.:allahu:.

Monday, December 31, 2012

'Hadiah' terakhir tahun 2012

Tajuk itu sendiri sudah membuatkan hati yang muda mentah ni menjadi lara. Ditelah mati anak, diluah mati bapak...anyway, watashi no oujisama daijoubu kanna... tapi nampak teruk kan? 

kejadian berlaku apabila 3point u-turn versus speed. and of cos speed win. But totally, orang tak akan admit perkara remeh macam ni. tetapi bagi aku yang masih waras ni, tengok pada keterukan kereta, sememangnya dia bawak laju. 50km/h pun pada jalan sejauh 500 meter is consider laju! mungkin lebih lagi! tidak masakan kereta myvi bini en bawk sempat brek, en tak sempat brek...lagipun, en sndiri cakap yng en ingat en boleh lepas. Dah terang2 en memang tak ada niat lansung nak membrek kenderaan en. En memang dalam keadaan laju. Kalau tidak masakan en boleh cakap sebab en brek tangan la yang menyebabkan en turut tercampak? Saya dengar dengan amat jelas pernyataan en itu! Dan bg saya yg dengar dengan jelas ni, bila mendengar kenyataan ini bermakna kalau en tak brek maka lagi teruk la ouji saya....

Dan lagi satu, aku boleh mengaku yang aku buat u-turn pada bukan di tempat yang sepatutnya (walaupun hakikat nak ikut kesalahan, berlambak kowt orang yang buat u turn kat situ), tapi kenapa orang tak boleh terima yang dia bawak lebih 50 di kawasan perumahan dimana orang lintas jalan lalu lalang untuk beli makanan....kalau aku boleh slow bagi orang laluan sebab dia tak lepas nak buat U-turn, kenapa in return, some people cannot accept it? dari pandangan driver aku, mesti ada give and take bila berada di jalan raya. yer, saya akui 50km/h tu ape la sangat di banding kan dengan hadlaju highway, yup, 50 memang kategori slow kalau di highway, tapi kalau sampai remuk kerete, kalau langgar orang free2 pun boleh hilang nyawa.


Oke2, aku kata gini bukan tak terima kesalahan aku. yer, aku terima, siap terima 'flying kiss' dari Balai polis trafik KL sambil cuci mata tengok moto besar *phew, teringat kat abang pedas*. Tak semua yang aku pinta akan menjadi, dan tak semua yang kita tak pinta tak akan terjadi.

serius, aku tak dapat terima bila Oujisama aku cedera parah macam tu. mungkin salah aku juga la bila ade tedetik hati nak naik bus lebih dari naik Oujisama semata-mata nak fitkan balik tubuh badan. Mungkin dia terasa hati dengan aku. Dan aku pula tak pernah2 buat u-turn di situ nak buat plak. Mungkin juga, Allah tu sayang kita, tunjuk dugaan kecil macam ni dari dugaan berperang dan jumpa senjata api seperti yang dialami di Gaza. Mungkin Allah itu nak duga kita sama ada kita lebihkan Dia atau masih lagi nak lebihkan sifat amarah dari segalanya. mungkin juga Allah nak duga, sama ada kita masih ingat dengan Dia sewaktu perkara musibah yang berlaku atau masih nak letakkan salah pada orang lain. Sesungguhnya, putaran hidup yang Allah aturkan ada hikmahnya. Tiada yang buruk datangnya dari Dia melainkan dari diri kita yang hina....

Dan aku bukan tak mahu berkomunikasi. jauh lagi nak ignore segala panggilan yang mereka buat. Kalau ikutkan mahu ja aku pie melawat keluarga mereka dengan mengikat silaturahim. Tapi...

askum adiba. sy cuba ctc awk byk kali..sy bkn nk mrah or maki awk..at least awk ni boley la di bwk berbincang sbb awk di tempat kejadian. 1814 31/12/2012

aku: boleh terima lagi...tapi sebab masa itu adalah masa genting aku baru balik keje, maka aku terima banyak mesej dan miscall tanpa henti...

mak bapak awak tuduh sy bwk laju., pdahal sy tk bwk laju pn. Klu laju adiba, dh lama moto saya jahanam teruk. Awk ada tanya kt balai tk, sm ada awk boley buat u-turn tak kt simpang tu? 1817 31/12/2012

akal aku terjemah: die ni nak doa supaya dia langgar kete aku sampai mati ke? dia ni doa supaya masa tu dia bawk betul2 laju selaju bawak di highway ke? Mengikut fakta memang tak boleh, dan aku tahu pun walaupun jalannya line putus2...dan moto dia bukan moto cikai ok!

Please jgn jd penakut n tk beradap mcm mak bpk awk...maaf sbb trpaksa ckp mcm ni tp itu adalah hakikat 1819 31/12/2012

aku: cop! okay, sapa yang baca ni yang suka mak bapak di babitkan di sini, angkat hidung??? okeh, ni darah jantan aku dah menggelegak. Dah la baru balik kerja. pening kepala tak hilang. Ada meeting segala bagai. Aku elok nak balas, tanya en sihat walafiat atau tak, aku baca mesej terakhir aku dah mati niat. Niat datang dulu ok! Terus hilang nak angkat call dia atau segala bagai yang dia buat!

