.:allahu:.

Tuesday, August 28, 2012

wOrdless Wednesday again!


Tuesday, August 21, 2012

Melayu jahilliyah!

5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Kesimpulan

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam.

Erm aku tak ingt ambil ni dari mana. rasa copy dri FB. Sharing is caring. Peringatan utk diri sendiri juga!

Thursday, August 16, 2012

Last berbuka with buffet

wah, tak kurang dari 3 hari lagi dah nak raya. dan sekarang suasana office sangat la sunyinya. Yang ada aku, En Fikri, mdm Daina, Mr Heng, Mr Lee, En Zul. Fuhh, mencabar la dok sorang2 mengadap dekstop. Last2 aku layan cerita katun pakat gelak sorang2. Dah nak raya ni, mesti la ramai yang cuti. Minggu depan diorang plak pakat2 cuti sampai semnggu tnggalkan aku sorang2 kat office. wuuu, jadi pak guard la aku kat sni.

Walau apa pun hidup perlu di teruskan. jatuh duduk bangun hidup tetap diteruskan walaupun dengan siapa yang cuba nak menjatuhkan kita. Diorang mungkin rasa bahagia mengutuk, mencaci menghina, tapi hanya Allah yg mampu membalasnya. Aku sekadar mampu tersenyum sorang2.

Itu pun dah satu nikmat dalam hidup. Belajar untuk bersabar dan menerima segala dugaan. Bila tengok bonda aku menguruskan kami walaupun 2 orang shaja adik beradik, rasa seperti syadu hati ini. Moga Allah memberi kesihatan yang baik sentiasa kepada bonda dan ayahanda ku.

Berbalik pada topik asal. Semalam aku pie berbuka di Sri Pasifc hOtel. dan macam biasa la kan. VVIP paling lasstttt sekali sampai. Dah azan baur terpacul muka aku kat depan Sri Pasific tu. ada ke patut. Tak memasal bos sampai dlu dari anak buah.

dah la salah meje. Mane la aku tahu. Aku ingt semua dalam dewan tu parnership aku.Aku bantai duduk. Sekali kena panggil dengan bos. MEja kita lima 5 ni saja. Yang tu bukan. Bapak la malunyer aku time tu. TErbantut kejap nak tangkap gambar lawa2...haihhh.

Lepas dah duduk tu, nak menghilangkan rasa malu yang menebal, aku pun berjalan pie cari pinggan dan makan. Eh, did i just say makan?? hahaha. Makanan la. Gila kau nak makan pinggan. Sape nak makan pinggan. Hahaha...So aku pun menuju keluar. biasa la. orang tak 'pose' ni banyak dugaannya. Cewaahh, poyos!

Memang terbeliak la mata kan. Boleh plak aku pie amek sate makan. Tpi 4 cucuk je. Tak mo lebih2. Nanti tak makan yang lain..hahahaha

Lepas tu aku bantai pizza, pasta, roti canai, sotong goreng, ayam masak limau, durian, nangka, air bandung 2 gelas, dan apa lagi. NAsi memang ak xsentuh lansung. Perghh, memang kekenyangan la. dah la siap kena buli lagi dengan bos. Boleh plak tapau dessert lepas tu kan. Bawak balik umah. Sebab tak sempat nak makan. hahaha

Lepas tu sesi meluah dengan Mdm Daina untuk pengalaman aku selama hampir 2 mnggu ni. Hahaha. Belum pape dah nak luah itu ini. Dia pun terima baik ja. Ak pun story la. Orang baik ngan kita, takkan kita nak buat jahat dengan orang plak. Tu namanya tak mengenang budi.

Tak pa na. Hidup kena ada pendirian. Sekarang dunia macam2 boleh jadi. Harap aku menjadi yang terbaik ramadhan ini.



