.:allahu:.

Sunday, February 26, 2012

BB1M

hari ni baru nak on9 setelah 2 hari tak berlaptoP dan sambil bersusah payah berpindah bilik. Hari ni tiDo di bilik baru walau pun dah semester akhir insya allah. Dah arahan dari pihak kolej kediaman. Tak ikut tak memasal tak graduate pulak nanti. huu~~~

Anyway, hari ni nak cerita pasal baucer buku 1 malaysia yang telah diterima 2minggu lepas. Dan baru hari jumaat di habiskan. Itu pun berjaya menggunakan 150 daripada 200. So, bonda pesan suro balik untuk habiskan baucer di kampung halaman pula. 

Yeay, boleh balik...haha
oKeh check this out...


Ni je baru 150 baucer...smapi dah xtahu ape nak beli dah. Dia sampai sanggup beli pencil tekan pilot brharga RM15. Last2 dia belanje aku novEl....heee 

si genit ni pantang di tinggalkan dalam kawasan shOping. Da ja benda baru....

hAa, dah beli baru nak test pen...aigOo >.<
cc: Siti Zuraida

uPss, jangan main2....mommy to be semuanya...hahaha bace jangan tak bace....

Jangan maen2 jah. Siap prepare lagi. 1day, 1 recepie. Memang dah boleh kawin dah ni. Lengkap semua.
cc: Siti Natrah

Demo gune rak. comel2... Nasib baek meja kat bilik baru ni besar. Selesa sangat. 
cc: Muhamad Hafizzan

haaa, last but not least, mouse gune baucer. Comellll sangattt...macam tuannya...

Sekian....panjang lagi nak story. Tapi tenet ni slow...So, layan je gambar2 ni. Picture giving a thousand word. 



Monday, February 20, 2012

Tapi bagaimana

PAgi yang indah. Sejuknya hingga ke tulang hitam. Dah lama menunggu saat ni...erm saat ape yer? Okeh mengarut di pagi nan indah yang mendinginkan...

Back to the story please...Tengok title da tahu pasal apa...
Tapi bagaimana...
pagi yang masih gelap ni sebenarnya nak share lagu ni sangat comel.
Tapi bagaimana nyanyian kumpulan Spider. WOW!!
dan of cos soundtrack Vanilla coklat yg sdang hangat2 sekarang ni buat anak2 muda berdarah manisss....;P


Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini


Bila layan lagu ni teringat dengan si dia....selalu gaduh2. Kadang2 benda sekecik kuman pun boleh jadi isu...
haihs, jiwang kamu pagi ni kaoru....lol
jeles gak tengok blog member story pasal sayang2 diorang. Teringin juga nak buat. Mana tahu lagi 10 tahun belek2 blog ni leh wat diri sndiri tersenyum gembira atau sengih kerang busuk sebab memperbodohkan
diri....hahaha Hanya Allah yang tentukan....




Wednesday, February 15, 2012

Rasa hati

Diam tak diam, hati sentiasa resah. Yang kadang-kadang tertanya juga, mampu kah diri ini mencabar diri sendiri yang kadang kala alpa dengan dunia lebih dari segalanya? Dan siapa tahu apa yang tersimpan di dalam diri sedangkan bibir sentiasa mengukir senyuman, tawa yang hanya mampu menyelebungi detik hati. Aku terdiam sepi di sudut meja belajarku.

cabar diri dan cuba untuk menjadi yang lebih baik. Bukan diri engkau itu sangat aktif dan agresif orang nya wahai adiba? Ya, dan aku akui kebenaran dalaman itu. Bila mana aku yakin akan sesuatu, maka aku yakin dari-Nya juga yang memberi. Dan aku teramat bersyukur dengan pemberian-Nya itu.

Dan ya, aku yakin dengan kali ini. Kerana Dia penyuluh hatiku, penjaga imanku, pemelihara maruahku. Segalanya dari Dia. dan aku bersyukur tak terhingga.