Okay, mula2 aku dapat cool lagi bila waktu tengah buat report die mesej cakap lembab macam penyu. Penyu tu! hebatnya membahasakan diri orang lain sebegitu. 'Sopan' sungguh budaya orang malaysia ni sebenarnya!!

Dan of cos  lembab macam penyu kalau kau buat report pun dah makan masa aku sejam setengah, tambah aku punya lagi sejam sebab tenet lembab kat balai polis tu, itu pun aku dah tolong taipkan lagi dah tu.

Memang lembab macam penyu kalau aku kena tunggu kereta tarik amek kete hantar dari tempt kejadian ke balai polis gombak dan lepas tu menuju ke balai polis trafik!

Memang lembab macam penyu kalau nak pergi balai, jalan sesak macam ada menteri kawin di sepanjang jalan.

Agak2 en tahu ke tak situasi yg aku alami? of cos tak, sebab sibuk memaki hamun parent orang lain dari fikir hikmah berlaku pada encik!

Saya doakan semoga keluarga en semua sihat sentiasa dan dikurniakan segala kebaikan daripada Allah. Saya dah tak mampu kawal temper saya lagi dah kalau en berkeras memaki hamun ibu bapa saya lagi. Tapi sebab ibu bapa saya terlalu cool dengan manusia seperti en la, saya berjaya kawal temper saya.

Dan tak tahu la, sama ada saya sorang yg nampak kenapa Allah turunkan ujian ni pada en dan saya dan bukan pada orang lain...berdasarkan dari perangai en yang kurang sopan pada orang yang lebih tua, en boleh marah2 dan maki tak tentu pasal, saya tahu en adalah antara orang yg terpilih utk mendapat ujian ini seperti saya...dan ternyata, en gagal. Saya still mampu mendoakan yang terbaik utk keluarga saya dan en sekeluarga. Dan saya juga cuba utk memperbaiki diri sendiri...insya Allah...

sekian...



Hpely sume ok. Be carefully k.. Ujian tu , Allah syg - suka dengar ayat ni dari sahabat. saya rasa dia sweet n cute



Thursday, December 27, 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod


Kowt ade rezeki kan... ;)
merasa la ipod wlaupun xpernah gune...
nak buat sape2 yang nak jOin


2012 - The memories of nobody

Yup, aku tahu agak awal nak pengakhiran tahun 2012. walaupun masih tinggal kurang dari 4 hari sahaja akan beralih ke tahun 2013. Tahun yang membuatkan umur aku masuk 23 dan beralih ke satu dimensi yang berbeza daripada dahulu. 

Dari saat mata kita mampu melihat dunia, di iqamatkan oleh ayahanda dan beralih ke dimensi yang mampu memberi orang lain tersenyum melihat kelahiran kita. Dan kini sudah hampir masuk ke angka 24, berubah ke satu alam yang baru. Mungkin bagi sesetengah orang dirinya tidak mahu berubah, namun ketahuilah sejauh mana tidak mahu itu berlaku, tubuh badan, pemikiran dan tanggungjawab akan tetap ada dan bertambah. 


list kenangan yang berlaku yg hanya diungkapkan menjadi gambar untuk simpanan. walaupun sedikit dari apa yang tak terkira *sebab lupa bawak camera, hp dan sebagainya*, namun Allah masih benarkan kita menikmatinya. Harap tahun 2013 aku akan menjadi yang lebih baik lagi. 

Suka duka pahit dan manis yang di alami, dihentam di sentap di tolak tambah ke tepi dan segala bagai menjadikan siapa diri kita hari ini. Dan terima kasih kepada mereka yang mengenali diri dan mengajar erti merasa kehidupan walaupun bagi aku tak berapa manis sepanjang belajar. mungkin Allah sengaja nak buat kita berjumpa dengan orang yang salah dahulu baru jumpa yang sebetulnya. 
dengan harapan kita tidak akan lupa pada-Nya. 

Dan aku amat berterima kasih pada kawan-kawan Suksis dan rakan sebilik sepanjang 4 tahun perkenalan. You all the best in this 4 year hang out together. Hope the Yo always in memory. 


Wednesday, December 26, 2012

WW#14


Wednesday, December 12, 2012

Bulan ke lima

Hokeh, dah nak masuk bulan ke lima aku bekerja. So far alhamdulillah, no traffic jam, never late to go to work, less fuel, less time on road, and gain weight. GAIN WIGHT?! warghhh, ni yang tak boleh bla. So far aku dah cuba mengurangkan pemakanan dalam kehidupan seharian dengan mengantikan Shake F1 Herbalife for my breakfast only. But why i am still gaining some weight? definitely not good at all.

