.:allahu:.

Saturday, April 7, 2012

Dingin

yoSh, rasa sunyi lagi ump ini saat waktu berdetik ke angka 2.55am..mana la pie bebudak ni? Tak nak balik ke? sayang sangat dengan rumah ke? hehe...saat ni si dia dah terlelap dibuai mungkin mimpi, mungkin tidak. Dan aku? LAmpu di bilik masih cerah sedangkan sudah sampai waktunya ia dipadamkan.


Ingat nak mengarut. Tapi setelah 'meletup di bilik Shafina tadi, so alhamdulillah dah rasa tenang sikit. Dalam dunia ni pelbagai ragam boleh kita jumpa. Yang pada kita betul sedangkan kita adalah salah pada pandangan manusia bergelar sahabat. aku sendiri pun sampai hilang arah dengan apa yang dimaksudkan dengan sahabat.

Kalau dahulu, aku mencari. Mencari secari-carinya sampai aku yakin merekalah yang diluar sana boleh dijadikan sahabat. Bila mana suda mendengar perkara yg tidak enak, diri sendiri menjadi keliru dengan dunia luar. Adakah sebegitu pemahaman mereka?

Sampai kadang2 terkejut kerana ada juga yg boleh berfikiran sempit sehingga sanggup beranggapan bersahabat rapat dengan kaum sejenis adalah satu kesalahan sehingga memanggil rakan itu dengan nama yg bukan2 seperti Les atau Gay. Sedangkan selagi mereka masih tidak melakukan sebarang perkara di luar tabii itu adalah lagi mulia daripada mereka yg berkapel mahupun berapat2 dengan mreka yg bukan sejenis. adakah aku salah dari segi pemikiran sebegini sedangkan di luar sana aku ketahuinya melalui pembacaan rakan2 lain?

Ok, sesungguhnya kebenarannya aku dah keliru. Adakah aku yg salah atau aku yang terlalu memikirkannya? Aku mengaku yg aku hot. Hot temper. Yup, jangan salahkan aku sekiranya apa yg keluar dari mulutku adalah yg kasar dan berkias serta penuh sindiran sedangkan aku belajarnya dari persekitaran aku. kErana aku sememangnya kurang bergaul dengan dunia penuh sosial seperti sesetengah manusia sehingga la aku jumpa UMP dan alhamdulillah Allah temukan aku dengan dia sebelum aku disakiti.


Dulu aku ingt lagi, bila mana aku meminta mereka bersua menyatakan apa masalah sebenar, tiada seorang pun yang tampil demi menceritakan apa masalah. Adakah masih aku yang bersalah? Adakah aku yg sekarang ni masih buruk? ok, apa pula maksud buruk dalam erti kata bahasa kini? Sejak bahasa di tukar bahasanya, aku semakin sukar untuk memahami apakah maknanya yg sebenar.

 Untuk mengharapkan menjadi sperti aku mula2 mengenal dunia seakan-akan semakin menjauh...~.~
Aku bukan budak berasrama penuh mahupun yg tinggal di asrama. Aku budak harian yg menjalani kehidupan normal bersama rakan2 yg lain yg bercampur dengan semua orang.


p/S: Sangat keliru dan mula rasa mengantuk..nunite.. blog walkers..

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...