.:allahu:.

Thursday, December 27, 2012

2012 - The memories of nobody

Yup, aku tahu agak awal nak pengakhiran tahun 2012. walaupun masih tinggal kurang dari 4 hari sahaja akan beralih ke tahun 2013. Tahun yang membuatkan umur aku masuk 23 dan beralih ke satu dimensi yang berbeza daripada dahulu. 

Dari saat mata kita mampu melihat dunia, di iqamatkan oleh ayahanda dan beralih ke dimensi yang mampu memberi orang lain tersenyum melihat kelahiran kita. Dan kini sudah hampir masuk ke angka 24, berubah ke satu alam yang baru. Mungkin bagi sesetengah orang dirinya tidak mahu berubah, namun ketahuilah sejauh mana tidak mahu itu berlaku, tubuh badan, pemikiran dan tanggungjawab akan tetap ada dan bertambah. 


list kenangan yang berlaku yg hanya diungkapkan menjadi gambar untuk simpanan. walaupun sedikit dari apa yang tak terkira *sebab lupa bawak camera, hp dan sebagainya*, namun Allah masih benarkan kita menikmatinya. Harap tahun 2013 aku akan menjadi yang lebih baik lagi. 

Suka duka pahit dan manis yang di alami, dihentam di sentap di tolak tambah ke tepi dan segala bagai menjadikan siapa diri kita hari ini. Dan terima kasih kepada mereka yang mengenali diri dan mengajar erti merasa kehidupan walaupun bagi aku tak berapa manis sepanjang belajar. mungkin Allah sengaja nak buat kita berjumpa dengan orang yang salah dahulu baru jumpa yang sebetulnya. 
dengan harapan kita tidak akan lupa pada-Nya. 

Dan aku amat berterima kasih pada kawan-kawan Suksis dan rakan sebilik sepanjang 4 tahun perkenalan. You all the best in this 4 year hang out together. Hope the Yo always in memory. 


2 comments:

angahpikah said...

aaaa rinduuuuu nak pi bilik sebelah bergosip.. dengar aduan rakyat..

serius rindu.. tak dapat diungkapkan

hOney n' cLOver said...

pie la ang...ni dok sebelah negeri pun xleh nak jumpa,...kui3

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...