.:allahu:.

Thursday, March 15, 2012

2# Jumaat datang lagi

waktu ni sayup2 bacaan orang mengaji berkumandang. sangat indah nadanya. Sangat sayu laungannya. Sangat cantik bahasanya. Aku terkedu. Terdiam di hadapan papan penaip yang setia membiarkan jari jemari bemain di atasnya, tanpa ada sebarang rungutan. Sedangkan itu sudah memang kerjanya setiap waktu dan masa.

Entah kenapa aku boleh berfikiran sedemikian. Hampir seminggu sejak kes kecoh berkenaan perjumpaan suka2 kami yang bagai mengalahkan najib turun pangkat lagaknya di blog aku dan muka buku ini. Itu pun aku masih tertanya-tanya apakah kisahnya yang sebenar di sebalik setiap patah yg muncul di bodoh kosong (zerobaka) ini. Masih bersalahkah aku sekadar meluah apa yang ada di hati yang menyesakkan minda bila mana tiada manusia yg sudi mendengar melainkan Dia?  Astagfirullahazim, sedangkan sepatutnya tidak layak lansung aku berfikiran demikian.

Azan yang dinyanyikan menyentap nadi2 kecil saat ini. Aku berdebar-debar. berdebar kerana betapa merdunya suara yang melaungkan kalimah Allah yang Maha Esa. Aku?? Hanya mampu berbuat dosa. Dosa silam yang kadang kala muncul seakan-akan masih belum terubat.

Kadang kala, hal remeh boleh menjadi besar. Benda yang sepatutnya hanya diselesaikan dikalangan sesama manusia, boleh menjadi racun yang merebak di dalam tubuh manusia. Hanya dengan sepetik ayat. Yang tidak tahu mana salah, mana betulnya. Mana hujung, dan mana pangkalnya, mana mula dan mana akhirnya.

Dan minggu ni teramat serabut. Bila mana aliran2 halus menetas zaman lalu. memberi laluan kepada akal mentafsir apa yang dimiliki hati. Adakah aku benar? adakah betul tindakan aku dalam berkata2? Ya, memang ternyata, darah aku yg masih muda dan panas ni sentiasa mengelegak pada sesuatu yg diluar akal fikiran. Namun, aku seboleh-bolehnya mahu tidak mahu mengambil tahu kerana itu seharusnya menjadi urusan antara Dia dan dia. Bukan aku dan dia. 


Sesungguhnya aku mengadu padaMu sehingga menitis air mata ku....
betul tu diba...jgn la kamu bersedih. Ingatlah DIA MAHA MENGETAHUI di dalam hati hamba2NYA...sepatutnya saat2 mcm ni, kita mengadu pada-NYA, yg berikan ujian ni adalah DIA...anggaplah mereka yg pernah menyentuh hati dan naluri remaja kamu itu adalah sbg satu warna2 dan perasa dlm kehidupan kita.. 
P/S: lebih baik aku berkata yg baik dan di hina, daripada aku berkata buruk dan masih di hina...;)

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...