.:allahu:.

Wednesday, February 15, 2012

Rasa hati

Diam tak diam, hati sentiasa resah. Yang kadang-kadang tertanya juga, mampu kah diri ini mencabar diri sendiri yang kadang kala alpa dengan dunia lebih dari segalanya? Dan siapa tahu apa yang tersimpan di dalam diri sedangkan bibir sentiasa mengukir senyuman, tawa yang hanya mampu menyelebungi detik hati. Aku terdiam sepi di sudut meja belajarku.

cabar diri dan cuba untuk menjadi yang lebih baik. Bukan diri engkau itu sangat aktif dan agresif orang nya wahai adiba? Ya, dan aku akui kebenaran dalaman itu. Bila mana aku yakin akan sesuatu, maka aku yakin dari-Nya juga yang memberi. Dan aku teramat bersyukur dengan pemberian-Nya itu.

Dan ya, aku yakin dengan kali ini. Kerana Dia penyuluh hatiku, penjaga imanku, pemelihara maruahku. Segalanya dari Dia. dan aku bersyukur tak terhingga.

Sehingga kini hati dalam diri ini kabur. Yang kadang kala menyepi. Tidak terdetik rasa cemburu pada sabahat yang kadang kala ada di sekeliling. yang terdetik hanyalah adakah mereka mengerti apa yg dirasa diri??

Masih terasa segar lagi seakan-akan peristiwa lama itu baru berlaku semalam. Tatkala hadir di UMP ingin mencari pengalaman baru, mencari teman baru, mencuba sesuatu yang mencabar, Engkau turunkan dengan dugaan yg Maha hebat pada diri ini yang kadang-kala tak termampu melainkan manik jernih menemani di dalam hujan renyai malam. Yang kadang kala trasa kesejukan itu tidak mampu membuatkan diri ini berlindung di dalam tubuh yang di ciptaka Engkau. Hanya hutan-hutan Mu menjadi penenang diri. Rimbunan bintang-bintang malam mendamaikan penglihatan. Hembusan nafas malam ciptaanMu menyejukkan diri. Aku terpaku sendirian....menikmati....~~

Aku meneliti dunia ku. Yang kadang kala kosong. Yang kadang kala terpana. Yang kandang kala sesat. Dan tidak kesemuanya hitam. pasti akan ada tercalit walau sedikit warna bg menambah perisa di dalam kehidupan. dan aku redha~~~~

Jika dengan mu salah, ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah bialah ku tercalar
walau pun dilanda badai ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu

jika dengan kabur ku xmahu yg jelas
jika dengan mu hanyut biarlah aku lemas
walau pun dilanda ribut
ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu....






No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...