Sehingga kini hati dalam diri ini kabur. Yang kadang kala menyepi. Tidak terdetik rasa cemburu pada sabahat yang kadang kala ada di sekeliling. yang terdetik hanyalah adakah mereka mengerti apa yg dirasa diri??

Masih terasa segar lagi seakan-akan peristiwa lama itu baru berlaku semalam. Tatkala hadir di UMP ingin mencari pengalaman baru, mencari teman baru, mencuba sesuatu yang mencabar, Engkau turunkan dengan dugaan yg Maha hebat pada diri ini yang kadang-kala tak termampu melainkan manik jernih menemani di dalam hujan renyai malam. Yang kadang kala trasa kesejukan itu tidak mampu membuatkan diri ini berlindung di dalam tubuh yang di ciptaka Engkau. Hanya hutan-hutan Mu menjadi penenang diri. Rimbunan bintang-bintang malam mendamaikan penglihatan. Hembusan nafas malam ciptaanMu menyejukkan diri. Aku terpaku sendirian....menikmati....~~

Aku meneliti dunia ku. Yang kadang kala kosong. Yang kadang kala terpana. Yang kandang kala sesat. Dan tidak kesemuanya hitam. pasti akan ada tercalit walau sedikit warna bg menambah perisa di dalam kehidupan. dan aku redha~~~~

Jika dengan mu salah, ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah bialah ku tercalar
walau pun dilanda badai ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu

jika dengan kabur ku xmahu yg jelas
jika dengan mu hanyut biarlah aku lemas
walau pun dilanda ribut
ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu....






Tuesday, February 14, 2012

Cerobong malam


Dalam diam, malam mula menganjak ke dinihari. Sesejuk hembusan angin malam, begitu juga pandangan yang semakin lama semakin perit akibat memandang skrin yang teramat lamanya. Dan kadang kala membuatkan mata terkebil-kebil kerana menahan cecair jernih dari jatuh membasahi besi hitam yang menampung lenganku. Jam sentiasa berdetik. Seakan-akan tidak akan berhenti. Hati mengeletek ketawa kecil. Masakan ianya akan berhenti. Sekiranya mampu dihentikan sekali pun, diri tetap menjangkau usia.

Aku menoleh ke arah kiri. Lampu masih menyala di setiap tingkat yang kelihatan seakan-akan melaung mengarah agar penghuninya memadamkan lampu supaya bumi ini terpelihara mahupun sedikit. Aku tersenyum sendiri. Kalau aku mampu mendengar mungkin terlalu banyak yang hendak didengari.

Aku menoleh ke arah kananku. Sepi. Tumbang menyepi sehingga tiada lansung hela nafas yang kedengaran. masakan mahu kedengaran bila mana aku menyumbat telinga dengan kapas berlagu halus membingit telinga. Yang seorang lagi turut sepi. Kemungkinan kusyuk mentelaah novel-novel on9 yang kadang kala kedengaran tawa kecil, dan kadang kala kedengaran keluhan hati yang kesedihan. Aku tersenyum lagi.

sesekali mata meleret kepada kapas lembut berpakaian kuning keemasan di kananku. Seakan-akan memanggil namun mata ini masih setia pada bahan elektronik yang kadang kala mampu membuatkan jari terangkat ke atas kerana rasa hangat itu lebih dari angin malam yang menyerobos masuk melalui tingkap di sisi kiriku.

Aku terdiam. namun jejari masih setia kepada papan kekunci yang sudah semakin lembut gara-gara kelajuan jari yang kadang kala diluar imaginasi si papan kekunci. Kalau ianya mampu berkata mungkin menjerit dirinya sudah cedera parah di tekan tanpa henti saban tahun, saban hari, saban waktu. Maaf sayang. Aku terlalu suka padamu hinggakan aku tak mampu berjauhan dengan mu walaupun mungkin sesaat.

Lagu Berdua bersatu berkumandang di corong telinga. Sendirian dengar.  Bibir mengetap sambil cuba untuk meniru suara dari kumpulan Forteen yang bagiku kedengaran agak menyentuh perasaan. Atau mungkin lebih dari itu.