Wednesday, August 15, 2012

wordless wednesday


bau-bau raya

Disebabkan aku tengah frust tak jumpe coordinate yang diberi dalam ArcGis, aku pun nak menyeleweng jap. lagipun dah tengah hari. berpinar pale otak ni dok tengok destop besar gedabak ni. Boleh pula dalam banyak2 map dalam arcgis ni satu pun tak match. Asyik kat africa ja. Apa la. Nak sangat ke layer tu dok africa. amek semua, amek! Geram tul aku. hahahaha

So xde sangat pun nak story. Kurang dari 4 hari dah nak raya. Yahooo....tapi aku dah raya dlu dah. camne. Haish, saat akhir ramadhan aku xberapa baik. Sedih pula ramadhan nak meninggalkan kita. boleh pula staff sini selamba badak tegur aku, "Yang tak pose mane boleh dapat." time tu boss ade kasi dodol kat kitorang ni. Lahabau sungguh. Malu aku untuk seketika. Tahu pula aku malu itu apa. Hahaha.

Yang aku ni pula entah bila nak pie shoping raya pun tak tahu. Ingat nak lepas jusco je sabtu ni. Lepak macam boleh makan2 plak kan sana. Lagipun aku dah meletakkan jawatan sebagai cashier dah baru2 ni. Nak buat camne, family tak izinkan keje banyak2. Kalau ikutkan aku tibai saja kerja. duit tuuuuu. selagi kesihatan ada Allah kurniakan.

Sekarang ni rasanya setiap sabtu dan ahad aku akan tibai tidur sesuka hati xnak  bangun2...hahaha...jeles tengok adik aku relex je lepas subuh tido macam xnak bangun2. Bangun bila dah nak berbuka. Melampau sungguh. Mencabar keimanan aku. Tak pa na. aku nak cari duit. nanti senang nak convo guna duit sendiri belanja parent. Tak payah dah nak susah2 guna duit mereka.

Tapi tadi aku buat research nak tido mane time tu semua hotel penuh kowt. Alahai, melepas nak belanje parent tido kat zenith. Aku pun teringin gak. Nak buat camna. dah tak ada rezeki. Dan sekarang ni hujan lebat bagai. Guruh berdentum2. Bakal nak black out sekali lagi kemungkinan ada tinggi. Dan aku punya desktop ni belum di pasang UPS ag. Haihh, terpaksa off kejap sementara. Yang lain dah pie meeting. Aku pun apa lagi, gelak sorang2 layan katun. Muka pun dah macam katun.

Malam ni ada majlis berbuka puasa di Sri pacific Hotel. Yang ni aku nak pie, meeting je aku ngelat. Hahaha...dan Esok lusa pun aku keje lagi. Even raya ketiga pun dah masuk keje balik. Awal2 masuk keje ni xboleh nak menyelewang lebih2 sangat. So beraya umah member time hari mnggu je la kan.



Sunday, August 12, 2012

Raya dah nak dekat


Aidil Fitri, atau lebih tepat dengan ejaan Eidul Fitr merupakan sambutan bagi semua umat Islam, signifikan atas perjuangan melawan hawa nafsu serta melaksanakan perintah Allah dalam bulan Ramadan. Hari Raya disambut dengan meriah oleh semua umat Islam di seluruh dunia namun selaras dengan tuntutannya di mana tiada perselisihan antara agama dan budaya (asalkan ia tidak melanggar syariat), kedatangan hari yang mulia ini juga merupakan hari di mana anda dapat melihat pelbagai adat, tradisi dan sunah yang digabungkan.
Antaranya termasuk:
MEMASANG PELITA PADA MALAM 7 LIKUR
Malam tujuh likur merupakan malam 27 Ramadan dan biasanya kita akan memasang pelita atau panjut bermula malam tujuh likur. Digunakan untuk menerangi jalan suatu masa dahulu, kini ramai yang memasang pelita sebagai hiasan menyambut Hari Raya, malah digunakan untuk menyalakan bunga api!
Suatu masa dahulu juga pelita tersebut dipercayai untuk menyuluh jalan roh-roh orang mati supaya memudahkan mereka menemui jalan pulang ke rumah. Namun itu cuma kepercayaan karut dan tahyul dan menjadikan hukumnya haram.
Maka sekiranya anda ingin memasang pelita, pasanglah sekadar untuk menggamit nostalgia!
MENYEDIAKAN JUADAH HARI RAYA
Tidak sah raya di negara ini tanpa ketupat, lemang, rendang, lodeh, kuah kacang dan kuih-muih pelbagai rupa dari yang tradisional seperti semperit, sarang semut dan bahulu sehinggalah kuih-muih dengan nama barat seperti Almond London atau nama produk seperti biskut Mazola. Malah kini ada pula bahulu pelbagai rasa, dari bahulu coklat, blueberry dan perisa pandan. Tak mengapalah. Asalkan tiada sesiapa terfikir nak memulakan resipi rendang blueberry. 

