.:allahu:.

Monday, December 31, 2012

'Hadiah' terakhir tahun 2012

Tajuk itu sendiri sudah membuatkan hati yang muda mentah ni menjadi lara. Ditelah mati anak, diluah mati bapak...anyway, watashi no oujisama daijoubu kanna... tapi nampak teruk kan? 

kejadian berlaku apabila 3point u-turn versus speed. and of cos speed win. But totally, orang tak akan admit perkara remeh macam ni. tetapi bagi aku yang masih waras ni, tengok pada keterukan kereta, sememangnya dia bawak laju. 50km/h pun pada jalan sejauh 500 meter is consider laju! mungkin lebih lagi! tidak masakan kereta myvi bini en bawk sempat brek, en tak sempat brek...lagipun, en sndiri cakap yng en ingat en boleh lepas. Dah terang2 en memang tak ada niat lansung nak membrek kenderaan en. En memang dalam keadaan laju. Kalau tidak masakan en boleh cakap sebab en brek tangan la yang menyebabkan en turut tercampak? Saya dengar dengan amat jelas pernyataan en itu! Dan bg saya yg dengar dengan jelas ni, bila mendengar kenyataan ini bermakna kalau en tak brek maka lagi teruk la ouji saya....

Dan lagi satu, aku boleh mengaku yang aku buat u-turn pada bukan di tempat yang sepatutnya (walaupun hakikat nak ikut kesalahan, berlambak kowt orang yang buat u turn kat situ), tapi kenapa orang tak boleh terima yang dia bawak lebih 50 di kawasan perumahan dimana orang lintas jalan lalu lalang untuk beli makanan....kalau aku boleh slow bagi orang laluan sebab dia tak lepas nak buat U-turn, kenapa in return, some people cannot accept it? dari pandangan driver aku, mesti ada give and take bila berada di jalan raya. yer, saya akui 50km/h tu ape la sangat di banding kan dengan hadlaju highway, yup, 50 memang kategori slow kalau di highway, tapi kalau sampai remuk kerete, kalau langgar orang free2 pun boleh hilang nyawa.


Oke2, aku kata gini bukan tak terima kesalahan aku. yer, aku terima, siap terima 'flying kiss' dari Balai polis trafik KL sambil cuci mata tengok moto besar *phew, teringat kat abang pedas*. Tak semua yang aku pinta akan menjadi, dan tak semua yang kita tak pinta tak akan terjadi.

serius, aku tak dapat terima bila Oujisama aku cedera parah macam tu. mungkin salah aku juga la bila ade tedetik hati nak naik bus lebih dari naik Oujisama semata-mata nak fitkan balik tubuh badan. Mungkin dia terasa hati dengan aku. Dan aku pula tak pernah2 buat u-turn di situ nak buat plak. Mungkin juga, Allah tu sayang kita, tunjuk dugaan kecil macam ni dari dugaan berperang dan jumpa senjata api seperti yang dialami di Gaza. Mungkin Allah itu nak duga kita sama ada kita lebihkan Dia atau masih lagi nak lebihkan sifat amarah dari segalanya. mungkin juga Allah nak duga, sama ada kita masih ingat dengan Dia sewaktu perkara musibah yang berlaku atau masih nak letakkan salah pada orang lain. Sesungguhnya, putaran hidup yang Allah aturkan ada hikmahnya. Tiada yang buruk datangnya dari Dia melainkan dari diri kita yang hina....

Dan aku bukan tak mahu berkomunikasi. jauh lagi nak ignore segala panggilan yang mereka buat. Kalau ikutkan mahu ja aku pie melawat keluarga mereka dengan mengikat silaturahim. Tapi...

askum adiba. sy cuba ctc awk byk kali..sy bkn nk mrah or maki awk..at least awk ni boley la di bwk berbincang sbb awk di tempat kejadian. 1814 31/12/2012

aku: boleh terima lagi...tapi sebab masa itu adalah masa genting aku baru balik keje, maka aku terima banyak mesej dan miscall tanpa henti...

mak bapak awak tuduh sy bwk laju., pdahal sy tk bwk laju pn. Klu laju adiba, dh lama moto saya jahanam teruk. Awk ada tanya kt balai tk, sm ada awk boley buat u-turn tak kt simpang tu? 1817 31/12/2012

akal aku terjemah: die ni nak doa supaya dia langgar kete aku sampai mati ke? dia ni doa supaya masa tu dia bawk betul2 laju selaju bawak di highway ke? Mengikut fakta memang tak boleh, dan aku tahu pun walaupun jalannya line putus2...dan moto dia bukan moto cikai ok!