Sesejuk angin malam itulah, aku meneliti langit pekat. Bintang menyinar cantik. Masing-masing cuba untuk mengeluarkan cahaya seterang-terangnya agar si pemelihat seperti aku ini tertarik dan tertawan. Sememannya aku tertawan. Kadang-kadang aku sanggup menghabiskan masa menghadap langin cerah yang kadang kala menampar lebut pipi. Seakan-akan masalah yang aku hadapai hilang tatkala memerhatikan bintang2 cerah itu. Aku tersenyum. Hari ini sangat sibuk. NAluri ku berbisik lemah. Aku mengangguk lemah.

Dari jauh panahan si dia mendekati mendebarkan benda bernyawa di dalam diri ini sambil dilindungi tulang rusuk si dia yang mungkin Dia ciptakan untuk aku. Aku tersenyum sebaik dia menghampiri. dan kadang kala aku alpa dengan wangiannya. Aku tersenyum lagi.Terasa jangal tiba-tiba bila mana yang sepatutnya tergoda adalah si jejaka, bukan si gadis sunti yang baru menyelami dunia baru sehari-hari.



to be continue...







Sunday, February 12, 2012

Saya gemuk! Saya anorexia!

Bace title saja dah seram. Mana taknya, kebanyakan wanita di Malaysia yg inginkan tubuh badan yg cantik. bg yang tak nak tu, at least tolong la jaga dalaman masing2. Kesian bila mana tubuh kita terpaksa menjana bahan makanan yg memiliki racun yang membahayakan lebih2 ianya tersimpan dalam satu jangka masa yang panjang. 

Sampaikan rakan saya yang kerja di bahagian farmasi takut bila mana manusia yang datang ambil ubatan dalam kuantiti yg sangat banyak dan berbahaya! Malah setiap satu itu memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. 

Lagipun sejak tahu mengenai Herbalife ni, dan sudah pekena satu F1 perisa capu tu, makan nasi dah terasa membazir. sampai romate terkejut bila makan xboleh nak habiskan! Last2 membazir. So dari membazir kena buang lebih baik memliki sesuatu yg menyihatkan. 

jom ketahui serba sedikit tentang Herbalife ni bagi mereka yg baru mendengar....


Kenapa Herbalife?

Bismillah..
Aku asyik tulis pasal Formula 1, Teamix, Aloe, NW formula, Formula 3, Omega 3 fish oil Herbalife yang best tu je kan. Mesti korang bosan. Sampai naik muntah agaknya nak baca. *Eceh bajet blogger famous. Muahaha* 

So to cut it short, abang pun suggest aku share pasal WHY HERBALIFE? Oh I was like apa aku nak cakap? Aku memang tak pernah cerita kat siapa-siapa why herbalife aku. Even abang pun tak tau. Nobody knows. Tunggu aku share masa jadi speaker STS nanti. Dekat dah. Very soon indeed. Hikhikhik. End up aku teringat slides dalam STS tentang why herbalife. *Ini kepentingan event dan training. Belajar.* Never stop learning. Setiap event dan training, buku dan pen wajib di tangan. 

Kenapa Herbalife? 
Dalam hidup ni manusia perlukan 3 benda sahaja.

1. Kesihatan.
2. Masa.
3. Kewangan.

Simple things to be explained about yet very complicated. Sebab apa?


KESIHATAN


Malaysia negara nombor 1 OBESITI seluruh Asia.


Lebih separuh rakyat Malaysia gemok. 

Okey tahniah Malaysia. Ramai orang salahkan keturunan bila sampai bab kesihatan. Alaaa, aku gemok pun sebab keturunan aku gemok2 semuanya. Alaaa tok aku, pakcik aku, ayah aku kencing manis, nanti aku kena jugak lah tu, tunggu masa je. Alaaa dah umur 40 tahun ke atas ni memang biasalah tu penyakit semua nak datang. 

