.:allahu:.

Wednesday, September 11, 2013

As salamu'alaikum shbt tersyg. Pengalaman kendalikan kursus di Bintulu (Selasa) & di UTeM, Melaka (semalam) mengajar saya:

1. Pohonlah apa saja daripada Allah & Allah akan perkenankan apa yg kita PERLU, YG BAIK UTK KITA & YG KITA LAYAK DPT. 

me: jangan berhenti berdoa, jangan sombong dengan Allah. Walaupun benda sekecil zarah, berdoa kepada Allah. 

2. Org bahagia mungkin tak senyum, tapi org yg senyum (walaupun senyum terpaksa) in sya Allah akan bahagia.

me: senyum je walaupun kena marah dengan boss 

3. Org yg pergi kerja tanpa pasang niat-- hujung bln dpt gaji & hjg thn dpt bonus, tapi tak dpt pahala! Allah beri ganjaran berdasarkan niat! Justeru, pasanglah seberapa byk niat yg baik setiap hari sblm pergi kerja

me: kalau fikir hari ni nak buat yang terbaik tu kira niat tak? 

4. Bukan senang utk yakin, tapi bila kita yakin byk kerja jadi senang! 

me: yakin walaupun salah. Sekurang-kurangnya nanti kita mampu terima kesalahan kita...ye ke??
5. Utk jadi pekerja atau bos yg hebat, kena jadi ORG YG BAIK dulu!

me: sedang cuba belajar banyak benda dalam satu masa. YEAH! 
6. Ramai org sangka mereka bersyukur, tapi bila di kaji ciri2 org bersyukur, ternyata kebanyakan kita belum bersyukur kpd Allah. Bila kita bersyukur, Allah akan tambah ni'mat kpd kita, & bsiapa yg tak bersyukur, Allah akan beri siksaan yg pedih!

me: . . . . . . . . . . 

7. Masalah yg kita hadapi sekarang, berpunca drp hati tak murni, fikiran negatif & amalan yg tak betul. Justeru mari murnikan hati, positifkan minda & perbaiki setiap amalan agar selesai semua masalah satu persatu.
me: sedang mencuba membahagiakan keluarga dan orang sekeliling. Xmo harung mereka sekali tuk sama-sama rasa kesusahan kita...

8. Bacalah Doa Memulakan Tugas & Doa Akhir Tugas setiap hari agar Allah berkati segala usha kita. Doa tu ada di fanpage saya ni.
9. Bertawakkallah kpd Allah agar dapat kekuatan luar biasa & bantuan Allah yg berterusan. Moga Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

Petikan di ambil daripada facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah




No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...