.:allahu:.

Tuesday, January 8, 2013

Tanda Allah sayang

Okay, aku curi waktu kerja jap. Betul la orang kata, apa yang Allah nak tunjukkan semuanya ada hikmah. Allah tahu segala pencaturan yang dibuat-Nya untuk kita. Kita sendiri sama ada hendak mengikut atau lebih kepada buat tak tahu. Tahu tapi tak nak buat.

Dan aku lah kategori orang yang buat tak tahu itu. Contohnya ada orang minta sedekah. Aku tahu sedekah itu mulia. dapat pahala. Nak hulur kan pun. tiba2 makhluk Allah bernama Syaitan laknatullah ni pula membisik, 'entah2 dia tu menyamar jadi pengemis. entah2 sebenarnya dia kaya raya.' Terus membatutkan niat aku nak bersedekah.

Terfikir nak lakukan perbuatan yang sama dengan sumbangan melalui bank. Tiba2 terdetik pula, aku nak makan nanti guna duit apa. Dahhh cancel nak derma. Last2 sampai ke sudah tak derma2.

Dan bila mana sesuatu musibah menimpa kita, bermakna Allah tahu kita mampu mengatasinya. Cuma dengan cara bagaimana hendak mengatasi.

Contohnya, bila macam ni dah berlaku, kita akan slow2 berkorban masa tido. Dulu bangun2 kul 7, subuh pun subuh gajah. tiap kali alarm je snooze kan. Selagi belum kul 7 jangan bangun! Apa taknya, Allah dah beri rezeki kepada kita utk dimudahkan. JAdi Allah tak berkenan dengan Subuh Gajah aku tu, dia turunkan musibah dengan membuatkan aku kena menaiki transport awam. dan of cos, kena bangun awal kerana waktu bus adalah tidak menentu. Dan dengan keadaan kesesakan di hadapan pejabat lagi. Jadi aku kena awalkan. Maka, subuh aku menjadi awal. Yeay untuk diri sendiri. Tahniah kerana berjaya mengatasinya.

Dan alhamdulillah, masuk bulan 12 tahun lepas, sudah hampir ke angka 5 bulan aku berkhidmat di dalam dunia perkerjaan yang semakin lama semakin bertambah tugasannya. Nampak tak di situ? Kita yang dulu terasa nak tukar kerja kerana terlalu bosan sebab xde keje, Allah sudah turunkan apa yang kita perlukan.

Dan of cos, aku tak nak aku sorang saja yang sedar dan ingin berubah. Kalau boleh nak ajak satu keluarga berubah. Dulu niat surau gila jauh. malas nak solat jemaah. Sekarang ni Allah dah beri kesempatan kpd kita untuk dapat yang dekat, siap belakang rumah lagi, pun still, salah seorang daripada kami payah gila babun nak melangkah. Setakat pie semyang jemaah ja pun. Tu pun payah. Bukan kena start kete, cari parking, pergi awal. Ni cuma tunggu azan, dah boleh gerak ke surau. Tu pun payah....Sebab apa? sebab tak dilatih. Tapi masih belum terlambat untuk di latih. cuma kita ja yang tak nak. Bila dugaan kena, mula nak hot tampered. Lepas tu cakap aku tak guna, aku tak boleh pakai, aku dah besarkan kau, bodoh la, susah nak buat la, sikit2 nak terasa la, sikit2 nak merajuk la, itu la, ini la, hentak kaki la, skit2 nak tuduh kurang ajar la, melawan la, hentak barang sana sini...borak macam biasa pun dah kata menghina la. Padahal ayat biasa guna seharian. last2, smpai kesudah, kita lupa kerana siapa kita bernafas.

Yang peliknya, bukan aku je yang kata, pakar motivasi yng selalu kitorang dengar kat corong2 radio pun ada kata, waktu terbaik untuk bersama keluarga adalah di meja makan atau selepas balik dari kerja. Tu bukan aku yang cakap. Pakar motivasi yang cakap. So, aku pun nak jadi la anak yang mulia dengan duduk lepak sekali kat luar. Siap tolong2 la apa yang patut sebagai seorang anak. Elok plak aku cakap benda yang bagi aku biasa sangat. 'Sanggup tuuuuuu tunggu cite loading tanpa buka tv.' Ayat biasa sangat yg aku keluar. 

Gara2 cerita indon yang ntah hape2, aku di tuduh menghina. Sampai xbuleh nak ambil tahu lansung hal semua orang. warghhhhhhhhhhhhhh, aku dok sorang ke dok dalam satu keluarga ni?????? Sampai aku di label jangan masuk campur urusan aku. Warghhhhhhhhhhhhh, bila anak balas balik jangan masuk campur hal dia, nanti ada la bibik2 dramatic dalam cerita indon. Sejibik kowtttttt..'Aku ya yg mmbesarkan kau. begini ya kau balas sama aku.' contoh dlam drama indon.

Tapi aku masih waras. Aku tak pernah terfikir sampai ke tahap tu lansung. Tapi bila orang yang paling rapat cakap macam tu, aku rasa macam kena bom! Rasa macam aku salah gilaaaaaaaa, dan of cos aku akan merajuk, dan blah begitu sahaja. Itu of cos la  boleh di kategori agak kurang ajar. daripada aku buat muka masam tak puas hati, baek aku blah, tenangkan diri. Tapi siapa yang mulakan dulu? 

hai la, aku ni kalau bengang je, marah je, mula la menitik-nitik satu2. Bukan xboleh kena tegur. Tpi tegur sebab sebelah pihak je. pihak aku, siapa nak dengar? Pakwe? kawan? sahabat? dan of cos, yang kena maki hamun, si dia tempat tadah telinga sampai merah padam telinga dia.

renung2 kan lah. Berfikir dahulu sebelum berkata2. Kadang2 aku menjawab gak. Tapi jawapan aku ada makna. bukan melawan membuta tuli. dan aku takkan ambil tahu dah lepas ni apa yang berlaku! Serius! Aku dah tak nak dengar benda2 yang menyakitkan lagi. Sebab aku disuruh jangan masuk campur! Kerana cerita indon...bahana bila Allah dilupakan~~~~

Sekian.....

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...