MELAUNGKAN TAKBIR
Sebaik sahaja anak bulan Syawal kelihatan, sunat hukumnya untuk melaungkan takbir dan diteruskan sehingga imam naik ke atas mimbar. Ia bukan semata-mata untuk memeriahkan sambutan dengan laungan yang mendayu-dayu, tetapi juga sebagai tanda semangat kerana berjaya dalam perjuangan menentang hawa nafsu dan bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan Allah sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 185:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, dan supaya kamu bersyukur."
MANDI SUNAT AIDILFITRI
Begitu mudah untuk peroleh pahala pada Hari Raya. Anda hanya perlu berniat untuk mandi atas kedatangan Aidil Fitri. Namun sekiranya rakan anda terlalu lama mandi sunat Aidil Fitri di dalam bilik air, maafkanlah dia.
MAKAN BUAH KURMA
Satu lagi perbuatan sunat pada Hari Raya merupakan amalan memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya. Hadith Rasulullah SAW ada menyebut:
"Dari Anas ia berkata: Rasulullah SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga dimakan baginda terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata: telah diceritakan oleh Anas dari Nabi SAW: Dan baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil."
SOLAT SUNAT HARI RAYA
Hadis nabi ada menyebut: "Dari Al-Baraa' ia berkata: Aku mendengar Nabi SAW berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."
Haruslah diingatkan, sekalipun solat sunat Hari Raya bukan sahaja perkara sunat malah sudah menjadi tradisi umat Islam untuk mengerjakannya, Semua itu tidak bererti sekiranya anda tidak pernah mengerjakan solat yang wajib.
MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN
Sekalipun tiada tertera di dalam sunnah mengatakan kewajipan menziarahi tanah perkuburan pada Hari Raya, ia tetap menjadi tradisi. Kebiasaannya dilakukan selepas solat sunat Hari Raya, tradisi menziarahi kubur ini adalah untuk mendoakan mereka yang telah pulang ke Rahmatullah dan mengingati kematian
BERPAKAIAN BARU
Bila lagi anda akan melihat teman sekerja yang selama ini tidak pernah berbaju kurung tampak ayu mengenakan kurung satin serba baru? Hari Raya merupakan hari di mana tua dan muda saling berpakaian baru atau paling tidak pun berpakaian kemas. Pelbagai jenis pakaian tradisi boleh dilihat pada hari ini. Baju kurung biasa, kurung Pahang, kebaya Riau, kebaya nyonya, cekak musang, teluk belanga, jubah, jubah kelawar, abaya dalam pelbagai warna.
BERMAAF-MAAFAN
Tiada waktu lain yang lebih syahdu selain daripada bermaaf-maafan di pagi raya. Bermula dengan yang kecil bersalam-salam dengan yang dewasa, anak dengan ibu bapanya, ibu bapa dengan datuk dan nenek dan begitulah seterusnya. Inilah masanya untuk memohon semua salah dan silap (zahir dan batin) yang dilakukan selama ini. Atau buat anak-anak kecil, inilah masanya untuk menerima duit raya! 
KUNJUNG-MENGUNJUNGI
Amalan kunjung-mengunjungi merupakan satu tuntutan dan tradisi yang tak akan pernah lapuk ditelan zaman. Inilah waktunya untuk saudara-mara yang saling tidak mengenal mula bertaaruf. Inilah masanya untuk bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua muka. Inilah juga masanya untuk merapatkan kembali jurang antara sesama Muslim.
MEMBERI DUIT RAYA
Tradisi yang paling disukai oleh kanak-kanak, Hari Raya bagaikan tidak lengkap tanpa sampul raya pelbagai warna yang biasanya akan bersepah di atas lantai lima minit selepas diberikan. Terpulang kepada si pemberi untuk memberikan sebanyak mana yang mereka mahu, tradisi ini dilihat sebagai satu usaha untuk menggembirakan orang yang tersayang dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai satu sedekah. Ada juga yang menjadikan sampul duit raya sebagai koleksi, tidak ubah seperti pengumpul setem!
MENGADAKAN RUMAH TERBUKA
Tidak sah Hari Raya tanpa ada jemputan ke rumah terbuka. Selain daripada merapatkan ukhuwah sesama insan, majlis-majlis sebegini juga membolehkan semua sanak-saudara, rakan taulan dan jiran-jiran untuk bertemu dalam satu majlis. Bertemu jodoh? Mungkin juga!
PUASA ENAM
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)
Puasa enam kini semakin popular dan menjadi satu daripada usaha yang dilakukan pada bulan Syawal. Bukan sahaja untuk mendapatkan pahala malah ia cara terbaik untuk membakar lemak akibat pengambilan rendang ayam yang berlebihan!

