.:allahu:.

Wednesday, August 15, 2012

bau-bau raya

Disebabkan aku tengah frust tak jumpe coordinate yang diberi dalam ArcGis, aku pun nak menyeleweng jap. lagipun dah tengah hari. berpinar pale otak ni dok tengok destop besar gedabak ni. Boleh pula dalam banyak2 map dalam arcgis ni satu pun tak match. Asyik kat africa ja. Apa la. Nak sangat ke layer tu dok africa. amek semua, amek! Geram tul aku. hahahaha

So xde sangat pun nak story. Kurang dari 4 hari dah nak raya. Yahooo....tapi aku dah raya dlu dah. camne. Haish, saat akhir ramadhan aku xberapa baik. Sedih pula ramadhan nak meninggalkan kita. boleh pula staff sini selamba badak tegur aku, "Yang tak pose mane boleh dapat." time tu boss ade kasi dodol kat kitorang ni. Lahabau sungguh. Malu aku untuk seketika. Tahu pula aku malu itu apa. Hahaha.

Yang aku ni pula entah bila nak pie shoping raya pun tak tahu. Ingat nak lepas jusco je sabtu ni. Lepak macam boleh makan2 plak kan sana. Lagipun aku dah meletakkan jawatan sebagai cashier dah baru2 ni. Nak buat camne, family tak izinkan keje banyak2. Kalau ikutkan aku tibai saja kerja. duit tuuuuu. selagi kesihatan ada Allah kurniakan.

Sekarang ni rasanya setiap sabtu dan ahad aku akan tibai tidur sesuka hati xnak  bangun2...hahaha...jeles tengok adik aku relex je lepas subuh tido macam xnak bangun2. Bangun bila dah nak berbuka. Melampau sungguh. Mencabar keimanan aku. Tak pa na. aku nak cari duit. nanti senang nak convo guna duit sendiri belanja parent. Tak payah dah nak susah2 guna duit mereka.

Tapi tadi aku buat research nak tido mane time tu semua hotel penuh kowt. Alahai, melepas nak belanje parent tido kat zenith. Aku pun teringin gak. Nak buat camna. dah tak ada rezeki. Dan sekarang ni hujan lebat bagai. Guruh berdentum2. Bakal nak black out sekali lagi kemungkinan ada tinggi. Dan aku punya desktop ni belum di pasang UPS ag. Haihh, terpaksa off kejap sementara. Yang lain dah pie meeting. Aku pun apa lagi, gelak sorang2 layan katun. Muka pun dah macam katun.

Malam ni ada majlis berbuka puasa di Sri pacific Hotel. Yang ni aku nak pie, meeting je aku ngelat. Hahaha...dan Esok lusa pun aku keje lagi. Even raya ketiga pun dah masuk keje balik. Awal2 masuk keje ni xboleh nak menyelewang lebih2 sangat. So beraya umah member time hari mnggu je la kan.



No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...