.:allahu:.

Saturday, August 4, 2012

KR

Seronok bila bertemu semula kawan lama. rasa semua masalah masa kat UMP dulu hilang bila jumpa diorang. Nampak sangat, kawan lama adalah yang terbaik berbanding mencari kawan baru. walaupun aku pernah berusaha rapat. tapi biasa la, hidup berkomuniti yang berpuak memang aku rasa payah yang amat. rasa mamca orang putih nak mengajar bahasa melayu tapi tak reti cakap melayu. Terlalu asing. memang diri ini masih berbual, bergembira. tapi bila terasa di makan kawan, fuhhhhh. macam dah nak kiamat dunia. ada sekali tu aku join makan2 bersama member sekelas. tapi entah mengapa, perasaan palsu tu ada dalam setiap diri yang aku lihat di hadapan mata. mungkin perasaan aku sahaja, atau mungkin ada sesuatu di sebalik apa yang aku rasa. Entah lah. aku cuba untuk merapatkan diri. tapi semakin rapat, semakin aku rasa disisihkan saja...

Tpi aku still bersyukur juga, dalam orang lain sibuk menjatuhkan orang lain, aku masih ada harapan hendak naik bila berjumpa dengan orang yg betul. Thanks to all who use to be my roommate for every support that u guys give me. Yang pernah sebilik melayan suka duka diri ini. Dan juga member2 suksis batch aku.

Dan jumaat lepas, kitorang semacam reunion semula. Tempat Kenny Rogers, KL festival city. Dan itulah merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke festival city dan restoran Kenny Rogers. So bila sampai tu, dalam jam 6.30 petang juga. aku terus menyerbu masuk ke dalam mall. memang tak tahu pun arah nak pie mane. Tapi aku jalan je ikut sesedap rasa. Sampai boleh plak aku lalu depan Seoul Garden yang sepatutnya menjadi tempat berbuka kami pada awal plan. Bila aku tengok harga pun aku telan liur. hahaha...apa-apa pun, aku memang terasa nak pergi juga dengan diorang.

Dah lepas jalan ikut sesedap rasa, jumpa juga. Time tu aku tengok diroang dah start order dah. Jadi, memandangkan itu pertama kali aku makan di kenny, so aku serahkan kpada ketua majlis nak memilih yang mana satu yang terbaik. Tak memasal semua makan benda sama je. ceh, tak ada kelainan lansung hahaha....

So, dari cerita zaman sekolah hingga la ke dunia masing2. Tak berhenti2 story sampaikan rasanya kitorang la customer paling last keluar dri KR tu. dan of cos paling bising. Lol. Sebab tu la sangat bila dah dok ump, shopping tu kurang sebab aku keluar dengan kawan bukan untuk pergi bershopping semata-mata tapi meluangkan masa bersama. walaupun sekejap, rasa macam dah kena interview pun ade gak. 7 orang semuanya. memang kitorang himpit sesuka hati la. dan yang paling seronok bila masing2 selamba ja tegur menegur. Tak ada nak terasa hati sampai nak bermusuh dengan orang lain. That is why aku lebih selesa dengan diorang berbanding di zaman universiti.

Lepas ni raya trip makan2 umah member plak. Dan yang paling penting, diorang kena juga bawak aku pie makan kat seoul garden tu. dah terliur aku lalu sana...

nota kakitangan: kita hidup mesti ada maruah. Kalau salah ditegur, kalau betul diterima, bukan mencerca macam bajet perfect. Bak kata hanis zalika nyer theme, you cannot make everybody like you, you dont even like everybody. Aku kalau dah orang buat hal, takkan aku still nak suka dia sama macam mula2 suka. fikir2kan lah. I do respect people in my first meet, but when people make trouble for something we didnt do, i dont hate them, but more of pity toward them.

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...