.:allahu:.

Tuesday, February 14, 2012

Cerobong malam


Dalam diam, malam mula menganjak ke dinihari. Sesejuk hembusan angin malam, begitu juga pandangan yang semakin lama semakin perit akibat memandang skrin yang teramat lamanya. Dan kadang kala membuatkan mata terkebil-kebil kerana menahan cecair jernih dari jatuh membasahi besi hitam yang menampung lenganku. Jam sentiasa berdetik. Seakan-akan tidak akan berhenti. Hati mengeletek ketawa kecil. Masakan ianya akan berhenti. Sekiranya mampu dihentikan sekali pun, diri tetap menjangkau usia.

Aku menoleh ke arah kiri. Lampu masih menyala di setiap tingkat yang kelihatan seakan-akan melaung mengarah agar penghuninya memadamkan lampu supaya bumi ini terpelihara mahupun sedikit. Aku tersenyum sendiri. Kalau aku mampu mendengar mungkin terlalu banyak yang hendak didengari.

Aku menoleh ke arah kananku. Sepi. Tumbang menyepi sehingga tiada lansung hela nafas yang kedengaran. masakan mahu kedengaran bila mana aku menyumbat telinga dengan kapas berlagu halus membingit telinga. Yang seorang lagi turut sepi. Kemungkinan kusyuk mentelaah novel-novel on9 yang kadang kala kedengaran tawa kecil, dan kadang kala kedengaran keluhan hati yang kesedihan. Aku tersenyum lagi.

sesekali mata meleret kepada kapas lembut berpakaian kuning keemasan di kananku. Seakan-akan memanggil namun mata ini masih setia pada bahan elektronik yang kadang kala mampu membuatkan jari terangkat ke atas kerana rasa hangat itu lebih dari angin malam yang menyerobos masuk melalui tingkap di sisi kiriku.

Aku terdiam. namun jejari masih setia kepada papan kekunci yang sudah semakin lembut gara-gara kelajuan jari yang kadang kala diluar imaginasi si papan kekunci. Kalau ianya mampu berkata mungkin menjerit dirinya sudah cedera parah di tekan tanpa henti saban tahun, saban hari, saban waktu. Maaf sayang. Aku terlalu suka padamu hinggakan aku tak mampu berjauhan dengan mu walaupun mungkin sesaat.

Lagu Berdua bersatu berkumandang di corong telinga. Sendirian dengar.  Bibir mengetap sambil cuba untuk meniru suara dari kumpulan Forteen yang bagiku kedengaran agak menyentuh perasaan. Atau mungkin lebih dari itu.

Sesejuk angin malam itulah, aku meneliti langit pekat. Bintang menyinar cantik. Masing-masing cuba untuk mengeluarkan cahaya seterang-terangnya agar si pemelihat seperti aku ini tertarik dan tertawan. Sememannya aku tertawan. Kadang-kadang aku sanggup menghabiskan masa menghadap langin cerah yang kadang kala menampar lebut pipi. Seakan-akan masalah yang aku hadapai hilang tatkala memerhatikan bintang2 cerah itu. Aku tersenyum. Hari ini sangat sibuk. NAluri ku berbisik lemah. Aku mengangguk lemah.

Dari jauh panahan si dia mendekati mendebarkan benda bernyawa di dalam diri ini sambil dilindungi tulang rusuk si dia yang mungkin Dia ciptakan untuk aku. Aku tersenyum sebaik dia menghampiri. dan kadang kala aku alpa dengan wangiannya. Aku tersenyum lagi.Terasa jangal tiba-tiba bila mana yang sepatutnya tergoda adalah si jejaka, bukan si gadis sunti yang baru menyelami dunia baru sehari-hari.



to be continue...







No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...