Redha. -_-"

Rakyat Malaysia lagi ramai yang sanggup makan ubat macam-macam jenis dari turunkan berat badan. Tak tahu macam mana? Takut side effect? Tak jumpa? Cirit-birit? Herbalife kan ada.. Hikhikhik. Dari Tok, Nenek, Ayah, Mak, Pakcik, Makcik,  Baby, perempuan menyusu, mengandung semua boleh makan Herbalife.

Kesian sebenanarnya tengok orang-orang tua makan ubat banyak2. Yang anak-anak pun dah biasa kan tengok orang tua lain pun makan ubat, jadi dalam kepala dah set


Aku nanti umur 40 tahun mesti makan ubat macam ni jugak.

Nonsense!


MASA


Dah jadi kebiasaan tengok orang berkerja masuk jam 8 pagi, balik jam 5 petang. Takpun masuk jam 10 pagi, balik jam 10 malam. Kerja teruk. Penat. Kau sayang bos kau. Bos kau tak sayang kau. Gaji tetap sama. Buat OT penat-penat, bos kau kaya raya, kau duduk situ jugak. 

Masa untuk keluarga takde. Sibuk berkerja cari rezeki. MashaAllah aku kagum tengok orang-orang rajin macam ni. Malangnya kesian dekat anak isteri dan keluarga. 

Paling tak best, nak bercuti pun ingat kerja lagi. *The worst part actually.*


KEWANGAN


Dah kenapa tunjuk duit syiling? Hahah.

Ini memang jadi masalah semua orang. Lagi-lagi yang duduk KL. Contoh gaji RM2500.

1. Sewa rumah = RM650
2. Makan + Barang dapur = RM500
3. Bayar kereta = RM600
4. Minyak kereta + tol + servis = RM400
5. Bil elektrik + air + astro + Internet + telefon = RM250
6. Bagi mak ayah = RM300

Total RM2700

Huh?! 

7. Shopping diri sendiri, anak isteri??
8. Bercuti??
9. Saving masa depan??
10. Sedekah??
11. Umrah? Haji??

Cukup ke gaji RM2500 sebulan? Itu pun kalau gaji RM2500...


Alaaa cukuplah. Belum ada anak isteri lagi. Rilek lah. 

Kalau yang dah ada anak isteri pulak cakap camni,

Bersyukur je dengan apa yang ada. Itu kan semua rezeki Allah. Takdir. Syukur je.

Aku inspired dengan ayat Nurul Hairi dekat Facebook...

Orang pemalas : Syukur apa yang ada. Takyah tamak

Orang rajin : Aku mesti berusaha dulu. Baru tahu nikmat bersyukur.

Jadi anda pilih. Nak jadi orang yang pemalas atau orang yang rajin?

Ramai orang ada kewangan yang stabil, malangnya takde kesihatan yang baik dan masa.

Ada orang punya masa, tapi sangat susah dan tak sihat. (Kurang nutrisi)


Aku cuba untuk jadi seorang Muslim yang mempunyai kesihatan yang baik, masa untuk keluarga dan kewangan  yang baik InshaAllah. Sebab tu aku pilih Herbalife. Herbalife bagi aku jalan untuk dapatkan ketiga-tiga benda tu Alhamdulillah. Aku dah nampak hujung jalan yang aku nak tuju. Cuma jalannya penuh liku-liku yang sukar. Give up? InshaAllah tidak selagi Allah ada bersama. :')


KENAPA HERBALIFE?


Yeah right. Kenapa bukan company lain kan? Bukak restoran ke? Stesen minyak ke? Tutti Frutti? Opss! Hahaha. 

1. Modal untuk berniaga rendah. RM98 untuk berniaga di 81 buah negara Herbalife. Apa kau serious?? Ya!

2. Tak tahu cakap? Herbalife ada HOM. Tak perlu pandai bercakap. Kau sumbat shake Herbalife dan segala product Herbalife dalam mulut, result kita bercakap dengan sendirinya InshaAllah. Bawak mereka ke HOM. Lepas HOM mereka sendiri akan decide untuk PRODUCT atau BISNES. Taknak dua-dua? No problem!

