.:allahu:.

Monday, October 7, 2013

True Story #27

Sekarang dok senang lenang. Bos semua pakat pie seminar. Bos pergi seminar. Aku?! Ni depan screen dok sambil dengar lagu 60 an. Pfffttt...

Jam dikerling. Mampir ke 1236. Kejap lagi nak ke KLFC. Terasa nak makan mewah hari ni padahal duit dah habis. Gaji yang baru hendak merasa suam-suam kuku masuk dalam akaun sudah kosong. Yang tinggal untuk pergi ke Perlis hujung minggu ni bersama rakan seperjuangan sewaktu di universiti.

Itu pun tak pasti. Cukup atau tidak untuk survive sampai gaji bulan ni masuk. Duh!!

Tadi en abang telefon. Sejak habis belajar ni, kerap panggil si dia abang. Bukan practice. Tetapi hormat. Kerana dia berkehendakkan kita untuk menikahi, bukan sekadar membiarkan diri tergantung tanpa ada niat untuk menikahi. Dan haruslah aku menjaga diri agar tiba masanya, di tuntut kepada yang hak.

Berborak sakan. Hampir tiga hari tak mendengar khabar. Sibuk katanya. Mencari rezeki untuk dia datang kepadaku bila tiba masanya dengan izin yang Maha Esa.

Hati mula menggamit, berdebar mendengar suara yang selalu mengalpakan diri. Astagfirullah. Ampunkan hambamu ini Ya Rahman.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam." Terasa dia seakan-akan tersenyum mendengar jawapan di balas.

"Buat apa?"

   "Tak ada buat apa-apa" separuh berbisik. Gentar suara tak buat apa-apa didengari bos.

"Bos ada ke?"

"Tak ada." Dia gelak kecil. Suka benar mendengar suaranya.

"dah makan?"

"Tak makan pun. Nak tidur ni."

"Owh, dah kurus pun tak makan."

"Baru tadi makan roti canai. Kul 10 tadi."

"Owh, baru la sangat. Dengan mengasap kan?" dia diam. Petanda benar. "BEtul tak?"

"Aah." Diri sendiri yang terdiam mendengar pengakuan jujur daripadanya.

"Tak apalah. Lepas ni senang skit. awak nak makan, saya cuma perlu hidupkan rokok. awak dah kenyang. Ala-ala candle night dinner tau." Dia diam.

"Saya masak untuk yang lapar je. Awak makan rokok pun dah kenyang kan? Senang hidup. Mahal tu lunch awak. RM12." Dia diam.

"Eh penat yer. Walaupun semalam balik awal. Pie la tidur nuh. Nanti lapar leh telan rokok lagi."




No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...