.:allahu:.

Wednesday, August 1, 2012

jom buat masker

Dah lama tak bercerita mengenai Herbalife. Sejak dah mula kerja part time dan kelas menjahit, aku just makan shake secara senyap. Kalau rajin promote. untuk kesihatan bersama. Ok lah, ni aku nak share tips yang terjumpa di Yahoo oleh Shylah Rahsid. Ni sesuai utk semua peringkat umur. Senang dicari. 


Pakar kulit bersetuju bahawa ramuan semulajadi adalah sangat mujarab untuk kesihatan tubuh badan dan kulit. Oleh sebab itu, membuat sendiri ramuan semulajadi untuk rawatan wajah pastinya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah buat yang memiliki masalah kulit berminyak. Buah-buahan, madu, lemon dan empingan oat (oatmeal) adalah antara makanan yang sering digunakan untuk membuat masker wajah. Ia tidak akan merengsakan kulit, dapat membantu masalah jerawat dan cela di wajah, dapat mengurangkan saiz liang roma malah dapat menggelupas kulit. Pastinya secara semulajadi. Malah, rawatan wajah semulajadi 'air tangan' anda ini dapat membantu anda berjimat daripada berbelanja sejumlah wang ke atas produk kecantikan. Kaum wanita kebiasaannya membelanjakan wang dalam RM50 atau lebih banyak daripada itu untuk masker wajah berkualiti tinggi. Walaubagaimanapun, topeng buatan sendiri membolehkan anda berbelanja kurang daripada RM10 dan tersangatlah efektif. Untuk mengetahui bagaimana membuat sendiri ramuan semulajadi ataupun bahan organik khusus untuk kulit wajah, apakata cuba cara yang disediakan di bawah ini, selamat mencuba!

MASKER STRAWBERI YOGURT

Bahan-bahan: 
Enam biji strawberi segar (dilecekkan) 
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa) 

Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. 


MASKER TELUR DAN AVOKADO

Bahan-bahan: 
Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!) 
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau

Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk. 


MASKER EMPINGAN OAT

Bahan-bahan: 
Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat

Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini. 


MASKER EPAL MADU

Bahan-bahan: 
Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu

Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus! 


MASKER SODA PENAIK

Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air sejuk.

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...