.:allahu:.

Thursday, August 18, 2011

aku gadis prihatin~~


okeh tenet mcam siput lak kat sini...huaa...ni pun masa taip, tak habis2 lagi loading satu page ni jerk...

ape hal pun segmen ni nak menggambarkan betapa kuat dan ukhwahnya kita sesama islam seluruh dunia...yuP entry tOk hari ni, adalah ksedaran selain membuat pahala di bulan ramadhan al-mubarak nih...

walaupun sebenarnya kisah di somalia itu sudah lama di perdengarkan, tak silap masa zaman sekolah menengah lagi, bagi yang prihatin, namun baru sekarang ramai yg terbuka hati nak membantu dan di beritahu di kaca-kaca tv...
pape hal pun..marilah kita sama-sama berdoa agar di permudahkan hidup sahabat se agama kita di somalia yang terpaksa menempuh hidup yg teramat sukar...


Klik link ini untuk membantu [sini]


so wat sahabat2 yg dah habis practical tuh, haa jangan lak habis kan wit gaji practical yg kome dapat utk braya sakan ja...
alangkah mulianya kalau korang sumbangkan sedikit even RM1 itu untuk mereka di somalia...kalau korang leh buang tulang ikan, ayam bagai dalam tong sampah, diorang leh makan sampai tak ada tulang pun....
dan aku pun tengah usaha kumpul wit nak kasi sikit even pratical tak dak gaji...


sekian, peace no war....

Wednesday, August 17, 2011

zaman sekolah menengah - book 1


yeahhh, debar plak nak habis Li ni...tak sabar nak tunggu jumaat ni...rasa seperti sebuah mimpi yang telus dek tidur yang indah. Ok, aku dah mengarut. Padahal kerja nak setel berlambak. Bukan kerje opis pun, just takat nak settle segala document dengan JKR before tamat latihan secara rasminya.

Aduyai, bila dok sorang2 ni lebih kerap nak berblogwalking dari membaca main kontrak yang mungkin tak akan habis di baca walaupun ditambah lagi 12 minggu LI. Erk, tak mau! Apa-apa pun, sepatutnya aku dah kena jumpe SV LI memandangkan beliau tiada di biliknya sejak semalam, so aku pun mengambil kesempatan ini untuk mengarang. Jahat kan?

DOk membelek dari blog ke blog yang menarik cara penulisannya membuatkan diri semakin excited. Tapi yg menjadi masalahnya, lahir di hati baru di jari. So bila dah sampai di jari, dia jadi lain. tak seseronok apa yg difikiran dari di tangan. mungkin kerana itu kowt aku nyer pembelajaran sedikit lari. Mana taknya, lecturer ngaja lain, aku pie terang lain. kan dah berterang lagi bersuluh lain. haihhh~~~

okeh, aku dah melalut jauh. dalam entry aku yang lepas, aku ada story pasal kesukaan dak2 yang lahir 80 an ni iaitu aku. dan aku, adalah mereka yg lahir di hujung 80 an itu. So kira agak junior la juga walaupun time kita darjah 1, kita masih boleh jumpa mereka yg lahir thun 1981 lagi time tu. contohnya la.

bila di kenang-kenang kan, zaman sekolah menengah aku dulu, aku just sekolah harian biasa ja, sampai SPM. So, nama kelas guna nama planet. tak pernah bertukar.

Suria, utarid, zuhrah, bumi, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptune, pluto. Yup, kesemua 10 ada. Dan itu semua mengikut urutan kelas. teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah tahun 2002, kata orang jepun, menengah rendah, tak ada la excited mana pun. kalau excited pun takat sapa yg dulu sekolah rendah sama-sama dapat kumpul sekali, buat geng.ataupun, orang gelar, kepuakan melampau.