Sumber from yAhoo News



Saturday, August 11, 2012

Bila aku bosan

Haa, ni ade benda yang nak aku share kan. Ade ke patut, orang dok sibuk buat keje, aku dok maen game. Tapi bukan maen game install punyer. dan bukan maen game advance ke ape ke. Jeng2, sumber dari google sempena sukan olympic yang akan tutup ahad ini. 

Haha. So orang tak boleh nak kata apa. Sebab aku maen dan buat. sambil2 tu cover2 la sikit ngan tab banyk2 macam kia buat keje kan2...
So baru2 ni cerita paling femes adalah Olympics. dan tah niah kepada LCW dan Pandalela Rinong for medals u give to us malaysian....I love u guys both. non stop pray for us to success in sports arena. 
perghh, speaking tuuu....jangan dok maen2....

Ok aku nk story yang Google buat dienyer opening sngat menarik. Ade basketball, kayak, lumba lari berpagar dan apa2 lagi lah. So memang bila time aku dah buntu gila2 tu aku terus click google home dan maen smpai nak muntah. Eh xleh muntah, nanti batai pose. 

Yang bawah ni aku maen last. Sebab time keje. So sabtu ahad tarak sebab aku keje part time kat Aeon and for the last time. Fuhh, orang mcm tsunami. Tarak reti mau balik. 





Ni score paling hebat la aku boleh dapat. tu yang terus dapat 3 medal tu. Hahaha...maen kayak dan lumba lari aku hancuss.....

Tuesday, August 7, 2012

Ketawa2 dalam alam maya

ketawa alam maya. tadi aku baru belek2 bLog sambil terjah menerjah blog orang lain yang dah lama tak diterjah. Tetiber berminat gila dengan post ayeem ayam pasal jenis2 ketawa dalam alam maya. Aku pun rasa terkena gak bila membaca poSt dia ni...yg menyebabkan aku rasa nak 'ngopi' semuanya tapi dia tak benarkan. so aku kena taip baik. Tapi of cos dah jadi style aku la kan....

1.  Heh 

Untuk mereka yg berperangai suke sindir menyindir orang. "Heh, ingat ko bajet HOT?" atau "Heh, ingat aku suka sangat ke kat kau?!"

2. Hee  

Ni buat mereka yang rasa diri mereka comel giler lah sebab nak sesuatu. Bila orang tu wat ayt gune ni mesti die akan senyum nampak gigi karat smpai ke telinga. contOh,  "Bestnyer la kan kalau dapat kasut merah setellitto tu kan. Cantik gilerr ah. Heeeee..."

3. Hehe/Hihi   

Ni yang suke buat statement bila bercakap wajib keluar ni nak menunjukan diri tu sedang bercakap dengan orang tu spaya orang tu anggap dri kita sebenarnya sedang ketawa betul2 la.


4. Hehehehehehehe

Lebih kurang mcm hihihihihi jugak bunyinya. Ni namanya orang yang gelak ni suke sangat mengilai...

5. Hohohoho/Kah Kah kah

Yang ni gelak tak ingat dunia. mcm dunia maya tu dia sorang sahaja punya. Kalau boleh nak penuh semua dengan gelak dia ja.


6. Haha 

Gelak sebab statement yang orang buat lawak gila babun. Babun tu dah xlawak dah sekarang.


