.:allahu:.

Sunday, April 22, 2012

excited monday


bukan tak memahami, tapi cuba untuk tidak ketahui
hakikatnya hendak berkongsi tapi sekadar mampu merenung dari jauh
Mulut berkata, tapi hanya sendiri yg mendengar. Kata orang, bila sudah berjauhan, bukan ibu bapa yg corakkan lagi, kerana mereka tidak tahu akan aktiviti dari perantauan ini. 
Kawan, sahabat, pkwe/makwe yg menjadi enviroment kita. dan cara kita membiasakan diri dengan benda yang berada di sekeliling. So betul la. Sejauh mana kita mencari, semakin jauh ia menjauh kan diri. 
Dan kemudian cuba membina jalan baru untuk diri sendiri. 
aku hidup bermula dengan sendiri. perantauan di negeri orang tanpa ada sesiapa.
maka, aku akan belajar mendekati
namun aku tahu, semakin dekat aku, semakin jauh mereka. 
jadi, aku hanya mampu melihat.
melihat dari jauh....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

perghh, hebat betul aku mengarang. Tapi bukan perkara sebegini yang hendak disampaikan. sekarang hidung terkemut2 mengambil bauan nasi yang baru di tanak. Sedap tak terhingga hingga menghasilkan bunyi-bunyian yg merosakan panorama. Saat ini mata sudah mula menjeling ke arah lauk pauk yg sudah sedia di beli.

 Tadi baru habis kelas BSM. Bila saya Malas. Eh?! Building services and maintenance class. So, Dr arahkan kami2 ni agar present hnanya satu part daripada building sahaja di hadapan seluruh kelas. so, dalam kelas tu ada 9 group. Dan aku seorang yg dianggap tua bukan umur tetapi pangkat. Tula kan. bila hidup terasing sebegini. Eh, terasing ke? Tpi alhamdulillah sudah terlalu membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. dan ada rezki boleh segroup dengan sahabat yg bercuti lama dulu. So, not bad for me being alone in the class. With new member.  

So, of cause, masuk lambat sudah manjadi trademark kami2 ni. Dan kami pun sudah sedia maklum. Bila mula ja kelas, biasa la, Dr omar dengan celoteh beliau yang bila fikir tak logik akal pun tapi bermakna. So, pandai2 sendiri mentafsir. Bukan tahu gelak sakan ja. 

Bila turn group kami, group 5, aku dah memng niat tak nak present pun. So, pakai baju nak pie lab. memang sakai la kan. Tapi tak tipu. memang nak pie lab. cuma malas tak malas ja.
So, teruskan dengan presentation. Mula2 beliau semak apa yg patut pada helaian yg kami sampaikan. Yelah, tahu ICT dan techonology. So what do you aspect from engineer yg tahu guna technology ja kan? 
So, we make a simple presentation with a few slide and picture.

Yg paling best, bila aku jadi tukang tekan papan kekunci, dan ain present. Eh, tu tak best pun. Yang best bila Dr Omar tanya soalan, bukan pada aku, tapi pada boys. hahaha
sebab dia tahu yg muka blur2 tu cmfirm tak tahu apa2. Last2, aku jugak yg jawab. Pdahal bukan aku yang buat ayat2 tu. Dan thanks to Shahfina for the info. walaupun tak lengkap tapi hentam saja la labuuu...!!!


No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...