Mana taknya jah, ko melantak makan tengah hari macam petang karang ko akan ada perlawanan final bola jaring macam zaman sekolah dulu.

You are wrong girl! Kau mana boleh sama kan zaman sekolah kau dulu dengan zaman sekarang ni. La ni, kau drive kete, xsampai 10 minit dah terpacak depan opis. tu pun kira kau dah slow seslow2nyerlah kan pasai nak jimat minyak punyer pasal. kalau boleh nak bawak 30km/h. Time rehat je sejam plak die kasi. Memang no time to meronggeng sana sini la. Lagi2 kedai makan kat seberang opis je. Jalan tak sampai 20 langkah dah duduk balik, makan! Pusing-pusing orang yang sama makan sekali. Orang dari AZRB nuh. owh, makan plak tu nasi asyik ponuh memanjang lahai. Mano tak naik borat eh. 

Then balik opis duduk balik, ngadap pc. And so, the food you eat did not have time to turn it into energy last2 tukar jadi lomak berketul2. Nak membesar kat perut plak tu. dah nampak cam orang ngandung pon ado. *boooo, tipu besar!* 

Ok so far tak ada lah nampak aku ni besar. Syukur aku di lahirkan dari baka tinggi lampai. Jadi berat takat 2 kilo naik tu xberapa nak nampak. Tapi macam mana dengan lepas ni?? Petang takat makan kuih je ok la kot. tapi takkan hari-hari nak makan kuih je? nak kena ambil hati family gak makan nasi depan diorang. Nanti diorang ingt aku boikot nasi kat umah plak. Lauk memanjang meliurkan je. 

Makan nasi with shake adalah sama sekali tidak di galakkan woo. Shake tu pengganti nasi. Tahu couch aku makan due2 skali mau aku kena ragging sama dia. So pagi jela aku telan dan so far, sembelit tarak, senggugut pun tarak. Energy mengagumkan. Belum lagi aku tido dalam opis kerana terlalu bosan yang kadang-kadang ada keja dan kadang kala tak ada lansung. sebab tak ramai orang kat PDP ni. So pagi siap keje, petang kau dah boleh sorok2 tengok movie! dan masih boleh bertahan sampai kul 12 bangun kul 6. Dan rajin telan air 2liter sehari. Tu pun ibu dah bising ajak pie joging kat tasik perdana tiap-tiap hari sabtu. Aku plak niat nak berEye Mo je kat sne kan2... 



P/s: mungkin lepas ni aku try pie keje naik basikal pulak kan? 

WW#13


walaupun dah hampir ke pertengahan buLan, but it still nOt too late. 
Welcome december/safar...May our journey full of barakkah...
and selamat bercuti. Teringat zaman sekolah dulu. Cuti merupakan kita melakukan aktiviti luar sekolah..hoyesssza 

Wednesday, December 5, 2012

WW#12

Negara semakin maju. Mungkin sudah sampai masanya kita belajar untuk berjimat, mengitar semula dan membeli bila perlu sahaja kan? 
Jadilah pengguna yang bijak. 

Sunday, December 2, 2012

I Love You, Stupid!

Wah, baca tajuk macam gempak je kan? ni sebenarnya tajuk novel yang sedang meletup di pasaran yang menyebabkan orang yang kuat berimaginasi, seperti aku, sememangnya akan menjadi gila sebentar dengan jalan cerita macam ini. Lebih-lebih lagi, nama watak dalam novel ini sama pula dengan novel rekaan aku yang aku rasa tidak akan di pasarkan sampai bila2 kerana memiliki 18SXXXXL umum yang tidak terlalu melampaui batas. Itu yang menyebabkan aku menyambar novel ini tanpa berfikir panjang.

Tepat jam 10 malam 12 oktober 2012, bertemankan si dia mengambil angin malam di Expoconvo UMP, sambil menghabiskan sisa-sisa sebagai seorang pelajar universiti malaysia Pahang, aku teruja bila melihat deretan kedai yang penuh dengan novel. Aku yang lebih kepada adventure daripada cintan cintun, tertarik sebaik sahaja melihat muka depan novel ni. Teruja sungguh u ollss. Siap ada gari lagi. Aumm!

Selak malam tu, terbaca pula Kor Suksis, lagi menyebabkan aku semakin teruja! Mana taknya, jarang hendak mendapat cerita yang menceritakan kisah lawak jenaka mengenai suksis dan polis ni. Selalu kami akan simpan untuk kami2 saja. Bila tahu cerita ni ada kaitan dengan badan beruniform, lagi kuat imaginasi aku bermain-main di kepala. Owh, abang pedas....wallah! Make my world go around!

Jeng jeng jeng. Buku hampir setebal 1400 pages ini telah berjaya aku habiskan dan cuba untuk tidak di habiskan secepat yang mungkin. 


(NOVEL TERBARU) I Love You Stupid - Melur Jelita

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya
berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”

“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Judul : I Love You, Stupid
Penulis : melur Jelita
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM39
Sabah/Sarawak : RM42








Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...