.:allahu:.

Sunday, April 15, 2012

Hari sabtu hari lab, erk?!

bertemankan muzik2 di laptop hanyalah sekadar menenagkan hati yg tatkala ini resah. Mungkin ini sebahagian dugaan yg Allah berikan kepada hambanya sebagai langkah untuk aku menjejakan kaki ke syurga. Masya Allah. Sesungguhnya aku hamba yg alpa pada dunia.

Terimalah aku, hambamu Allah. Sayup kedengaran lagu Hambamu oleh mawi ft Akhil Hayy ni terngiang2 di telinga. Saat ini keseorangan berada di lab sOil hanyalah satu perkara biasa di waktu cuti. Semata2 hendak menghabiskan eksperimen2 yg tergendala kerana perkara yg tidak dapat dielakan. Sedangkan hanya dia yg tahu kebenarannya.

Saat jari sedang laju menjalankan tugas, mata sentiasa meliar. Inilah gaya hidup seorang pelajar universiti. Semua perlu dilakukan sendiri. Sedangkan diri kita sudah merancang yg terbaik namun hanya dengan izin-Nya kita mampu lakukan.

Tapi pelikkan. Bila mana Allah beri peluang untuk buat kerja awal, tapi manusia boleh melengah-lengahkan ikut sesedap rasa. Kalau sendirian boleh di terima lagi. Yang menanggungnya diri sendiri. Ni bila mana dalam berkumpulan. Semua kerja boleh tergendala kerana melayan karenahnya seorang yang suka membuat kerja di saat-saat akhir. Jam 12 tngah hari hendak dihantar, jam 9 pagi baru hendak mula. aku pun tak berapa hendak memahami manusia jenis ini sedangkan semua keperluan ada. Bukan orang susah, dan bukan calang-calang manusia. Itu pun boleh menyalahkan manusia lain sedangkan mereka memerlukan secepat mungkin. Mungkin salah satu cara Allah nak memperingati kami yg sedar ini.

dan mungkin Allah ingin menguji kami lebih dari dirinya yang kelihatan alpa dengan dunia sendiri. Aku cuba menganggap sebaik mungkin. Perkara sudah berlalu dan masing2 sudah meningkat dewasa. Sedangkan kanak-kanak pun sudah mampu berfikir, inikan mula seorang mahasiswa.

 Okeh, aku sudah melalut jauh sejauh-jauhnya. Saat ini aku masih lagi bermain dengan alatan. kalau hendak sambung belajar entahkan mampu mahupun tidak.

Hanya 6 test berjaya di lakukan dalam satu hari. ade 11 sample. 1 sample = 3 test = 4 load. so, 3x4 = 12, 12 x 11 = 132 test. 
Tahniah, adiba...erk?! 
camne yerk? 


No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...