MAsa tu, geng aku memang tak ada sorang pun sekali dengan aku. kira aku the last survival la ni. yang ramai geng dari sekolah rendah kat sebelah sekolah aku yang sekarang. kalau nak tahu sekolah tu camna, tengok cita kasih alia kat tv3. yang masa zaman kecik2 diorang. ha, tu sekolah rendah setapak indah. Sebelah tu sekolah aku. Tempat ako mustafa berlakon drama Syawal. Ada 2 3 kali ulang 3 tahun lepas. So, pencarian kawan baru tu teramat la galaknya. Nasib baik ada sebilangan member dari sekolah agama aku dulu ada sekali. boleh la tumpang kegilaan aku ni.

mula-mula buat perangai cam budak-budak tak normal. diam ja. Tapi dah beberapa minggu tu, haa, tau la perangai aku yang sebenar. TApi yg slack nya, zaman tu, masa tu aku batch yang ke 3 kalu tak silap pasal sekolah tu sekolah baru lagi, bau cat pun ada lagi, aku adalah gadis tertinggi di sekolah! Siot. Bila berbaris kat dataran wawasan tuh, aku la yang kena dok belakang sekali. Memang boleh nampak clear kat depan walaupun dok belakang.

Dan masa tu, dan-dan aku daftar nama untuk jadi pengawas, pengawas pusat sumber. kOrang tak tahu pusat sumber tu ape? cek pusat korang. kui3...

Perangai ni terikut-ikut dari sekolah rendah sampaikan masuk sekolah menengah, dan-dan terus isi borang jadi pengawas librarian kata orng putih. Tapi semua orang tahu, aku memang gila siot garang. sapa yang tak pulang buku, aku cari sampai satu sekolah aku selongkar. Okeh tu siyes aku tipu.

Sebenarnya aku jenis tak suka gila jumpa orang. Jumpa orang ja aku gila. So, bila kena wat keje kat kaunter, aku akan ngelat. Pie buat-buat susun buku kat rak. Sampai semua buku kat situ aku baca. tapi buku cerita je la. Buku belajar haram nak sentuh. dah hari-hari belajar, takkan buku rujukan pun nak baca kan.

Aku nak rumah aku ada lib camni leh tak??

paling best, leh keluar awal bila time rehat sama macam pengawas sekolah. tapi ikut hari bertugas la. Kalau buatnya tiap-tiap hari mahu aku kena tindakan disiplin. tapi tindakan disiplin pun sekadar lepak kat bilik pengawas sebelah bilik kaunselor, sekali ngan guru disiplin die. LEpas tu lepak lama-lama dalam library. So, sebagai pelajar wawasan, aku menjalankan tugas dengan baiknya.

ada satu tahun tu, aku tak ingat, guru hal ehwal pelajar (HEP) sekolah aku, pn hazipah yang sangat aku respek sampai sekarang. dia ajar aku matematik time tu. Sangat lembut orangnya. lepas je dia ngajar aku sekelas matematik, dia panggil aku. Seingat aku time tu aku cuba untuk melarikan diri ke tandas untuk skodeng budak2 junior make up.

"Adiba, nak tak saya offer awak jadi pengawas sekolah??"

aku time tu leh pandang sengal kat cikgu aku tu. Sekali ngan baju sekolah aku aku pandang. time tu, librarian pakai kaler biru, pengawas pakai kaler hijau. So macam tak mungkin la kan. Takkan aku baru buat baju biru tu, tup tup aku kena tukar kaler hijau lak. Owh tak mungkin!

"Tak mengapa la cikgu. Jadi librarian ni senang. Sempoi. tak nak serabut-serabut hal sekolah."

Cikgu tu berlalu dengan hampanya. Rasa macam kesian pun ada gak time tu. Tapi, aku memang malas nak pikir2 hal sekolah ni. sebab aku dengan diorng satu kepala. Time tu sekolah aku ikut gred. Sapa yg terhebat dok la kelas depan. yang agak merangkak sikit dok belakang.

dan aku suka dok lepak kat kelas belakang. Memang tak boleh blah la...apa-apahal, aku akan cari mereka ni jadi kaki lepak...




bersambung....