Herbalife untuk semua orang. Tapi bukan semua orang nak Herbalife.


Macam dakwah Islam. Kita menyampaikan ilmu kepada semua. Tapi bukan semua orang akan ikut kita. Make sense? Jangan risau. Hidayah dan rezeki Allah luas. Doa je mereka terbuka hati untuk jadi lebih sihat dengan Herbalife.


3. My story. Aku membesar dalam Herbalife cuma dengan EVENT, TRAINING dan STORY. Tiga perkara ni kena ingat semat ketat-ketat dalam otak. Kita jual CERITA KITA dan ORANG LAIN. Itu sahaja. Simple kan? Cuma perlu cakap.

4. Bisnes manusia. Selagi ada manusia, selagi tu bisnes kita boleh berkembang. Herbalife dah 32 tahun lah hellooo!

Last but not least,

Selagi adanya syarikat Mc Donald dalam market Malaysia, selagi tu Herbalife akan tetap stay!
-Mill Team Fadzil Muda-


Bila kesihatan baik, masa banyak, kewangan pun sihat, InshaAllah lebih tenang dan mudah untuk kita beribadat kepada Allah dan beri lebih kepada orang yang memerlukan. Ameen. Semoga Allah kekal menjadikan kami orang-orang yang merendah diri dan bersyukur. :')

EVENT terdekattttttt sekali SPECTACULARRRRRRRRRRR!!!!!!! Bahang dah terasa dah ni! Decide! Decide! Decide!


Barisan speakers. Semuanya income lebih RM100K MashaAllah.

RM330 sampai ISNIN ini sahaja! Lepas tu naik jadi RM400! Apalah sangat RM400 tu kalau ianya mampu ubah hidup anda 360 darjah kan? Murah sangat bayaran tu. Harga sebuah kesihatan, masa dengan keluarga tu lebih tinggi nilainya dari RM400. InshaAllah balik dari spectacular, aku percaya anda juga akan jadi luar biasa! Ameen. 



Tak salah kan jadi orang islam yang kaya? :) 


Sesiapa yang serius nak ubah cara hidup...just contact..insya allah

Friday, February 10, 2012

My Herbalife challenge

yosh, sangat excited malam ni...haha..
tak sangka aku sanggup buat ape yang aku tak pernah buat..dan kini, aku akan pastikan ia akan tercapai kerana aku punya impian.....dan kini semakin tinggi hasrat itu. Dan tidak akan sesekali lupa pada yg Satu..

semalam alhamdulillah, selesai sudah membawa one of my classmate join the biggest challenge in her life which be healthy and loose her fat. Yeah and of cause is all about Herbalife, Herbalife and Herbalife...

I wanna be slim, yes herbalife
I wanna be healthy, yes Herbalife can!
I wanna look good, yes herbalife can...
I wanna look gorgeous
I wanna feel stronger,
yes with Allah's will and your determination on not skip taking your Herbalife. 

setiap sesuatu perlu ada usaha dan usaha itu Allah akan datangkan sama ada dalam bentuk dugaan mahupun cabaran....yes, I will try my best! 

Semalam tak pekena lansung Shake F1 herbalife, serius baru jam 6 ptg dah ngantuk tahap gaban. Bila pie event semalam di Unikop Gombak, aku asyik ngantuk jer walaupun speaker is the Millionaire team! haduhhh, segan gila aku bila dia asyik pandang aku nguap tak habis-habis =,=
dah la handsome, naseb baek dah kawin..tidak memang aku sapu...hahaha gatai! Anyway, the speaker, En Rudi memang terbaik. memang teramat cekal. Kalau tengok badan die dulu and sekarang, memang tak percaya tu sebenarnya dia! sangat2 mantap. Rasa cam nak cari orang badan camtu sangat susah sekarang ni. Kalau ada gmbar beliau nanti try upload. LAgipun dia juga merupakan Engineer mekatronik. dah nama engineer, 
ini la kami bila semakin nak habis ni...hahaha...

tapi agak benarnya juga. masa mula2 sem semangat join kelab tu kelab ni. bila dah tahun akhir ni, penglibatan SENIOR seakan-akan tenggelam kecuali utk mereka yg perlukan khidmat nasihat. Tu yang aku start tengok sekarang ni member semua wat aktiviti luar universiti. yg paling femes adalah Photography. Weee...aku pun berminat juga. Tapi belum ada rezki nak membeli kameranya...Janji niat ada...

