.:allahu:.

Sunday, July 24, 2011

gadis tak bertudung vs gadis bertudung

assalamualaikum...sebagai peringatan buat diri sendiri dan rakan2..
enjoy...;))
click gmbar utk lebih jelas ;)

diambil dari kaki facebook

Saturday, July 23, 2011

reunion alumni SMKSI





assalamualaikum...
utk coretan hari ni...minggu before puasa. Tak sabar plak nak sambut puasa tahun ni. Harap berjalan dengan lancar dan menambah ibadah dengan lebih tekun dan tabah menghadapi dugaan-Nya. Serta dapat melupakan apa yang pernah terjadi dengan meminta keampunan daripada-Nya.

Best tak bestnyer LI kerajaan ni salah satu kebaikanya adalah sabtu dan ahad merupakan cuti. So, memang syok keluar dengan member espcially exskOolmate..Yurp, sekian lama tak bertemu, asyik bebel kat muka buku ja, akhirnya semalam tanggal 23/7 selamat sudah reunion alumni dak2 smksi yg sudah sekian lama tak ketemu bertemu.

Sampaikan aku mengarut ape pun tak sedar. Tengah harinya lepaking di majlis kawin abang mad. Terbaik punya. Punya lama tak jumpa. Time tu rasa macam nak kembali zaman dulu pun ada. Kesengalan diorng tak pernah hilang. memang steady ja. Rasa lupa terus pada masalah yang dihadapi di ump sampai markah ak drop gila.

Malamnya, lebih kurang jam 815 dimana bola sedang rancak bermain di kaca tv, aku dengan frustnya kerana malaysia ketinggalan 1 mata time tu, bergerak ke arah taman tasik titiwangsa bertemankan nUrdiah dan Hidhayah. Sepanjang perjalanan tu, kitorang mengarut apa pun tak tahu.

Dan itu merupakan pertama kali aku drive setelah 3 bulan bercuti di rumah! Mana taknya, pie kerja da orang drive, balik da orang jemput. Mewah gila. hahahaha...Mulanya, 10 orang hadir utk makan sahaja. Habis sahaja bola lagi sekali aku frust. Sebab akhrinya malaysia hanya mampu dengan 3 gol sahaja. Apa-apa pun tahniah sebab membawa berita tu time aku dah habis makan. Tidak mahu aku ambik lagi 3 pinggan kowt...lalalala

Habis lepak di titiwangsa *yg masih sesak jalan walaupun dah jam 11*, kitorang lepak di gerai burger dak2 laki. Saja suka2. Aku tak tahupun dirong ni ada bukak gerak burger. So saja jengah2 tengok. Boleh lepas ni tempah kat diorng saja. Lepak sampai jam 1230. Bak kata dayah, hilang bunga maka kumbang pun berterbangan. Mana taknya, bangun ja kitorang baru diorng nak gerak balik. siot tul! kalau tunggu sampai sok pun tak balik gamaknya.






K.A.M.I


Guys yg join tHe cLub

Memang betul kata Liyana, mungkin aku patut belajar lepaskan apa yang telah berlaku. Manusia tidak akan berubah melainkan mereka nak berubah sndiri. Walaupun aku pernah terkena sekali, aku doa pada akan datang, tiada siapa yg terkena seperti mana yang aku kena dahulu. Mungkin pengalaman mengajar kita utk lebih matang. dan lebih berhati-hati dalam memilih sahabat agar tidak terlalu mempercayakan seseorang dengan mudah.

Still, member lama is the best friends ever...Walaupun pernah terniat hendak mencari best friends baru sebagai peneman dalam menuntut ilmu bila mana kaki melangkah ke alam ijazah sarjana muda, namun hakikatnya yang berlaku, kawan memijak belakang kawan sendiri, membuatkan aku terkedu dan alpa. Hinggakan aku membuat perkara yang sememangnya bukan perangai aku.