.:pink warnamu:.

khas buat peminat pink sekalian....
PINK BEDROOM





yang ni kaler dia menarik..pink and white...
lovely







link:
1. http://www.pinkbedroomideas.com/
2. http://www.zinezite.com/bedroom/pink-bedroom-interiors-by-shijo-sebastian/
3. http://pinkbedroomdesigns.blogspot.com/
4. http://kecohabes.blogspot.com/2011/06/15-bilik-tidur-perempuan-yang-cool_26.html

Saturday, August 13, 2011

dak2 lahir 80-an


tengah dok mengelamun sorang2 nk sambung novel aku yg tergendala selama hampir 5 tahun ni, sambil layan lagu i'll make my love to you by boyz to men, tiba2 teringat lak zaman2 muda2 dulu...
zaman biasa buat terutama mereka yg lahir pada tarikh 8o an nih...

1. ada masa org jual minyak yg leh sapu kat buku...tujuan utk copy dari komik ke kertas kosong...kira macam ciplak drawing org la...time tu aku rasa org tu penipu. Dia tunjuk dia punya ja menjadi, bila aku beli sekali tak jadi lansung.

2. femes dengan komik ana muslim. Ni sapa yg sekolah agama mesti ustzah/ustaz selalu kasi borang suro order...

3. pembaris kuning panjang. Ni kalau kena kat tapak tangan memang sodap. Selalu bila beratur depan kelas, masing2 pakat sapu kapur. tujuan demi mengurangkan kesakitan pada tapak tangan...huahua...tak sangka, menjadi.

4. selalu makan ais krim malaysia harga duplo sen. Ni makcik2 bus selalu jual. kalau korang ada naek bus la.. TAk pun ada ja jual kat tepi2 sekolah selalu dalam bekas orng jual nasi lemak sebab tahan sejuk. Lepas sekolah ja selalu bantai.

5. femes dengan coklat dora aman. Nak mainan je sebenarnya. time tu harga tak sampai singget kowt. Selalu penjual roti jual. sanggup kerumun nak beli, then maen ramai2 sampai lupe nak balik.

6. femes dengan kartoon cam power rangers, cardcaptor sakura, doraemon, ninja turtle, max steel, kfc fan club, disney, sailormoon, samurai X. selalu ulang2 cita sama tapi still tengok gak. Sampai leh hapai lagu die...yg paling aku suka power rangers biru.

power ranger go!

7. Tiup straw. yang ni tak tahu lah korang ada maen ke tak, tapi ni femes time aku sekolah rendah gombak 1. Suka maen bawah pokok besar lepas sekolah, peluru guna kacang hijau. kena memang sakit tak terhingga. Waktu main selalu bagi sesiapa yg sekolah petang. Yg xleh blah, sekali dngan air liur tiup. Gila pengotor! game ni paling aku tak nak main.

8. suka main kejar2 dalam sekolah. yang ni memang tak leh wat apa la. dah besar pun suka main lagi.

9. femes wat surat2 cinta sorok bawah meje. Ni memang selalu kwn sendiri yg tolong karangkan then hantar. Org yg suka tak tahu apa-apa. Memang siot tul. Aku pernah kena sekali.

10. sangat la aktifnyer. time waktu sukan, selalu yg penuh maen dak2 80 an. yg paling aktif senior la. Yg junior selalu past ja kat senior. yelah, respek la katakan. Padahal ambik kesempatan. sebab ada lori milo datang. Kitorang lah yg memenuhi kuota untk mengosongkan tong2 milo itu.


yg ni experience aku sendiri...tak tahu la korang camne....ade lagi...nanti aku senarai lagi.

Thursday, August 11, 2011

hari ni hari jumaat ;))


rasa cam fairy tale lak...


