.:allahu:.

Tuesday, October 30, 2012

WW#9


ni just ayat sebagai kate semangat je. Kalau die tak belajar leh jadi owner, kita yang belajar ni mesti lagi hebat dari dia. Bezanya dia tidak terikat dengan mana2 ilmu yang dia balajar. He having a self learning. Kita pula sudah ada sistem pendidikan yang amat teratur dan tesusun. Just ikut ja. Tak perlu bersusah payah memikirkan apa yang perlu di belajar. Dan bila belajar, kita akan menyerlah sekurangnya2 lebih dari 1 subjek daripada berpuluh2 subjek yang bersistem itu. JAdikan ia sebagai salah satu langkah menuju kejayaan. 

macam aku ni. Dah la tak suka fizik dari sekolah lagi. Tapi terlebih2 pulak subjek fizik ni mendekat menuju kejayaan. Begitu juga dengan Add math. First time quiz, sikit2 E. Amek ulangan, pun E. repeat soalan sama, E! E! E! E! Sampai kan tanya  Kementerian Pelajaran, E tu Excellent kan? Muahahahahaha....

Dan menjawab dengan bahagianya. Bila keluar result, mak kau! semua subjek ngira aku score. Subjek yang membaca semua kantoi termasuk la pendidikan Islam. Itu camne leh terkantoi pun tak tahu la. Practical aku lulus, bab nak tulis balik plak hancusss. Apa apa pun yang penting kita ada niat hendak belajar tidak kira ilmu apa yang kita pelajari.... 



Monday, October 29, 2012

dak semua benda yang kita hendak kita akan dapat, dan tak semua orang mampu menjaga hati kita miskipun kita menjaga kuat hati orang lain. Dan tak semua yang kita buat betul pada pandangan orang lain. Kadang2 kita boleh menjadi mangsa keadaan bagi orang lain yang bercakaran, dan kita yang tidak tahu apa2 akan turut terkena tempiasnya. Hidup kita yang kadangkala naik dan kadangkala turun. Namun masih ada yang tidak mampu bersyukur dengan apa yang mereka alami. dan yang paling kelakar bila laman social di jadikan tempat melempiaskan segala amarah dan dendam.

Rasa macam budak sekolah rendah mengugut kawan dia dengan menggunakan kertas dan diletakkan di bawah meja. =.=




Tak semua yang kita mampu, orang lain mampu. Hanya kerana kita lihat dia hebat, tak semestinya hatinya pun hebat. Nak jadi hebat yang penting orang lain pandang baik dengan kita, bukan dengan rasa menyampah melihat kita. Mungkin ade sesetengah 'keterpaksaan' dalam mengatakan dia baik sedangkan hakikat semua orang tahu perangai seseorang tu baik buruknya melalui cara perwatakan yang di bawaknya sendiri. itu mengambil kesempatan. 
Dan tak semua yang mengambil kesempatan itu bermulut baik selagi kita tidak memberi apa2 kebaikan kepada dirinya. Pastinya dijauhi segera! Dan ada sesetengahnya pula, walaupun berat hati hendak membuat sesuatu yang disuruh, tetapi masih kata ya. Baik mengatakan tidak daripada terus mengata di belakang sedangkan yang memulakannya adalah diri sendiri. =.=






Wednesday, October 24, 2012

WW#8


Wednesday, October 17, 2012

WW#7












Wednesday, October 10, 2012

Tuesday, October 9, 2012

Pada waktu ini, mungkin si dia sedang berdepan dengan saat genting iaitu berinterview di salah sebuah company di Subang Jaya. Pray you can do it better my friend.

Yang harunye adalah, neves die tu memuncak. aku rasa semua hormon die dah tahap tak stabil dah. Setahu aku wanita je yang hormon tak stabil, lelaki ni jarang kena. Sebab tu allah ciptakan hawa. Bukan takat tu ja, Otak pun mereng dah kowt selagi tak habis interview ni. Ni kalau kasi 10 interview seminggu mau leh die bertukar jadi pompuan gak tang-tang tu.

Di jadikan cerita, seperti pasangan kenalan lain, bermesej minta kata2 semangat dari pada seorang sahabat adalah di galakkan. Bukan sebagai tittle pakwe makwe. Dan die dengan hormon terlebihnya memberi tahu,

dia: nak awk nak awak nak awak
aku: nak wat ape saya? Nak penampaq ka?
Dia: aah...

time tu aku sengih je. Memang kalau kau ade depan aku, wat gedik cam pondan cam tu memang aku kasi penampaq ja. Biar sedar sikit dunia realiti ni.

Harap setelah di leteri semalaman, dia mampu buat yang terbaik. Chaiyokk...












jeng2, pakwe baru I...hahahah *galak eh*
die sebaya and sama tinggi ok! ;)


membebel

dah masuk hari ketiga aku datang awal opis sejak peristiwa hitam mencengkam jiwa yang berlaku pada khamis lepas. Ni bila bos tengok mesti haru nk kasi bonus 5 bulan la tengok asyik sejam awal je dak ni datang kan. Tapi apakan daya, yang pasti hanya dalam mimpi.

