.:allahu:.

Sunday, December 2, 2012

I Love You, Stupid!

Wah, baca tajuk macam gempak je kan? ni sebenarnya tajuk novel yang sedang meletup di pasaran yang menyebabkan orang yang kuat berimaginasi, seperti aku, sememangnya akan menjadi gila sebentar dengan jalan cerita macam ini. Lebih-lebih lagi, nama watak dalam novel ini sama pula dengan novel rekaan aku yang aku rasa tidak akan di pasarkan sampai bila2 kerana memiliki 18SXXXXL umum yang tidak terlalu melampaui batas. Itu yang menyebabkan aku menyambar novel ini tanpa berfikir panjang.

Tepat jam 10 malam 12 oktober 2012, bertemankan si dia mengambil angin malam di Expoconvo UMP, sambil menghabiskan sisa-sisa sebagai seorang pelajar universiti malaysia Pahang, aku teruja bila melihat deretan kedai yang penuh dengan novel. Aku yang lebih kepada adventure daripada cintan cintun, tertarik sebaik sahaja melihat muka depan novel ni. Teruja sungguh u ollss. Siap ada gari lagi. Aumm!

Selak malam tu, terbaca pula Kor Suksis, lagi menyebabkan aku semakin teruja! Mana taknya, jarang hendak mendapat cerita yang menceritakan kisah lawak jenaka mengenai suksis dan polis ni. Selalu kami akan simpan untuk kami2 saja. Bila tahu cerita ni ada kaitan dengan badan beruniform, lagi kuat imaginasi aku bermain-main di kepala. Owh, abang pedas....wallah! Make my world go around!

Jeng jeng jeng. Buku hampir setebal 1400 pages ini telah berjaya aku habiskan dan cuba untuk tidak di habiskan secepat yang mungkin. 


(NOVEL TERBARU) I Love You Stupid - Melur Jelita

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya
berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”

“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Judul : I Love You, Stupid
Penulis : melur Jelita
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM39
Sabah/Sarawak : RM42








No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...