Tempat: menara PJD

akhirnya, at last, sesungguhnya, gembiranya, terharunya...hari ini hari jumaat!!
rasa mcm dah tak sabar nk tunggu mnggu depan...
sangat banyak dugaan di bulan pose...
kalau dah keje betui nanti ingat bila ramadhan ja cuti sebulan...agak2 bos terima tak?? keh3
sangat2 tak laratnya... :(
dua hari lepas kena puji ngan bos..bangga tak terhingga....
terasa kembang apa yg tak sepatutnya kembang..
ini semua gara2 berkat belajar menggunakan adobe Photoshop.
pelik lak rasa, amek engineering, tapi wat Photoshop...
itulah guna nya memperbanyakkan ilmu tak kira apa pun asalkan bukan yg haram mcm sihir, kepercayaan lain, bla...bla...bla.. *kes menonton filem hantu tak seram melampau-lampau...*
tak memasal, aku dipanggil suro ajar camne nak wat adobe..
dah la time tu aku tengah nonton cite tolong awek aku pontianak! lakonan terbaik Zahiril dan sazzy falak...
terbaikkk!!
rasa cam coMEl jer...
orag kata movie ni ala2 twilight pun ada gak...
tak tahu plak aku sebab tak berapa nak layan cite tuh...hehe
tengah terkekeh2 sebab haru tu bos datang ketuk tanya...
yg paling aku tak sangka, siap hafal nama...dengan siapa ntah dia tnyer....
hehe..bangga siott *riak dibolan pose..*
keh4
ump bOleh!!


Tuesday, August 9, 2011

.:telefon owh telefon:.

sumber abang gigolo (google)

telefon..semua org memerlukan telefon dalam hidup mereka...even tak dak line kat dalam hutan pun, still nak bwak juga...yelah, takut sebarang kecelakaan berlaku, boleh la mencuba nasib bak kata org...

aku ni plak, yang dok kusyuk masyuk mentelaah main contract ni, tetibe tertangkap suara riuh rendah kat luar biliik...mana taknya, rupanya en pejal sedang mengetest tepon pejabat beliau yg akhirnya berbunyi...hak3..rasa kelakar di pagi hari awal ramadhan ni apabila akhirnya office baru di menara PJD tingkat 23A berdering telefon setelah hampir sebulan tak kring2...
ni semua gara2 sistem bangunan belum lagi lengkap sepenuhnya. yelah, kadang2 tenet pun leh tak ada dengan tiba-tiba...air cond plak leh tertutup dengan suka2 hatinya...

dan sekarang ni mereka sedang sibuk test no telefon pejabat di bilik masing2....comel plak tengok gelagat mereka nih..ceria selalu tak kira apa yg berlaku...
walaupun dah dok berasingan still saling melawat, bercerita, tngok wayng dll...
dan aku sebagai seorang yg lebih gemar mendengar dri meluah just tersenyum melihat gelagat masing2....sebab aku bukan jenis yg suka berckp2...lebih2 lagi practical ni..
tak tahu pula kalau dah kerje betul2, mungkin keyakinan tu lebih lagi untuk mengajak dari di ajak...hohoho...lagipun, dengar riuh rendah tadi membuatkan aku terjaga secara automatik di blik yg serba sejuk nih....hoooo~~~~ *sambil menghembus kepulan awan nipis dari mulut....* sekali bau mulut kuat daa...keh3


salam ramadhan dari Dia kita datang, kepada-Nya jua kita kembali....semoga rahmat ramadhan semakin bertambah...

Monday, August 8, 2011

perangai tak selari dengan hati

assalamualaikum sahabat. hari ni ingat nk minta pendapat pembaca sekalian. nak tukar sikit cara penulisan utk kali ini.

pernah tak korang terfikir, kita ada sahabat, dalam berbicara, penulisan sangat teramat bijaknya, namun perangainya sangat teramat la bertentangan dengan penulisannya? kira kes jauh panggang dari api la ni...
ada tak?

tak pun, kepada penulis2 blogger la paling simple...kita ada benda nak ditanam, ada azam baik punya, setiap kali post semua berkenaan hati kita nak apa, nak itu, nak ini, wish sana, wish sini...tapi in realiti, kita terpaksa berbohong utk menjaga hati org sekeliling kita semua...
ada tak?

