.:allahu:.

Sunday, September 23, 2012

the jObSeeker

alhamdulillah, lagi beberapa hari saja nak menjadi graduan terhormat. kelmarin iaitu sabtu dengan bahagianya aku telah terdating sama en abang sorang ni. Ehem2, bukan scandal bukan pacar. Eh?! hahaha...da bukan sebagainya yang berada di pemikiran setiap orang. Bukan!

buat masa ni member ja dlu..ada jodoh ada la kan. Biar Allah yang menentukan segalanya. Eh2, cakap macam pasrah je kan. hahaha. Anyway, bukan benda tu yang nak story.

Layan ni kena tutup wajah
 cover novel ni, takut ada pnumpang
yang tejut tengok naya je.
=.=
Pepagi seawal jam 6 *pie keje pun tak bungun awal camni =.=*, aku bangkit dari pembaringan. Setelah menerima mesej dan memberi mesej kepada yg maha Esa dan perkara berbangkit yang lain, aku pun bertolak menuju ke KL Sentral. Memang boleh tahan juga la waktu begini. Orang masih berpusu-pusu hendak memulakan kehidupan seharian mereka ni. Penuh train LRT. Memang tak duduk la kan sepanjang hampir 13.9 km *sumber Google Earth* jarak perjalanan. nasib baek ade novel thriller Ramlee awang murshid yng aku pinjam daripada seorang kakak sahabat. memang dah nak khatam baca dalam train je (o.O) *poYos gila ayat*

kedengaran laungan KL Sentral di corong-corong pembesar oleh suara merdu operator wanita sayup-sayup kedengaran di keheningan pagi. Jam ditoleh. Hampir ke angka 7.15pagi. Terdapat kepulan2 asap nipis keluar dari mulut menandakan embun pagi masih belum lenyap sepenuhnya walaupun matahari mula menampakkan diri. *Ayat meta sungguh*

Kaki melangkah keluar. seakan-akan dunia diri sendiri yang punya sedangkan orang lain sudah berpusu-pusu keluar ke tempat yang dituju, Aku sekadar berseluar jeans, t-shirt putih dan berjaket labuh sekadar menjadi pemerhati. Dan berkasut tau!

 Aku melintas di setiap kawasan KL sentral yang megah dengan Keretapi tanah melayunya. Dimana masih ada kawasan yang dikekalkan tempatnya sebagai tempat bersejarah. Walaupun hakikatnya kawasan itu agak menyeramkan, namun aku bernailkan diri mendekati setiap tempat itu. Aku melangkah lagi, sehinggalah aku mengukir sekaris senyuman. Dan senyuman itu berbalas. Wajah yang setelah sekian lama tidak ketemu ku tatap rapi.


Bersambung...




No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...