So, azam masuk semester baru ini, aku bertekad untk mengubah cara hidup dahulu. lebih2 ada peneman baru seperti Siti zuraida, ain ithnin dan Izzah natrah. Hope daripada bimbingan mereka, aku akan cuba memperbaiki sebelum tamatnya zaman bujangku, eh, tamatnya zaman ijazah ini...Dan menjadi diri aku semula.


~~~~~~~~~~~~
p/s: yes! menjadi lagi lauk asam pedas ikan patin aku..muahahahaha...sedap tak terhingga.

Thursday, July 21, 2011

Ke mana acount FB selepas kita mati...

mari kita renung-renungkan bersama...
fikir-fikirkan bersama...
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password,
hanya kita yang boleh access..

dan...

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?...
mungkin ada yang akan ucapkan takziah...
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu...

tetapi...

sedarkah kita,
gambar-gambar kita...
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?...
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna...
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok...
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada...
saham dosa terus meningkat...

macam mana?...
pernah terfikir tak?...
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?...
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?...
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?...

yang lelaki pula...
Dengan aurat yang terbuka...
berseluar pendek, menampakkan lutut...
menayangkan dada, menonjolkan pusat...

ada pula gambar bersama kekasih...
bukan muhrim, berpeluk erat, melagakan pipi...
ada pula yg hingga sanggup menayangkan...
gambar bibir bertemu pipi... bibir bertemu bibir...
menunjukkan pada semua betapa intimnya hubungan cinta mereka...
yg disaksikan oleh ramai org seluruh dunia...

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita
dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat,
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslim
jagalah jua maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti...persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini

~amin~ renung-renungkan da selamat beramal


dipetik dari saudari IR yiEn...


Honey n' cLover: tak tau nak kata apa. banyak gambar semua kenangan melakukan aktiviti. Kadang-kadang terhibur baca komen mereka yang sengal ya amat...

Thursday, July 14, 2011

assalamualaikum...
kira agak lama gak tak masuk office...
almost 2 week...
ni pun saja on9 kat office sbb kerja tak dak...
rasa pelik pun ada...
dengan muka dah start menunjukan tanda-tanda kegelapan berkilat terserlah....
ade sorang engr ni, tiap kali lalu bilik aku, mesti nak tabik..apa kejadahnya pun aku tak pasti..keh4
dan biase la, oFfice baru...
baru 2 minggu pindah sini...bau cat pun tak habis hilang ag...
dah brape kali aku bersin pun tak terkira.
yang paling utama adalah office ni sangat sejuk..grrrr...
rasa nak beli sweater tebal2, tak pun bawak comforter..*mentang2 dah ada bilik sendiri*
leh la landing2 sejam dua....

tadi SV call...
habak nak mai 18 or 19...
tak memasal aku terpilih mewakili mereka-mereka yang bEr'LI' di JKR malaysia..memang terbaik!
aku pun tak kisah...kalau tak aku past ja nanti pda nor liyana, tak pun fairus zila....keh4
lagipun SV aku yg main pun kata ok...cuma dia tak ada pada hari jadi...
cuma belum maklumkan kepada sub'SV'...
mungkin esok la..sebab kita tak tahu apa berita yang akan berlaku esok...last day is a better one....so tak ada la kalut..
leh aku hantar repORt harian yg dah 4 kali tak bertanda....

sekian...~~

Monday, July 11, 2011

memories of nobody but me!












asslamualaikum....
dah lama tak mencoret ni...
selamat sudah aku di tauliahkan menjadi seorang inspektor sukarelawan...