lagi satu situasi, korang kat luar nerd gila sampaikan org tak kenal pun korang. In the end, you are actually the famous blogger in the world..everyone knows you very well...just in the internet people know you...tpi bukan mcm cik hanis zalikha dan jejaka terhangat atau pun cik elia...diorng tu da super duper fames...;)
ada tak?

aku ni bukan nak berkata besar atau pun nak berlagak teror tahap gaban pun sebab aku bukan pelajar forplat seperti yg digembar-gemburkan *ada ke*, tapi aku masih manusia biasa yg mampu berfikir di mana silap, di mana betulnya...bukan sekadar memikirkan kesilapan org lain sahaja.

kadang-kadang, aku pun melakukan perkara apa yg aku katakan di atas....

kata orang, nak tahu hati pemikiran orang, sahabat, rakan, keluarga, tengok pada penulisannya, lihat pada pembacaanya, tengok pada bicaranya...barulah betul kita mengenal erti budi seseorang itu bagaimana lagaknya. tapi ye ke?

aku berazam, tahun ini untuk dapat forplat! so buat shout out kat muka buku. Masing2 mengucapkan kata2 prangsang kepada aku yg tak berapa nak femes macam sesetengah member yg lain. Tapi last2, perangai still sama. Makan, tidur, main game kat fb...mana nak datang forplat tuh? dari langit?
ada tak korang mengalami situasi begitu?

agak2, kalau kena yg member yg macam ni, macam mana korang nak handle org mcm ni??
sebab orang2 mcm ni teramat menyesakkan kepala aku kerana org seperti ini terlalu hipo dalam kehidupan sebenar mereka berbanding realiti....*Nak kata aku la ni*
bukan hipo kepada yg jahat...hipo pada persekitaran mereka...macam aku lakukan sekarang ni...
tengah mengantuk tahap gaban kat office tapi leh bukak tenet...hahaha....nasib baik tak kantoi...XD

tak pun, tngok blog aku....jambu siot..
tapi muke legend....muahahaha...so, what the story mory nyer nih....???

Saturday, August 6, 2011

harapan ramadhan - Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
dengan sempurna...

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan ramdhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna....

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

hOney n' cLover - ku mengharapkan juga, cintaku padaMu semakin agung...

Tuesday, August 2, 2011

Artis seksi, kes buang anak, wow!

Terdetik nak menceritakan tentang perkara yg selalu mucul di media cetak dan media massa. Perkara yg sudah lama bermain di negara tercinta ini. Renung-renungkan....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mat rempit, penagih dadah, bohsia, bohjan dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya kita labelkan mereka sebagai sampah masyarakat.
Golongan ini adalah bebanan kepada masyarakat dek kerana mereka ini kita ramalkan akan merosakkan masa depan negara.
Mungkin ada benarnya.
Namun ada satu lagi golongan perosak yang bermaharajelela.
Yang ini kita sanjung dan agung-agungkan. Yang ini sentiasa kita berikan layanan istimewa.
Senang cakap, inilah golongan artis yang ramai peminatnya.
Tidak dinafikan yang mungkin ada segolongan artis yang baik perilakunya namun ramai juga yang akhlak dan moralnya tidak ubah seperti bohjan dan bohsia di jalanan.
Ada yang kata tulisan ini sedikit keterlaluan jika kita labelkan artis seksi yang dedah sana sini samalah seperti pelacur murahan. Namun itulah hakikatnya.
Golongan seperti inilah yang membawa bencana besar kepada negara.
Tapi tiada siapa yang mengambil peduli, malah artis sebeginilah yang menjadi rebutan syarikat penerbitan. Pelarislah katakan.
Ada satu tugasan untuk anda.
Senaraikan 5 contoh restoran makanan segera yang ada di negara ini. 10 saat dari sekarang.
9

