.:allahu:.

Thursday, July 18, 2013

Bulan ini bulan Julai...


Minggu yang mendamaikan. Dok belek-belek facebuk, yang penuh ilmiah, yang bukan ilmiah aku cuba elak, cerita tentang retis, aku tak mahu campoq, aku teringat sesuatu. Owh, dah bulan tujuh rupanya. Lagi 12 hari akan masuknya tahun baru, bertambah satu lagi tahun kelahiran buat jasad milik Allah yang ada di muka bumi serba tak sempurna ini.

Maka dengan niat yang berkobar-kobar an, ku hidekan tarikh keramat itu dari pandangan mortal-mortal ini. Dan telah mencapai satu kejayaan di mana aku berjaya menutup mata pihak dunia tentang kehadiran aku yang sebenar-benarnya.

Bulan puasa. Bulan yang bagi aku penuh nikmat dan keredhaan. Dalam diam aku bersyukur. Kita ni bukan siapa-siapa di dalam dunia sementara ini kecuali mereka yang sentiasa alpa. Bermakna Allah sedang sedarkan aku yang selalu leka, selalu hanya ingin bersuka ria, bercanda sehingga hilang pertimbangan.

Tiada apa yang hendak dibanggakan melainkan memiliki Allah, rasul, keluarga di hati...
Selamat bernafas semula....wahai makhluk yang bernama manusia.

sumber gOogLe

tulus ikhlas,
Deeb


...............................................................................................
Okay tamat kisah serius. Yang aku nak kongsikan sebenarnya, lagi beberapa dua minggu akan genap setahun secara rasmi aku bekerja di salah sebuah company swasta. Elok tak eloknya, teguh tak teguhnya aku stay di sini. Orang lain entah berapa kali tukar kerja. macam tukar baju. Selalu dengar orang tukar makwe macam tukar baju. Tak tersangka bila dah masuk alam pekerjaan boleh bertukar pula istilah tu. ada pula alasanya bosan terlampau. ermm, bab itu aku tak tahu nak comment apanya.

Kadang-kadang niat kita melakukan sesuatu tu untuk apa. Adakah kerana ingin berseronok semata-mata ataupun kerana sebab tertentu. Ada pula kerana cepat bosan. Kalau dalam situasi aku ni, aku akui, memang kadang kala kita akan cepat merasa bosan. Buat benda sama selama setahun. Kadang kala ada juga usaha cari tempat baru. namun masih belum ada rezeki. Masih belum ada panggilan. masih belum cukup pengalaman. Ada pula yang cepat je diterima. Pagi ni hantar, petang karang dah kena panggil masuk kerja.

Setiap apa yang Allah beri kepada setiap manusia adalah berbeza. Yang penting kita sudah usaha. Yang lain hanya terserah kepada yang Maha Esa.

Hari ni dah masuk hari ke 10 Ramadhan. Alhamdulillah. Lepas sudah satu pertiga Ramadhan. Walaupun cuba memulun habis mencari keredhaan daripada-Nya. Dengan bermacam-macam dugaan yang menimpa. Namun, hanya dengan senyuman yang mampu diluahkan.

Baru-baru ni, ayahanda bawa pulang seekor kucing jantan. Mungkin dah masuk empat bulan melihat dari tubuhnya yang agak besar. Ceritanya dia sedang duduk bersembang dengan member dia. Tiba-tiba kucing ni melompat naek atas meja. ajak masuk dalam kereta dia pun ikut. apalagi, sangkut la sampai la ni tak berengang. Sampai si Katik memendam rasa yang menebal dalam diri seakan-akan perang dingin lagaknya.
Hari pertama aku hidu bauan kucing yang diberi nama Chumi tu. Ada bau shampoo sikit. semacam ada pemiliknya. Tapi jumpa di tepi jalan. Jadi kira situasi halal saja kan.

Sampai sekarang dah masuk hari kedua, mereka akan berkejaran sampai terlanggar kotak, kerusi, kaki dan segala macam mak nenek yang tak pernah berkemas di rumah tu.

Katik masuk bilik, si Chumi mengekor masuk gak. Katik keluar, Chumi pun keluar. Tengah hari semalam kecoh Chumi hilang. Ayahanda bilang Chumi mengekor Katik jalan-jalan. Katik jumpa marca, suruh Chumi pulang sendiri dan dia pun tersesat. Petang tu aku balik, buat bunyian sikit, tup-tup muncul. Alhamdulillah. Dan sampai sekarang dok berkejaran balik. Time makan je semua baik-baik belaka.


Selamat menyambut Ramdhan Kareem. Lewat sikit tapi masih dalam bulan Ramadhan. Ada yang baru nak mula puasa. Ada yang dah semangat puasa tiba-tiba batal pula. Batal pula lagi sepuluh minit nak berbuka. Batal sebab yang tidak dibenarkan. Tak apa. Dapat pahala free-free. 



No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...