Lagi 3 hari sahaja aku akan menjadi lepasan Universiti secara rasminya. Memang tak sabar la nak reunion semula dengan dak2 batch 2008 Degree of Civil Engineering Universiti Malaysia Pahang dan bersua muka dengan the geng of Suksis second Batch. Yippieee...Rindu bangat sama mereka. Ape lagi, silalah jeles. Muahahaha....

Hari ahad lepas seperti biasa, menghantar adikku yang menggedik balik secara tiba-tiba. Dan masuk ini dah 5 kali dok menghantar beliau ke tempat belajar di SA. Padahal baru 3 mnggu kowt kelas die mula. Memang sengaja mencari pasal dak kecik sorang tuh. Dan yang paling mengkagumkan adalah penyakit kulit yang di 'hinggapi'nya itu hampir berkurang dan terserlahlah rupanya yang sebenar. Memang tersentap gak tengok perubahan ketara setelah hampir sebulan minum shake Herbalife F1 sahaja. Tak perlu susah berat hati makanan sihat Herbalife mahal nak mampus. Tak perlu fikir kena beli full pakej baru leh nampak kesan. Just take Herbalife F1, blander dan buah buahan favorite masing-masing, blend it together2, and wallllah. Nyum2 sedap tak terkata. Sampai aku yang rasa ni pun leh nak buat lagi pula. Kalau tidak, malas mak aih macam lembu tido siang, nak ragut rumput pun depan mata je. Kalau nak sedap je pie kampung seberang contohnyer la.  So, nak cantik nak lawa nak anggun nak kurus, mesti wajib rajin.

Dan hasilnya, ibu kate aku nmpak kurus sikit. Sikit ye je. Sebab aku la yang paling termalas sekali nak buat. So bila adik aku buat tu lah baru aku ngensot nak sikit. Nampak tak pemalas tahap gabannya aku ni?

Then minggu lepas aku beli khas untuk aku sahaja. Tak tahu la aku melantak ke ape ke Herbalife tu sebab tak sampai seminggu tinggal separuh bekas je! Gulp! hahaha...but thanks to abang member aku nih. Bila habis je aku cari die *Sorry couch nani*. Malas nak tempah sebab untuk aku makan je pun, lum terfikir nak buat business. Nak beli banyak2 space kat umah tak de. dah macam kena beli rumah sebelah nak tampung barang dalam umah yang kecik tu. *Alasan lebey*

Dan baru2 ni, berat ibu alhamdulillah ade turun sampai die sendiri tak percaya. Dan die pun baru jumpa Dr pakar untuk check darah dan perghhh, gula dalam darah die turun mendadak! Sampai Dr tu pun ingat ape la yang bonda aku ni buat sampai turun mendadak begitu. Tukar darah ngan orang laen ke ape.

Dan pagi ni aku mencuba juga menghabiskan air sebanyak 2 litter namun hampeh. aku dah tewas dulu. air banyak meleleh keluar dari meleleh masuk dalam perut.


Sekian...
P.E.A.C.E


Thursday, October 4, 2012

vanilla mix together with blueBerry

Hari ni hari khamis. Sudah begitu hampir ke penghujung hari sejak insiden pagi  tadi yang meremukkan hati aku yang kecil ni. Dan tengah hari tadi rasa macam dah berjaya je tahan perut ni agar tidak mendapatkan sumber yang tidak berfaedah setelah menelan makanan berkhasiat Hbl. namun sehingga ke angka 1131 waktu tempatan, maka bermulalah perjuangan aku yang sebenar. Mulalah kedengaran lagu rancak yang pada mulanya ku sangkakan bunyia music j-pop yang selalu aku dengar. Tapi sebenarnya hanyalah kedengaran laungan si perut yang berkeroncong senandung lagu siti yang dinyanyikan si pondan. 

lantas tepat jam satu, aku bergegas menuju ke seberang membeli nasi yang ku rasakan sudah lama tidak di jamah, seakan-akan setahun rasanya. 

Sebaik sahaja selamat melalui salur pernafasan dan tepat mendarat ke dalam ruang kondo yang agak mewah bagi mereka, lantas aku mengucapkan seribu satu kesyukuran. Esok pagi makan Hbl perisa vanilla mix with blueberry lagi.  Nyum2...resepi adik aku ni. Pandai pulak die. Target kena turun berat lagi bulan ni! *sigh =.=* 

Setelah melantak dengan muka gembira planning nak pie shopping yang aku namakan shopping convo. Eh, tak suprise pun..cam biasa je. entah. Aku pun rasa biasa gak. Mungkin hendak menutup hati yang lara ni kowt. *sigh*

Wednesday, October 3, 2012

je-ra-wat

hari ni hari Khamis, esok dah jumaat, lusa dah sabtu, tulat dah ahad. Kenapa aku kira nak bagai hari-hari berkenaan? Kerana kurang dari dua minggu hari gilang-gemilang yang bagaikan event tahunan itu akan berlaku tak lama saja lagi. Agak happening juga la kan sebab sekali seumur hidup bagi yang tak nak ambil2 dah selepas ni. Macam kawin. Bukan bertunang ye...