8

7

6

5


4

3

2

1


Pastinya dalam senarai saudara akan tercatat restoran seperti KFC dan McD. Jarang sekali tertulis Edlee Friend Chicken ataupun Sushi King.
Kenapa?
Kesimpulan mudahnya, hal ini terjadi kerana inilah antara dua buah restoran yang sering anda lihat sama ada di iklan mahupun di pasaraya-pasaraya.
Imej mereka yang selalu anda ulang-ulang dan akhirnya menjadi zikir dan pilihan anda sejak dari bangku sekolah lagi.
Nah, permainan kedua.
Dalam masa 10 saat, bayangkan imej gadis-gadis remaja kita.


Apa imej yang terbentuk difikiran anda? Yang bertudung litupkah? Atau yang selalu anda tonton dalam tv? Itu anda.


Bagaimana dengan anak-anak anda yang umurnya 7-8 tahun? Minta mereka bayangkan juga.
Wah mereka sudah sama hebat dengan anda. Imej yang sama tergambar dalam kotak fikiran mereka. Advance katakan.
24 jam melihat cerita-cerita yang menampilkan artis yang ketat dan sendat pakaiannya. Itu belum cerita aksi-aksi yang mengghairahkan.
Senang cerita, lama-kelamaan kebatilan itu sudah menjadi satu norma yang diterima masyarakat sekeliling.
Setakat adegan bercium itu sudah biasa sangat kita tonton.
Harus diingat, haram hukumnya melihat sesuatu yang mengghairahkan. Tidak kisah sama ada ianya manusia benar ataupun kartun.
Dek kerana itu, hari ini kita sudah menjadi acuh tak acuh dengan maksiat yang berlaku.
Maka tidak hairanlah kes buang bayi begitu rancak kedengaran.
Anehnya, pihak yang berkenaan terpinga-pinga mencari di manakah silapnya.
Benarlah kata pepatah melayu lama, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata, tidak nampak.
Kehancuran sesuatu tamadun itu ada kaitannya dengan apa yang kaum itu lakukan. Malah dalam Al-Quran sudah jelas diterangkan kisah kaum Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s.
Tapi kita yang dikatakan arif dalam ilmu sejarah kurang peka akan hal ini.
Biarpun sudah dinasihat berulang kali, namun nasihat itu kita bakul sampahkan.
Selagi tidak merasa pedihnya seksa, selagi itulah kita keras kepala.
Gula itu tidak tahu macam mana manisnya selagi lidah ini tidak merasakan?
Tulisan ini aku kira cukup jelas.
Tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak namun ini adalah nasihat dan teguran untuk semua.
Tidak ada musuh yang lebih merbahaya daripada musuh dalam selimut.
Kota Baghdad itu dihancurkan oleh tentera Mongol.
Namun yang membuka pintu kotanya adalah orang Baghdad sendiri.
Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.


karya Usop co-founder i luv islam...

p/s: he use the magic words....

mood di bulan puasa

simply sekarang tengah tegang...walaupun dalam bulan puasa..
erk..ape yg tegang?? choi...hahaha
apa-apa pun perasaan aku sekarang ini adalah terlalu malas, penat, bosan, lazy dan seangkatan dengannya sebab kena buat banyak keje dalam masa yg teramat pendek..
ape la dok nyusahkan orag di saat akhir ni...memang nak kena tui..*copy dari mulut liyana yg dari td dok tak puas hati kena wat keje...*
aku plak mne suka dpt keje last2 minit ni...memang tak bergerak la...lagi banyak nak menyimpang dari membuat ada la...
parah2...
pape hal pun, chiyokk wat semua yg kena pie cidb khamis ini termasuk aku walaupun belum cukup umur 12 week pun kena pie gak...
so bntai ja nk story ape pun.....
waaa, nak nangis ni.....wuuuu

papehal pun selamat menyambut ramadhan al mubarak wat semua blogger...
peace upon you..
Allah is the only mighty...!
memperbanyakkan amalan hanya untuk yang Satu...
Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...