Dan still, even da masuk Herbalife ni pun niat tu still ada. Cuma Allah tentukan sama ada jadi nya tidak. dan bergantung pada Ketekunan diri....



Wednesday, February 8, 2012

Result sem 7


fuuh, debar debar debar...
sebab ape??


RESULT keluar hri ni..yeahhh...ermm
debar debar debar

first step nak bukak....

SUCCESS!!

>.<
tunggu masuk u la baru bukak...

would my face be like tHis...

or


this?!

debar debar debar



sekian..~~~


Monday, February 6, 2012

bola oh bola!

Selamat malam smua..tadi dapat request dari si dia yang inginkan time menonton bola Tottenhem vs Liverpool....dan the problem is, I DON'T KNOW HOW TO LOOK AT IT....urghhhh....
pening gak mencari. Mcam mana la peminat2 bola sekalian leh tahu time2 perlawanan segala bagai tuh..?? Allah, banyak bnda rupanya yang aku kena tahu event stay with the society...weee...

dan of course salah satu yg sye xnak tahu mengenai society was human character. Terutama dalam bab2 menjatuhkan sesama umat ni...haha...cukup la terkena masa tahun satu sem 2 dulu. Kita buat baik, dibalas tuba...wee, seronok kowt maki2 time tu..hahaha..okeh dah tak buat dah sekarang...nak berubah...insya Allah...

Tadi untuk pertama kalinya terasa diri terlalu kerdil sebab nak cari waktu permainan bola sepak pun skit punyer la payah...huaaaa....isk3...memang hebat la orang2 yang meminati perlawanan bola sepak antarabangsa ni terutama cik Nuraffizza yg terlalu addicted dengan Mr Ozil beliau...hak3....


time ni semngat gilerrrrrr wat research kat tenet...








hasilnya, saya tak tahu camna nak cari...haha..dah macam2 keluar nih...ermmm, ade sesiapa lehtnjuk ajar tak??? ;P



my lunch ;)

yeay, alhamdulillah hari ni totally 3 days minum shake...dan guess what again?? my resdung dah berkurangan...malah gatal telinga yg dlu rasa cm nak cabut jer dah totally gone...da tak payah susah2 buat appointment jumpa dr pakar kat HKL smpai kadang2 kena col suroh datang check sebab xde mase punyer pasal...especially bila nak korek dulu mesti berdarah dan berbau nanah bila kena bantal. Eiuuuu...sampaikan orang nak tumpang bilik jadi segan nak share bantal. Tiap kali sahabat nak tumpang tido kat blik mesti macam2 alasan kita akan buat...minta maaf sangat2 yer sahabat terutama Arjianah...wuuu.....

Dan sekarang bila dah pekena shake bila korek jer, kuar yg keras2 jer..hahahaha....
anyway, saya dapat tahu dari coach sye yg product F1 herbalife ni bukan sahaja mampu trunkan berat badan, malah sesiapa yg nak gain weight pun insya Allah akan berhasil. Herbalife ni bukan makanan untk menguruskan badan manusia tetapi memberi keperluan seperti khasiat kepada tubuh yang kadang2 terlalu bz untuk jaga diri sndiri...smpai nak bersenam pun mesti mcm2 alasan dengar...dah sah2 setiap sem, bila bilang dengan jari berapa kali pie bersenam...memang terasa kelainan sangat...cool babe..haha

lagipun, sya ni memang suka makan tak ikut peraturan. Semua benda nak bantai. kadang2 sayur xmakan lansung sampai 2minggu. macam mana nak sihat? pie kelas ok la..tapi sebenarnye sya pura2 ja. Mata buka tapi minda tidur. Agak2 masuk x ilmu belajar tu..??? haisss.....