Please jgn jd penakut n tk beradap mcm mak bpk awk...maaf sbb trpaksa ckp mcm ni tp itu adalah hakikat 1819 31/12/2012

aku: cop! okay, sapa yang baca ni yang suka mak bapak di babitkan di sini, angkat hidung??? okeh, ni darah jantan aku dah menggelegak. Dah la baru balik kerja. pening kepala tak hilang. Ada meeting segala bagai. Aku elok nak balas, tanya en sihat walafiat atau tak, aku baca mesej terakhir aku dah mati niat. Niat datang dulu ok! Terus hilang nak angkat call dia atau segala bagai yang dia buat!

Okay, mula2 aku dapat cool lagi bila waktu tengah buat report die mesej cakap lembab macam penyu. Penyu tu! hebatnya membahasakan diri orang lain sebegitu. 'Sopan' sungguh budaya orang malaysia ni sebenarnya!!

Dan of cos  lembab macam penyu kalau kau buat report pun dah makan masa aku sejam setengah, tambah aku punya lagi sejam sebab tenet lembab kat balai polis tu, itu pun aku dah tolong taipkan lagi dah tu.

Memang lembab macam penyu kalau aku kena tunggu kereta tarik amek kete hantar dari tempt kejadian ke balai polis gombak dan lepas tu menuju ke balai polis trafik!

Memang lembab macam penyu kalau nak pergi balai, jalan sesak macam ada menteri kawin di sepanjang jalan.

Agak2 en tahu ke tak situasi yg aku alami? of cos tak, sebab sibuk memaki hamun parent orang lain dari fikir hikmah berlaku pada encik!

Saya doakan semoga keluarga en semua sihat sentiasa dan dikurniakan segala kebaikan daripada Allah. Saya dah tak mampu kawal temper saya lagi dah kalau en berkeras memaki hamun ibu bapa saya lagi. Tapi sebab ibu bapa saya terlalu cool dengan manusia seperti en la, saya berjaya kawal temper saya.

Dan tak tahu la, sama ada saya sorang yg nampak kenapa Allah turunkan ujian ni pada en dan saya dan bukan pada orang lain...berdasarkan dari perangai en yang kurang sopan pada orang yang lebih tua, en boleh marah2 dan maki tak tentu pasal, saya tahu en adalah antara orang yg terpilih utk mendapat ujian ini seperti saya...dan ternyata, en gagal. Saya still mampu mendoakan yang terbaik utk keluarga saya dan en sekeluarga. Dan saya juga cuba utk memperbaiki diri sendiri...insya Allah...

sekian...



Hpely sume ok. Be carefully k.. Ujian tu , Allah syg - suka dengar ayat ni dari sahabat. saya rasa dia sweet n cute



1 comment:

EirA said...

Sabar ey Diba.Situasi ko sama mcm ibu aku jugak.U turn tempat yg x sepatotnya.Tp selalonya mmg org akan u turn kat situ.Tu yg kita pon buat jugak kan?Bila da jadi kes camnih, baru taw undng2 jln raya ta bley u turn kt situ.Mmg kompom la encik tuh bawak laju.If x kompom dye nmpk n mesti bley je brek kn?Ibu ak rituh, kena langgar ngn org yg bg alasan dye demam n penin.Pastuh ta nampak ibu aku u turn!Nonsense sungguh.Demam2 nk bawak kereta!Bila g balai,hurmm bayo jela saman.Nak baiki kereta lagi.hurmm.. Tp en.tuh ta patot ckp camgitu kot.Dye pikir nk selesaikn mslh dye je.Ta pikir psl org.Bkn nasib ko baik kena deal ngn org camtuh.Kalo ak pon sakit ati gakk!

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...