.:allahu:.

Tuesday, January 1, 2013

Pengalaman pertama di tahun Baru!

Selamat tahun baru 2013, 19 Safar 1434H....walaupun tak segah seperti menyambut Awal muharam sebab tempat aku tahun ini agak sunyi sepi. Bunga api pun tak berapa nak dengar. Mungkin dah tak nampak orang jual bunga api di kawasan berdekatan. setakat layan movie Karate Kid di tv3, atau tukar channel ke AXN utk tonton Terminator Salvation sekejap. Jadi, selepas itu, aku mampu tidur dengan amannya dan tenang setelah apa yang berlaku di ambang tahun 2012....

first day bekerja di tahun baru, menaiki bus dari Gombak ke tempat kerja. Mula2 ingat dah biasa dah. Namun air yang tenang tak semestinya tiada buaya. Pagi2 aku kena isi dulu TnG di kawasan berhampiran. gara-gara terlupa baki dalam kad berapa. Beratur agak panjang juga la. Tak sangka boleh tahan orang beratur di awal pagi untuk top up sahaja. Selalu tengok kat train je orang berhimpit2.

situasi kedua, alhamdulillah, lepas je topup, bus biasa naik masih ada dan betul2 baru nak gerak. NAk naik je, kad TnG plak buat hal. 'sila cuba sekali lagi' mesin TnG tu sebut beberapa kali menyebabkan aku berpinar seketika. Beberapa kali percubaan akhirnya berjaya, yeay!

Situasi ketiga pula, tekan loceng di tempat yang tak sepatutnya. Hai la, dah bus stop yang ada di situ dekat antara satu sama lain. mana la aku nak tahu ada bus stop terasing kat situ. Aku cuma tekan bila rasa dah dekat je.  Tidak aku pun tak tahu ada bus stop di situ. Selalu ada orang tekan. Hari ni aku kena tekan sendiri jadi agak tak berapa nak sedar. keadaan sekeliling. Tapi terima kasih akak rapid sebab tanya saya di mana saya nak turun sambil dengar dia bebel gak lepas tu. mungkin tengok saya yang terkial2 kerana dah berkurun lama tak menaiki bus. 
Situasi keempat, bos sorang pun tak ada. Yeay! ngular la...apa lagi...hehehe



No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...