.:allahu:.

Sunday, January 13, 2013

Stress!

Stress. hampir kesemua orang tahu stress tu apa. Bukan nama kawan, dan juga bukan benda yang selalu ada di sekeliling kita...Bagi aku, orang yang tak pernah alami stress adalah bukan orang yang normal. Atau dia adalah robot. Tapi robot pun tahu stress gak. Bila di beri kerja sehingga ke maximum, robot pun boleh rosak atay hilang functionnya. Sedangkan nak kecapi sesuatu pun perlukan rasa mengingin yang mendalam. Cara stress adalah bergantung pada sesuatu peristiwa yang dialami oleh seseorang.

contoh macam aku. Time belajar tak stress lansung sebab ada kawan2 yang sudi mengajar dan membantu orang yang susah nak faham macam aku ni. Contoh orang yang tahan mengajar aku adalah Ain Ithnin, Natrah dan Zu. Time di matrik pun sama. Min, Umai, Ieka, aklima, dll member chinese (lupa plak namanya sebab dah lama tak contact) adalah mereka2 yang suka mengajar aku yg jenis tak reti bahasa. Mungkin ada member yang lain yang aku tak beberapa nak ingat sebab mereka yang aku sebutkan ini adalah mereka yang sebilik dan sekelas dengan aku.

Kadang2 yang jadi stress sendiri adalah orang yang mengajar aku sendiri. Tapi apakan daya. hehe..terima kasih kepada mereka gak yang kuat hentam aku sehingga Alhamdulillah, aku berjaya lepasi stage itu. Itu pun belum dikira stress lagi.

Aku mula merasa stress bila orang yang kita percaya dan sayang tiba2 hentam tak tentu pasal. Time tu aku rasa stress gila. Contoh bila kami2 di panggil secara rasmi untuk teman orang lain buat bbq, tak semena-mena, aku pun terkena tempias orang yang sedang mendendami orang yang mengajak aku berpesta bbq. Tang tu memang aku stress gila2. Sampai dengan member yang ajak aku tu pun aku jadi bengang gak. Padahal pucuk pangkalnya orang tu punya niat yang mulakan segalanya. Alih2 aku yang terkena. MEmang stress tahap gaban la.


Mungkin untuk orang seperti aku bab kawan ni bagi aku agak sensitip sikit. Terutama sifat nak melindungi itu mendalam. Biasalah, anak pertama. Kalau ikut research Dato' Dr Fazilah Kamsah pun beliau mention perkara yang sama. Jadi dari segi itu aku akan merasa stress. Termasuk la berkaitan dengan family. Cuba la sentuh, siap orang tu aku letak nama dia kat patung vodooo buat sumpahan. *poyo!*
Tak pun letak nama dia dalam list Death Note aku! 

Bila dah masuk dunia pekerjaan, benda yang membuat aku stress adalah bila aku tak ada benda nak dibuat sedangkan orang sekeliling aku bz yang teramat. Mungkin ni sebagai pertukaran kepada pemikiran aku yang sudah senang lenang pergi ke pejabat, tak perlu susah2 sewa rumah seperti member yang lain, hanya perlu fokus pada di pejabat sahaja. Jadi bila kerja kurang, aku akan jadi sangat stress dan mula lah nak menaip seperti sekarang. 




P/S: sumpahan itu hanya suka2 buat peminat anime yang addicted macam aku ni...lOl

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...