7. Huhu  


Ni buat mereka yang tak tahu atau serba salah dengan buat muke innocent.

8. Lol  

Lots of love atau lots of laugh atau yang sa,a waktu denganya.


apa-apahal pun, hidup manusia tidak akan sempurna tanpa mereka2 ni. Asam garam kehidupan. 
cHow babeh. 







Monday, August 6, 2012

Hari tak normal

jam dah menunjukan pukul 8.35 pagi. sebentar lagi tepat jam 9.30 pagi akan di adakan meeting. Nampaknya aku tak ada keje lagi nak dibuat...hahahaha..pehal cam suspen je ayat aku pepagi ni kan..Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat. Mula2 aku ingat bunyi cerek yang kebetulan ada kat belakang aku ni. Tapi pelik. Tu mcm teko je aku tngok. takkan la aku tal tahu beza. Sekali tadi mdm dianna ada tunjukan mana datangnya bunyi bising tu. Die kate bunyi helikopter. Mula2 sungguh la aku tak percaya. pEhal tengah2 kawasan perumahan ni ada helikopter plak. Sekali aku tinjau memang betul bunyi bising itu datang dari helikopter. aku pun apa lagi, tercengang jap.

Then she explain to me that the person riding the helicopter is the president of this company. aku pun sengih je. Memang cepat la sampai nak masuk meeting kalau naek helikopter tu. Jalan skang tengah jem, die relex je sampai dlu. So sekarang ni memang xde nak buat apa2 pun. Nak buat gis pun xdak isi...sekadar layan tutorial. tapi more kepada basic ja. sebab yang lain kena beli dulu.  kalau nak buat advance.

aku pun boleh pening bila dia nak mintak samakan coordinate...tapi saiz layer lain2...So as PIC, of cos me..hahahha...bangga jap. Padahal dah berapa banyak web aku terjah. Time belajar tak sampai camni pun. Agak physco jap. memang berpinar gak mata sekejap. Bukan sekali dua...haih dha pning dah...Dah la pagi tengok heli, tengah hari terpaksa bukak laman web berkaitan..Ting tong la kejap....

Saturday, August 4, 2012

KR

Seronok bila bertemu semula kawan lama. rasa semua masalah masa kat UMP dulu hilang bila jumpa diorang. Nampak sangat, kawan lama adalah yang terbaik berbanding mencari kawan baru. walaupun aku pernah berusaha rapat. tapi biasa la, hidup berkomuniti yang berpuak memang aku rasa payah yang amat. rasa mamca orang putih nak mengajar bahasa melayu tapi tak reti cakap melayu. Terlalu asing. memang diri ini masih berbual, bergembira. tapi bila terasa di makan kawan, fuhhhhh. macam dah nak kiamat dunia. ada sekali tu aku join makan2 bersama member sekelas. tapi entah mengapa, perasaan palsu tu ada dalam setiap diri yang aku lihat di hadapan mata. mungkin perasaan aku sahaja, atau mungkin ada sesuatu di sebalik apa yang aku rasa. Entah lah. aku cuba untuk merapatkan diri. tapi semakin rapat, semakin aku rasa disisihkan saja...

Tpi aku still bersyukur juga, dalam orang lain sibuk menjatuhkan orang lain, aku masih ada harapan hendak naik bila berjumpa dengan orang yg betul. Thanks to all who use to be my roommate for every support that u guys give me. Yang pernah sebilik melayan suka duka diri ini. Dan juga member2 suksis batch aku.

Dan jumaat lepas, kitorang semacam reunion semula. Tempat Kenny Rogers, KL festival city. Dan itulah merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke festival city dan restoran Kenny Rogers. So bila sampai tu, dalam jam 6.30 petang juga. aku terus menyerbu masuk ke dalam mall. memang tak tahu pun arah nak pie mane. Tapi aku jalan je ikut sesedap rasa. Sampai boleh plak aku lalu depan Seoul Garden yang sepatutnya menjadi tempat berbuka kami pada awal plan. Bila aku tengok harga pun aku telan liur. hahaha...apa-apa pun, aku memang terasa nak pergi juga dengan diorang.

