.:allahu:.

Wednesday, October 16, 2013

True Story #28

Bila bukak2 tenet walaupun kerja berlambak, dan start cari rumah untuk di jadikan pelaburan membuatkan diri sendiri terfikir, dah besarkah aku untuk melakukannya? Nak kata belum, umur dah nak masuk suku abad. Jadi boleh di katakan sudah dewasa.

Sudah matangkah aku untuk memiliki sesuatu yang pastinya selepas ini perlukan tanggungjawab dan commitment yang besar untuk menggalasnya?

Bagaimana dengan perkahwinan? Hati dah dup dap dup dap bila dalam kepala persoal pasal kahwin sedangkan pie kursus kahwin pun tak pernah jejak laie, apatah lagi nak rancang itu, nak rancang ini. Tapi dalam kepala nombor nak minta hantaran sudah berbilang-bilang. apakah itu petandanya yang kita sudah WAJIB kahwin??

Bila seorang demi seorang kawan yang pernah kita kenal dulu sudah melangkah bertapak-tapak di hadapan kita, kita mula rasa hendak turut sama ikut jejak mereka. Sedangkan kita masih dalam kawasan di mana Allah belum lagi membenarkan perkara itu. Macam mana nak tahu? Istikharah...

Melangkah lagi. tangan laju menekan-nekan butang rumah yang terpapar. Sesekali geleng kepala. Apa yang aku cuba lakukan sebenarnya? Hendak hidup mewah segera? Hendak cepat membantu ibu bapa agar mereka lebih senang tak perlu bersusah-susah? atau hendak memuaskan kehendak sendiri sedangkan tiada lansung terniat lagi apa yang dikehendakinya.

Tengok orang melakukan haji baru2 ni, baru terdetik dalam hati, kenapa aku masih tiada di sana lagi? Kerana belum cukup duit atau kerana aku belum bersedia? Atau kerana niat apa untuk aku ke sana? Dalam kepala sudah terawang-awang. Kalau aku pergi, apa yang perlu aku lakukan?

Bila sendiri sudah ada tanggungjawab, baru terfikir, owh, saya perlu laksanakan korban tahun ini. Dan, ia sudah pun berlalu...

Hari Ahad baru tiba dari utara. Roommate tahun empat UMP dah naek ke jinjang pelamin juga dengan orang se-negeri. Roommate yg kami anggap adik padahal lahir lgi awal daripada kami. Mungkin kerana fizikalnya yang lebih kecil daripada kami yang ada yg chubby, tinggi dan besar.

Mungkin kerana dia lebih matang daripada kami yang masih lagi menggedik 'mencuci mata' tengok hero hansome dah macam panas punggung, atau masih belum serius dan ingin berseronok bersama-sama. Atau masih lagi bila membaca novel kemudian terawang-awang seketika dan kemudian berangan bagaikan tak hingat dunia? Atau masih dalam pencarian?

Aku? Masih menunggu...

4 tahun, 7 bulan...

Kerana masanya itu masih belum sesuai...walaupun ia kian suntuk, semakin lama semakin pendek...

Selagi mana aku masih percaya yang Allah itu Tuhanku, Penciptaku, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan jangan sesekali kita alpa dengan dunia yang sedang melanda.


No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...