.:allahu:.

Monday, February 25, 2013

Kemerdekaan yang terhutang.

Sedap tajuknya. Entah siapa punya tajuk tak berapa nak perasan. Sebab benda ni dah lama. Dah setahun lebih dah. HoHo...Al kisahnya, semalam sampai surat dari Gambang. Suspen gak bila dinda kata ada bungkusan siap kena sign bagai. Aku yang baru pulang dari opis ni pun dengan selamba sambil menonton phines and ferb membukanya. 

Dan dengan slow motionnya membuka. Intai2 kowt ada duit ke. Tengok ada semacam surat ke ape dalam tu. Dalam kepala terfikir macam sijil. Kalau sijil hampeh. Tengok sampul tu dah macam  belacan. Hai la, macam tak ikhlas je kan. Hehe...Takpun membalas dendam sebab xpie perasmian 2011 hari tu. PErasmian apa? Mestila perasmian Hari kemerdekaan. Mana taknya, berlansung waktu cuti pertengahan semester. Memang tak akan la nak hadir. Dah sedap lepaking di rumah. ;P

Buka2 memang sah sijil. Sijil tu nanti la di tangkap/scan gambarnya kerana sedang mengalami proses baik pulih yang hebat. Entah la leh scan ke x lagi. hehe...Di dalamnya lagi siap di beri senaskah buku. Tengok di belakang harga nya dalam RM20. Wah kena mintak komisen ni sebab karya dibukukan. Padahal xde niat lansung nak join. Nampak ja email dalam ecom student sempena kemerdekaan terus taip dan hantar. Sama saja kisah macam di sekolah dulu. 

Ada sekali tu aku dok bosan2 study dalam kelas, ada nampak seorang member ni dok kecoh2 dalam kelas. Siap tayang cerpen yang dia  Sekali dia kata dia nak join pertandingan cerpen. Tarikh tutupnya lusa kalau tak silap. Aku pun tak berapa nak ambil kisah. Jadi aku pun just menaip ikut sedap rasa. Last2 tak sangka boleh menang tempat pertama. Haa, rasa itulah bakat aku kowt.






Tadaaa, buku yang baru sampai semalam. Dinda bangga je dia kata dia tolong sign. Hahahaha~~~




No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...