.:allahu:.

Thursday, August 16, 2012

Last berbuka with buffet

wah, tak kurang dari 3 hari lagi dah nak raya. dan sekarang suasana office sangat la sunyinya. Yang ada aku, En Fikri, mdm Daina, Mr Heng, Mr Lee, En Zul. Fuhh, mencabar la dok sorang2 mengadap dekstop. Last2 aku layan cerita katun pakat gelak sorang2. Dah nak raya ni, mesti la ramai yang cuti. Minggu depan diorang plak pakat2 cuti sampai semnggu tnggalkan aku sorang2 kat office. wuuu, jadi pak guard la aku kat sni.

Walau apa pun hidup perlu di teruskan. jatuh duduk bangun hidup tetap diteruskan walaupun dengan siapa yang cuba nak menjatuhkan kita. Diorang mungkin rasa bahagia mengutuk, mencaci menghina, tapi hanya Allah yg mampu membalasnya. Aku sekadar mampu tersenyum sorang2.

Itu pun dah satu nikmat dalam hidup. Belajar untuk bersabar dan menerima segala dugaan. Bila tengok bonda aku menguruskan kami walaupun 2 orang shaja adik beradik, rasa seperti syadu hati ini. Moga Allah memberi kesihatan yang baik sentiasa kepada bonda dan ayahanda ku.

Berbalik pada topik asal. Semalam aku pie berbuka di Sri Pasifc hOtel. dan macam biasa la kan. VVIP paling lasstttt sekali sampai. Dah azan baur terpacul muka aku kat depan Sri Pasific tu. ada ke patut. Tak memasal bos sampai dlu dari anak buah.

dah la salah meje. Mane la aku tahu. Aku ingt semua dalam dewan tu parnership aku.Aku bantai duduk. Sekali kena panggil dengan bos. MEja kita lima 5 ni saja. Yang tu bukan. Bapak la malunyer aku time tu. TErbantut kejap nak tangkap gambar lawa2...haihhh.

Lepas dah duduk tu, nak menghilangkan rasa malu yang menebal, aku pun berjalan pie cari pinggan dan makan. Eh, did i just say makan?? hahaha. Makanan la. Gila kau nak makan pinggan. Sape nak makan pinggan. Hahaha...So aku pun menuju keluar. biasa la. orang tak 'pose' ni banyak dugaannya. Cewaahh, poyos!

Memang terbeliak la mata kan. Boleh plak aku pie amek sate makan. Tpi 4 cucuk je. Tak mo lebih2. Nanti tak makan yang lain..hahahaha

Lepas tu aku bantai pizza, pasta, roti canai, sotong goreng, ayam masak limau, durian, nangka, air bandung 2 gelas, dan apa lagi. NAsi memang ak xsentuh lansung. Perghh, memang kekenyangan la. dah la siap kena buli lagi dengan bos. Boleh plak tapau dessert lepas tu kan. Bawak balik umah. Sebab tak sempat nak makan. hahaha

Lepas tu sesi meluah dengan Mdm Daina untuk pengalaman aku selama hampir 2 mnggu ni. Hahaha. Belum pape dah nak luah itu ini. Dia pun terima baik ja. Ak pun story la. Orang baik ngan kita, takkan kita nak buat jahat dengan orang plak. Tu namanya tak mengenang budi.

Tak pa na. Hidup kena ada pendirian. Sekarang dunia macam2 boleh jadi. Harap aku menjadi yang terbaik ramadhan ini.



No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...