Dah lepas jalan ikut sesedap rasa, jumpa juga. Time tu aku tengok diroang dah start order dah. Jadi, memandangkan itu pertama kali aku makan di kenny, so aku serahkan kpada ketua majlis nak memilih yang mana satu yang terbaik. Tak memasal semua makan benda sama je. ceh, tak ada kelainan lansung hahaha....

So, dari cerita zaman sekolah hingga la ke dunia masing2. Tak berhenti2 story sampaikan rasanya kitorang la customer paling last keluar dri KR tu. dan of cos paling bising. Lol. Sebab tu la sangat bila dah dok ump, shopping tu kurang sebab aku keluar dengan kawan bukan untuk pergi bershopping semata-mata tapi meluangkan masa bersama. walaupun sekejap, rasa macam dah kena interview pun ade gak. 7 orang semuanya. memang kitorang himpit sesuka hati la. dan yang paling seronok bila masing2 selamba ja tegur menegur. Tak ada nak terasa hati sampai nak bermusuh dengan orang lain. That is why aku lebih selesa dengan diorang berbanding di zaman universiti.

Lepas ni raya trip makan2 umah member plak. Dan yang paling penting, diorang kena juga bawak aku pie makan kat seoul garden tu. dah terliur aku lalu sana...

nota kakitangan: kita hidup mesti ada maruah. Kalau salah ditegur, kalau betul diterima, bukan mencerca macam bajet perfect. Bak kata hanis zalika nyer theme, you cannot make everybody like you, you dont even like everybody. Aku kalau dah orang buat hal, takkan aku still nak suka dia sama macam mula2 suka. fikir2kan lah. I do respect people in my first meet, but when people make trouble for something we didnt do, i dont hate them, but more of pity toward them.

Wednesday, August 1, 2012

Lunch bulan puasa

alhamdulillah, masuk hari ni dah nak puasa yang ke 14 dah. Tak sabarnya nak raya..dengar lagu raya bukan maen meriah lagi. Orang pulak sentiasa penuhhh je. Tak reti2 nak pie semyang jemaah. tapi sedih pula ramadhan akan pergi meninggalkan kita..haihhh ;(
puasa la ni pun berbuka semacam tak berbuka. Tibai ja apa yang ada kat rumah. janji berbuka.

Baru tadi berjaya install ArcGIS 10 yang ade licence punya. Tapi nak bukak file project xbule plak..hurmmm..lagi lambat la mule keje aku ni. dah la sharian tak tahu nak buat apa. maen game pun kang destop bapak besar. memang kantoi la kalau nak maen. dah macam tengok wayang pun ada juga. Memang best la kalau buat autocad. hohoho....memang esok target bawak movie, layan time rehat sorang2. DONT DISTURB! hahahaha...macam tak biasa wat time kat JKR dlu. Rindu plak kat orang2 di sana.

Boleh tahan stay sini. Pekerja peramah terutama kak Diana en en Syamsul. kak diana selalu cakap ngan aku bi tapi aku balas gak ngan bm..malas nak fkir ayat yang sesuai. tibai je la kan. hahahaha...
Sepatutnya hari ni ade kelas menjahit. Tapi memandang kan dah mula kerja, terpaksa postpone kelas kepada sabtu ahad. Tu yang bersara dr jdi cashier tu. itu pun tak comfirm ade kosong ke tak sebab katanya selalu full. Haih, rezeki2...Kalau sempat, dapat la convo merasa baju buatan sendiri. Jimat duit gaji aku. eh?! hahahah....Tapi janji baju raya aku dah siap. walaupun basic sahaja, at least aku buat sendiri. hehe...Tradisional pun tradisional la. Lepas ni nak cari kain lembut nak buat skirt sendiri. Dah tak payah susah2 beli. Beli kain 2.5meter, baru brapa hengget. Buat2 tak sampai shari dah boleh pakai. Kan senang.