Yang menjadi isunya aku tak berapa nak excited mengenai perkara ini, Yang menjadi persoalan aku, kenapa time penting begini jerawat sebesar-besar alam nak tumbuh mekar di wajah nan tenang dan mulus ni?!

Hilang segala bagai nak cuba tudung melilit2 ni. =.= nak pakai purdah, U dah kasi warning awal2 tak boleh nak pakai.

Hmmm...

walaupun dah ade kemahiran mengalahkan Alex Young bawak kereta di litar lumba, atau michael Shumacher bawak F1 menang beribu kali , baca doa jangan sesekali lupa. setiap kali naek kenderaan, mesti wajib baca. Tak kira la nak pie kedai depan umah je ke, atau nak balik kampung, di wajibkan baca supaya kita tidak lupa pada yang Menciptakan diri ini. Agar kita sentiasa merasa rendah, serendah-rendahnya diri.

hari ini nak jadi pula cerita, sedang kusyuk melayan hot FM *sengih sorang2, gelak kuat2 sambil bukak tingkap kete*, lalu jalan biasa lalu, undang2 semua bagai ikut, doa pulak boleh lupa nak bace. Aku selalu bila dah lalu depan sekolah agama Taman Ibu kota baru nak baca. So di katakan terlewat sikit bace gara2 pandanganku terpesong pada kehadiran pekerja yang ingin membetulkan pipe dalam umah aku. So, kebiasaan tu menjadi sesuatu yang luar biasa pula. 

Ditakdirkan depan simpan traffic light tu, aku macam biasa la, beri laluan pada sebijik moto yang baru terlepas dari kandangnya menuju ke jalan utama kerana tujuan utama hendak ke kiri. So dah terang2 belajar dalam undang2 jalan raya beri laluan kepada jalan straight baru kita boleh jalan. Dan of cos nak beri laluan tu, kena tekan BRAKE dulu baru leh kasi laluan kat orang lain. Dan pada masa aku berhenti hendak memberi laluan itulah, hamba Allah ni muncul melanggar bontot aku eh bontot kereta aku tanpa belas kasihannya. 

Buat masa itu aku tergamam sebentar. Kalau nak ikutkan keperimanusiaan aku, mahu ja aku berhenti tang trang tu jugak tanpa mempedulikan kereta di belakangnya, Namun kerana tidak berperikemanusiaan, aku berhenti juga ke depan sedikit. 

Boleh plak time aku turun die sembur kata kenapa aku berhenti? kenapa aku berhenti katanya? Aku pelik. Aku ni bawak kerete lumba ke tak payah nak berhenti-berhenti. Maen sembur je nak lalu. 

Lalu dengan berhemahnya aku menjawab, "buta ke tak nampak motor lalu." *hemah gila* 

Dibalasnya pula dengan ayat tak ada otak dan buta mata, "Moto tu kat lorong kanan sekali, yang awak berhenti tu kenapa?" aku sengih je time tu. Dia ni ade lesen ke tak ni? Cakap macam lembu. LEmbu pun lagi bijak agaknya. 

"Memang yang belah kanan sekali tu ade, yang lorong kiri ni pun ade. Yang ko tu jalan macam tak nak brake tu pehal." dan mulalah babak sebenarnya. Dia dah terdiam. Aku sambung lagi. 

"Alhamdulillah, terima kasih la kerana langgar kereta aku ni sampai koyak. Aku sayang gila kot baby aku ni. Bayar pun tak habis lagi. Kereta ni la yang berjaya menutup mulut2 dan hati2 busuk yang suka mendengki sesama umat manusia suatu masa kat U dulu. Apa kau tahu." sahut aku. Dan dia diam tak terkata. Padahal aku tak cakap macam tu pun. Yang penting, aku bayar pun tak habis, merangkak keje, ko boleh balun plak bontotnya yang seksi tu. Hurmmm...

sebelum lagi parah, baek aku call bonda ayahanda sebelum kejadian tumbuk menumbuk di tepi jalan berlaku. Dah panas baran ni la setan2 penuh plak keliling aku nak merasuk. Sebelum pape jadi, baik panggil orang ketiga. Kebetulan pula mereka cuti. Gila kuat juga dia langgar sampai tak boleh tutup bonet kereta tu. Bumper bawah sampai terperosok dalam. Nampak sangat die tak nak brake. 

So, bagi mereka yang masih P atau baru nak amek atau baru tamat P, jangan dok bangga macam kau jaguh jalan raya persada antarabangsa. Undang-undang tetap undang-undang. memang we are born to brake the rules tapi kalau benda yang kau dapat free of charge, tak kisah babe! 

Hari kurang ayat Rabu


Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...