dan sekarang, senang nak bngun pagi.. tido pun alhamdulillah tak tido petang dah. Ni baru start lapar setelah minum F1 sahaja dr pgi tadi...heeee...jom pekena nasi....

capucino is my fav flavor. tapi rasa nak cuba cokelat plak...heee

nyum3...buat shake...lalalala





Friday, February 3, 2012

New life with Herbalife...

walllllaaaahhh....suka betul dok rumah...
memang rasa nikmat tu berganda dari dok u sorang2 sambil conquer satu blok....rasa bila orang lalu nak buat jahat pun fikir 10x5 sebab dengar suara sumbang aku kat blik dah macam ular kena palu. Macam sore opera pun ade jugak...hahahaha


anyway semalam pergi HOM herbalife di taman melawati. Datang2 tu memang kalau orang boleh baca pemikiran aku mesti tanya, "Napa banyak sangat tanda soal kat kepala tu?" 
persoalannya, memang aku pun tak tahu pun Herbalife ni pasal apa. Aku just minta bonda datang teman dan dengar sampai jam 12 tengah malam! 


Di FB aku di tag oleh Norhanani which my Herbalife couch untuk datang mende camni. Memang x aspect pun akan datang dan dengar. Yang bestnye speaker beliau, En Nasir memang the best! Untuk pertama kali aku rasa semangat untuk jadi seperti beliau setelah 6 tahun makan herbalife ni. 

Kenal x dengan Michael O. Johnson? pengasas Mickey mouse, Donald duck? kenal x ape tu mickey mouse? kalau xkenal tanya budak kecik... Dia merupakan pengasas Herbalife ni...mula aku dengar pun aku blur. Ye ke? tapi setelah wat research bagai  *xsangka aku reti buat research, bangga kejap*, memang betul, beliau la yang mengasas Herbalife ni di US....dan sekarang ni di iktiraf oleh unit kesihatan di 82 buah negara dan bilangan itu meningkat setiap bulan Masya Allah! so impressive! sangat teruja lagi nak jaga kesihatan....Kalau cari pun memang xtipu...Herbalife sangat berbeza dengan product laen...Sedangkan Messi yang aku tak pernah kenal sebelum ni, aku boleh kenal sebab die makan Herbalife ni...wow!

Okeh. Bercakap pasal semalam, sebelum balik tu, aku try check body aku ni sihat ke x and guess what? The result shows my age is 25!! arghh, make me so pressure because i'm still 22 okey! grrrrrr....then i'm start to think, why not change my life now? my family have Kidney problem and cause them to death! Even my father is the same! So, the percentage that I might be have the same disease is high! why not I'm change my life now?



yes, i Have my shake today? and guess what? Tak rasa lapar lansung dari pagi jam 8 tadi sampai sekarang berita 1.30 kat TV3 sedang ke udara. Memang plan nak makan malam je skarang ni. Mengapa perlu makan kalau kita tidak lapar? tak perlu membazir. Just have ur shake. Bukan nak kata makan tidak penting. kalau orang tetap nak makan, makan la. Cuma jangan sampai membazir dan menambah kalori dalam badan pula. 

My first shake...yeay, thanks bonda... 

Kadang2 badan kita pun boleh penat sebab jana makanan yang pelik2 dalam perut. yEah!!! i cannot wait for the result for the next week....weeee

Nak lose weight, gain weight, reshape body, improve skin, be healthy, xnak makan pain killer berpapan-papan dah, nak jaga diri, just pm me. Sebab saya pun nak berubah! Dan berubah hari ini! Saya tak mahu cari penyakit melainkan Allah dah tetapkan begitu...insya Allah...


Wednesday, February 1, 2012

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...