Baru rasa dugaan kerja jam 8.30-6 petang. Fuh2, memang kuat cabaranya. Pepagi jem kaya roti semua ade. Nasib baik tahu jalan long cut tapi x jem tadi. Tak memasal aku sampai awal sampai pintu pun tak bukak2 lagi. last2 aku lepak2 dlu dalam kereta sambil dengar HOT fm tajuk hot chat pasal peribahasa yg sesuai. Ntah pape la diorang ni kasi peribahasa. Ade yang tak logik la. Tapi aku gelak gak sorang2....hehe...

hai, tak sabar nak jumpa member sok berbuka sama2...rindu korang eh!


notakaki: rasa nak makan ikan bakar la plak berbuka karang...alahai terliurnyaaa......tapi ibu mesej nak masak sweet sour. terus cancel!

jom buat masker

Dah lama tak bercerita mengenai Herbalife. Sejak dah mula kerja part time dan kelas menjahit, aku just makan shake secara senyap. Kalau rajin promote. untuk kesihatan bersama. Ok lah, ni aku nak share tips yang terjumpa di Yahoo oleh Shylah Rahsid. Ni sesuai utk semua peringkat umur. Senang dicari. 


Pakar kulit bersetuju bahawa ramuan semulajadi adalah sangat mujarab untuk kesihatan tubuh badan dan kulit. Oleh sebab itu, membuat sendiri ramuan semulajadi untuk rawatan wajah pastinya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah buat yang memiliki masalah kulit berminyak. Buah-buahan, madu, lemon dan empingan oat (oatmeal) adalah antara makanan yang sering digunakan untuk membuat masker wajah. Ia tidak akan merengsakan kulit, dapat membantu masalah jerawat dan cela di wajah, dapat mengurangkan saiz liang roma malah dapat menggelupas kulit. Pastinya secara semulajadi. Malah, rawatan wajah semulajadi 'air tangan' anda ini dapat membantu anda berjimat daripada berbelanja sejumlah wang ke atas produk kecantikan. Kaum wanita kebiasaannya membelanjakan wang dalam RM50 atau lebih banyak daripada itu untuk masker wajah berkualiti tinggi. Walaubagaimanapun, topeng buatan sendiri membolehkan anda berbelanja kurang daripada RM10 dan tersangatlah efektif. Untuk mengetahui bagaimana membuat sendiri ramuan semulajadi ataupun bahan organik khusus untuk kulit wajah, apakata cuba cara yang disediakan di bawah ini, selamat mencuba!

MASKER STRAWBERI YOGURT

Bahan-bahan: 
Enam biji strawberi segar (dilecekkan) 
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa) 

Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. 


MASKER TELUR DAN AVOKADO

Bahan-bahan: 
Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!) 
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau

Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk. 


MASKER EMPINGAN OAT

Bahan-bahan: 
Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat

Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini. 


MASKER EPAL MADU

Bahan-bahan: 
Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu

Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus! 


MASKER SODA PENAIK

Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air sejuk.

My wednesday

yeah, i am back! hahaha.. dan sekarang ni dok bertapa di pejabat di jalan Gombak. yup my first day of work. Terpaksa berhenti jadi cashier kat Aeon sebab macam tak larat ja. tapi kalau di benarkan kerja sehari, apa salahnya kan...hahahaha

first way of finding new experience...i smile between the rainbow. Sebab ape wat statement macam tu? sebab rasa statement tu macam comel je. hehe...Apa-apa pun, alhamdulillah, semoga dipermudahkan. Sekarang ni belum bz. boleh la godek2 mana yang tak patut dulu. Sementara ArcGIS 10 di install. Harap reti la guna. Mana taknya, bace instruction dia bapak la advance. tapi last2 company beli yg basic ja. lega hati kecil ni sekejap jew!

Tadi masuk bilik meeting. Kena brief macam kena tembak dengan peluru. banyak gila scope of work yang nak kena settle. tapi dugaan bekerja memang macam tu. Mana ada senang. Keje ngan bapak pun bukan senang. kena ikut procedure gak. Tak buat keje, mcm mana projek nk jalan. So, semua kerja ada permulaan dan ada dugaannya. cuma cara kita mengatasi tu sahaja.

Owh, lupe plak nk mention. aku keje kecik je dlu. jadi draughperson. wah! MAen2 ngan autocad gitu. nak jadi seorang engineer yang serba boleh. Dan aku xsabar nak tengok RoL ni sehingga ke pnghujungnya...Imaginasi designer dah mcm powerful. harap rakyatnya tak la menghampakan.
Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...