.:allahu:.

Tuesday, October 1, 2013

Bila Aku Marah





Ahad - tenang. masing-masing semacam pakat balik kampung ke apa entah la. La ni musim orang pakat berkahwin dah start. Memang penuh jemputan. Tapi yg comfirm banyak sah2 la member abah ngan bonda. member aku semua pakat nak pie yang jauh2. Ada la kalau roommate time u dulu boleh la nak pie kalau jauh. Kalau satu U, satu course, kenal, tak dan la nak pie. yang banyak semua belah timur sana. Mau tak dan nak pie la. Kirim doa mampu la. Semoga korang sampai ke Jannah hendaknya. *senyum*

Aih, tak perabih cakap pasal ahad. Nak cerita ahad lepas dok la dapat mesej dari cik abang ajak pie jumpa pak teh dia yang baru lepas operate jantung baru-baru ni di PPUM SJ sana. Apa salahnya keluar melawat.

Dok bersiap lepas pie JJ. Tinggalkan orang rumah berdua-duan sementara dok pie keluar.

Panaskan enjin Ouji yang baru 2 hari tak gerak-gerak. Sesekali mata jeling rumah orang bujang kat sebelah.

Aih, sempat lagi. Kowt ada rezeki bereye mo. Pffff!

Tengok kereta pun jadi la kan. Hari2 dunia penuh dengan gosip. Tekan butang log in, berduyun gosip keluar. Tapi tekan juga butang view. Hampeh.

Lepas dah pastikan enjin suam-suam kuku. Minyak bar tinggal tiga. Pasu bunga parking diletakkan di tempat yang sepatutnya, gear terus di tukar dan minyak di tekan. Berderum Ouji memecah keheningan tengah hari. Kawasan perumahan sunyi. Bak kata awal ayat, ramai dok pakat balik kampung ataupun pie kenduri kawin.

'Awak waktu melawat sampai jam 3 je.' Mata mula mengerling pada meter kereta. Mampir ke nombor 2.10 petang. Menjeling seat belakang. Pastikan buahan yang dibeli di bawa.

'Ok. otw. Jalan jem sikit.' Jari telunjuk kiri menekan punat radio. Keluar tulisan reading pada screen radio. Bergema lagu In the End by Linkin Park yang tiba-tiba bersuara.

Hati tersenyum puas. Owh lupa. Doa naik kenderaan. Hmm. Subhanallazi...

'Jem kat mana?' Bunyi mesej masuk. Tangan kiri laju menekan punat open.

'Kat pekeliling. Jap lagi sampai.'

'Saya tunggu kat site ye.' Dahi mula berkerut. Boleh bercantum kening kiri dan kanan. Kata cuti. NAk buat apa di site? Mood bertukar. Sesekali melaung kuat lagu Somewhere I belong. Tingkap di buka luas. Volume naik ke angka 21. Puas.

'Dah sampai.' Hanya mesej pendek di beri.

Selang tiga minit yang di rasakan bagaikan sepuluh minit itu, kelibat yang di tunggu muncul.

"Hai." Lock pintu di buka. Mata sesekali menjeling ke arah jalan utama. Takut lori simen masuk time tu. Lelah nak cari parking di kawasan tinggi tu.

"Busuk doh!" hanya itu yang terungkap. Cermin tingkap laju di tekan ke bawah. Pfff! Serius seriau. Agenda yang paling ditakuti berlaku juga.

"Mana ada. Wangi tau." Alasan di beri lagi. Hanya keluhan yang keluar. Tangan kiri memulas semakin laju volume radio. Terasa gegendang speaker pintu hadapan bergegar kuat.

Malas hendak ambil tahu. Malas hendak rajin mengupdate. Malas. Lebih baik jaga diri sendiri, jaga keluarga daripada jaga orang yang belum tentu jadi sebahagian daripada kita.

Kaki menekan kuat minyak. Berderum kereta dengan kelajuan 100km/h di Lebuh raya Persekutuan. Suara GPS tidak di ambil peduli. Orang buta jalan je yang tak ambil peduli apa yang berlaku sekeliling. Dah tahu nak pie, buat la research dulu. Dem!

Tangan laju menukar gear.

"Federal Highway jem tau." Mata menjeling.

"Orang bengap pun tahu." Hanya itu yang terungkap. Entah kenapa terlalu bengang. dia lansung tak ada rasa bersalah. Sesekali nafas dihembus dalam. Ahh, sesak nafas dibuatnya. Bahu Dunhill menusuk-nusuk hingga ke pangkal jantung. PEdih menahan hulu ati dengan bau yang kurang enak. LEbih teruk dari bau bangkai.

Sesekali jari mengetuk stering kereta.

"Tak payah ralit sangat tengok smart phone kau tu. Tengok sign board nak masuk mana. Dah dekat dah ni." Menyampah. Itu saja yang terpendam.

Dari jauh sign board ke PPUM jelas, terang dan nyata berada di hadapan.

"Weh, tutup benda alah tu boleh tak? Dah ada depan pintu masuk nak GPS apanya lagi. Bising tahu tak."

"Ingatkan dah tutup."


Krik..krik..krik...

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...