau tiada di biliknya sejak semalam, so aku pun mengambil kesempatan ini untuk mengarang. Jahat kan?

DOk membelek dari blog ke blog yang menarik cara penulisannya membuatkan diri semakin excited. Tapi yg menjadi masalahnya, lahir di hati baru di jari. So bila dah sampai di jari, dia jadi lain. tak seseronok apa yg difikiran dari di tangan. mungkin kerana itu kowt aku nyer pembelajaran sedikit lari. Mana taknya, lecturer ngaja lain, aku pie terang lain. kan dah berterang lagi bersuluh lain. haihhh~~~

okeh, aku dah melalut jauh. dalam entry aku yang lepas, aku ada story pasal kesukaan dak2 yang lahir 80 an ni iaitu aku. dan aku, adalah mereka yg lahir di hujung 80 an itu. So kira agak junior la juga walaupun time kita darjah 1, kita masih boleh jumpa mereka yg lahir thun 1981 lagi time tu. contohnya la.

bila di kenang-kenang kan, zaman sekolah menengah aku dulu, aku just sekolah harian biasa ja, sampai SPM. So, nama kelas guna nama planet. tak pernah bertukar.

Suria, utarid, zuhrah, bumi, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptune, pluto. Yup, kesemua 10 ada. Dan itu semua mengikut urutan kelas. teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah tahun 2002, kata orang jepun, menengah rendah, tak ada la excited mana pun. kalau excited pun takat sapa yg dulu sekolah rendah sama-sama dapat kumpul sekali, buat geng.ataupun, orang gelar, kepuakan melampau.

MAsa tu, geng aku memang tak ada sorang pun sekali dengan aku. kira aku the last survival la ni. yang ramai geng dari sekolah rendah kat sebelah sekolah aku yang sekarang. kalau nak tahu sekolah tu camna, tengok cita kasih alia kat tv3. yang masa zaman kecik2 diorang. ha, tu sekolah rendah setapak indah. Sebelah tu sekolah aku. Tempat ako mustafa berlakon drama Syawal. Ada 2 3 kali ulang 3 tahun lepas. So, pencarian kawan baru tu teramat la galaknya. Nasib baik ada sebilangan member dari sekolah agama aku dulu ada sekali. boleh la tumpang kegilaan aku ni.

mula-mula buat perangai cam budak-budak tak normal. diam ja. Tapi dah beberapa minggu tu, haa, tau la perangai aku yang sebenar. TApi yg slack nya, zaman tu, masa tu aku batch yang ke 3 kalu tak silap pasal sekolah tu sekolah baru lagi, bau cat pun ada lagi, aku adalah gadis tertinggi di sekolah! Siot. Bila berbaris kat dataran wawasan tuh, aku la yang kena dok belakang sekali. Memang boleh nampak clear kat depan walaupun dok belakang.

Dan masa tu, dan-dan aku daftar nama untuk jadi pengawas, pengawas pusat sumber. kOrang tak tahu pusat sumber tu ape? cek pusat korang. kui3...

Perangai ni terikut-ikut dari sekolah rendah sampaikan masuk sekolah menengah, dan-dan terus isi borang jadi pengawas librarian kata orng putih. Tapi semua orang tahu, aku memang gila siot garang. sapa yang tak pulang buku, aku cari sampai satu sekolah aku selongkar. Okeh tu siyes aku tipu.

Sebenarnya aku jenis tak suka gila jumpa orang. Jumpa orang ja aku gila. So, bila kena wat keje kat kaunter, aku akan ngelat. Pie buat-buat susun buku kat rak. Sampai semua buku kat situ aku baca. tapi buku cerita je la. Buku belajar haram nak sentuh. dah hari-hari belajar, takkan buku rujukan pun nak baca kan.

Aku nak rumah aku ada lib camni leh tak??

paling best, leh keluar awal bila time rehat sama macam pengawas sekolah. tapi ikut hari bertugas la. Kalau buatnya tiap-tiap hari mahu aku kena tindakan disiplin. tapi tindakan disiplin pun sekadar lepak kat bilik pengawas sebelah bilik kaunselor, sekali ngan guru disiplin die. LEpas tu lepak lama-lama dalam library. So, sebagai pelajar wawasan, aku menjalankan tugas dengan baiknya.

ada satu tahun tu, aku tak ingat, guru hal ehwal pelajar (HEP) sekolah aku, pn hazipah yang sangat aku respek sampai sekarang. dia ajar aku matematik time tu. Sangat lembut orangnya. lepas je dia ngajar aku sekelas matematik, dia panggil aku. Seingat aku time tu aku cuba untuk melarikan diri ke tandas untuk skodeng budak2 junior make up.

"Adiba, nak tak saya offer awak jadi pengawas sekolah??"

aku time tu leh pandang sengal kat cikgu aku tu. Sekali ngan baju sekolah aku aku pandang. time tu, librarian pakai kaler biru, pengawas pakai kaler hijau. So macam tak mungkin la kan. Takkan aku baru buat baju biru tu, tup tup aku kena tukar kaler hijau lak. Owh tak mungkin!

"Tak mengapa la cikgu. Jadi librarian ni senang. Sempoi. tak nak serabut-serabut hal sekolah."

Cikgu tu berlalu dengan hampanya. Rasa macam kesian pun ada gak time tu. Tapi, aku memang malas nak pikir2 hal sekolah ni. sebab aku dengan diorng satu kepala. Time tu sekolah aku ikut gred. Sapa yg terhebat dok la kelas depan. yang agak merangkak sikit dok belakang.

dan aku suka dok lepak kat kelas belakang. Memang tak boleh blah la...apa-apahal, aku akan cari mereka ni jadi kaki lepak...




bersambung....

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...