haha, memang terbaik!

first week

haa, yang ni tak boleh nahan. Dah terbiase dok dalam bilik berair-cond, first day sakit pale tahap gaban. Telan panadol, then tidoq. panas tak usah cerita, first day dah ada line baik punya atas dahi. dah rasa mcm orang minyak pun ada.


try juga utk jadi Pegawai perbarisan Baris (PP baris). Hampeh. Mula2 dah kena tendang pasal pakai cermin mata. patut aku rasa mcam nak try contact lens ja. Then hantar lagi 4 orang member baik. beberapa jam kemudian datang smula kat port kitorang. tanya kenapa, kriteria dia nak tak lepas...
1. mata (ok)
2. ketinggian (ok)
3. suara (ok)
3. muka (not ok)
pelik kan? muka pun kena. rupanya jadi polis ni nak yang muka legend. tak nak yang jambu2 nih. mana tak tensionnya, dah muka kitorang ni muka comel jer...last2 aku tengok PP baris aku muka comel jer, putih ag, suara tak yah cita la, mcm tak cukup nafas ja. tak dengar gak last2...

first week memang tension. Gabungan 4 buah universiti membentuk sebuah detachment. Aku and the team detacment 7, UMP, UPSI, UMT dan USM. Yang paling hebat UMP la. diam ja, tunjuk cool.. time Kawat, kita kawat. timE berjalan kita berjalan gak..keh4

tak boleh nahan ada satu scene tuh, kami dibenarkan keluar shopping. Konon saja nak shopping padahal teman dak laki pie beli pad...upss...terutama shyamir..segan2 konon.. mami siap belek2 brocher pad mana yg paling tebal dan lembut dan bla3. tak pernah dibuat orang. Macam first time guna pulak.

aku terjah stoking...dah seminggu tak bertukar. haha...ni serius punya story. Aku pun kagum macam mana aku dan romate leh tahan bau. Tapi serius tak dak bau. So, macam terasa selamat tu ada la.

dak laki siap sempat bantai kFc. Padahal hari2 makan ayam kowt. Tapi last2 balik bantai gak nasi. Tak pasal-pasal berat badan naek. Dasyat2! Tapi masakan dia memang the best! Tak rasa buhsan macam masakan kat cafe uMp. Kalau boleh hari-hari macam tu pun tak kisah.

yang paling best, aku kacau sorang member suksis ni. Sampai hari-hari ngadu pada romate aku. Dah nak tukar romate dah kowt dia kalau duk lagi seminggu ngan aku.

seLepas seminggu

dak-dak dah habis belajo

suksis uMp 2011

tetibe dah mula rasa rindu pada UTM...agak2 bila lagi dapat jumpa macam ni...??
aku plan 10 julai setiap tahun wat reunion...cam tak mungkin je kan...hahaha...
pape hal pun, aku dah demam sekarang ni...

perkara nak dibuat lagi sekarang:

rindu nak buli faizal, shyamir n lain2
rindu nak lepaking kat bilik korang (espcially bilik siah, kD n waniE)
rindu nak kena marah dengan marissa nOrfis sebb tak habis2 usha errmm...rahsia,
rindu nak bergambar dengan korang,
rindu nak buat muka gila-gila dengan korang,
rindu nak dengar Fa mengarut perkara yang tak da kena mengena,
rindu nak mengumpat mcam esok tak da dah,
rindu nak wat aktiviti sama-sama...
rindu nak berlatih sama-sama...
rindu nak dengar korang menggedik hingga menyakitkan minda...
rindu nak gelak kuat2 dengan korang...
rindu nak berlawan muka sapa paling berbelang dengan korang,
rindu nak caring n sharing dengan korang...
rindu nak karok dengan korang sampai keluar suara jantan...
rindu nak kaco pakcik bus yg sporting dengan korang..
rindu nak pergi dari bilik ke bilik
rindu nak lihat korang jadi ugly and beauty....
rindu nak shoping ngan korang sambil gelak kuat2 dengan muka belang-belang...
rindu nak camping ngan korang...
rindu nak maen masak2 dengan korang...
rindu nak beli mask dengan korang...
rindu nak jadi polis tapi tak pernah berkelakuan seperti pOlis....
rindu nak wat semuanya dengan korang...



p/s: perkara terbaik berlaku sepanjang menuntut iLmu di uMp...nnti da masa upload gmbar laen plok....

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...