.:allahu:.

Tuesday, February 5, 2013

Duit oh duit~~

haip, wah, rasa tak sabarnya nak tahun baru cina. Bukan sebab nak sambut, sebabnya itulah aku rasa nikmat bercuti untuk seketika. Dan semestinya aku kena penuhkan masa dengan menghabiskan jahitan. =.=

Masuk tahun ni sudah hampir bulan ke 6 aku bekerja. Dan semakin lama bekerja, semakin banyak yang aku belajar. Dulu mula2 plan, dah kerja dekat ngan umah boleh la simpan semaksimum yang mungkin. Yelah, gaji pun alhamdulillah ok. Bukan okay tanda beriban2, tapi tanda bersyukur sebab ada.

Dah masuk kerja, ingat nak simpan cepat2 supaya sebab kaya. Bila fikir2 balik bukan senang nak hidup berdikari. dan aku memang tabik la siapa2 yang kerja jauh dari family ni. Kena bayar duit sewa, siapa yang ada kereta sendiri, bukan kereta pinjam2, dah boleh bayar sendiri, ada insuran bayar lagi, pinjam ptptn bayar sendiri. Belum konsider makan minum lagi. Kalau bagi yang kuat berfesyen yang mesti haruslah up to date, nak beli baju lagi. Aku buat masa ni, dari mula kerja, baru sekali ja beli baju siap. selebihnya, semua kain pasang, kena jahit sendiri. Hohoho...~~~~ dan bakinya, pinjam2 adik punya. Nasib baik la ada adik. Boleh pinjam2. Ada juga yang menggunakan duit kerana hobi. Contoh ramai kawan2 yang minat dengan photography dan jadikan ia sebagai kerjaya sampingan.

Kadang2 rasa cemburu tu ada juga pada kawan2. Boleh up to date gambar pie jalan2 sana sini. lagipun masa aku berada di pejabat amat lama. Hampir 10 jam sehari. Jadi, adalah lebih baik bagi aku duduk di rumah dan melayan cerita2, movies dan sebagainya. Bagi aku stay at home adalah jimat. Tak payah keluar duit minyak. Haa, kan dah keluar pemikiran nak smpan duit tu. Automatik dalam kepala akan berkira2 berapa nak guna. Ni pun baru hari ahad aku isi, dah tinggal 3 bar. Itu pun sebb aku ke Kota Damansara untuk berjalan2 punya pasal.

Mungkin awal2 akan rasa begitu kerana kita masih belum ada perancangan yang teratur. Bila tengok duit dah ada dalam bank, cepat2 terbayang2 apa yang kena selesaikan dahulu. Baki itu barulah aku yang punya. Itupun kadang2 ada, kadang2 tiada dan kadang2 cukup2 untuk makan sahaja. Belum lagi aku buat online banking. Mau hari2 keluar duit beli barang on9 je kowt. Yelah, semua dah di hujung jari dengan nafsu yang sukar dibendung.

So, bila dah stay dengan keluarga, pemantauan luas itu ada. Kita akan nampak macam mana keluarga kita uruskan wang keluar masuk. Rumah macam mana, duit makan setiap minggu, bayar hutang, kad kredit. Itu semua bukan semua orang boleh belajar sendiri dan tahu uruskan sendiri. Kadang2 yg jauh2 tu kena tanya rakan sekerja macam mana nak uruskan kewangan. Ada juga yang membeli majalah2 berkenaan pengurusan duit dan sebagainya. Itu semua bergantung kepada diri sendiri.

Kebaikan aku masih tak menggunaka on9 banking adalah kerana aku akan ambil tahu ke mana harus di tuju. Di mana boleh membuat pembayaran, ke mana pejabat utama, betapa terasa payahnya hendak mencari parking, kenapa perlu bayar, berapa banyak yang perlu dikeluarkan. So semua urusan akan membuatkan aku keluar dan tidak terperuk di dalam ofis sahaja. Dan aku suka. Itulah cara aku berjalan2.

Jadi bagi aku belum ada gunanya lagi aku untuk membuat on9 banking. Mcam nak beli handset. Orang kata aku gaji riban2, tapi handset still handset cikai. Sorry la, no bb, no S3, no Tab, no iphone. Semua tu aku simpan dahulu. Aku lebih suka tengok wang aku bercambah di dalam bank daripada sampah2 yang merupakan nafsu/kehendak kita bersepah2 dalam rumah. Bukan keperluan.


No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...