.:allahu:.

Thursday, October 17, 2013

True Story #29

hari ini, GMT +8, termenung di luar tingkap tengok kereta bagaikan semut, merapat antara satu sama lain menghala ke pusat bandar. Semalam last minit bos suruh pie meeting kat KeTTHA Sri Kembangan. Kenapa tak buat kat Putrajaya?? Duh!

gerak macam biasa. Sebab dah memang hari-hari keluar awal. So bajet boleh sampai sebelum meeting bermula pada jam 9 pagi. Lepas pastikan kereta full tank sebab tengok dah tinggal dua bar dan tak berani cari pasal takut jem di Lebuhraya Tun Razak, dan membeli roti untuk alas perut kereta pun bergerak.

Mata mengeling ke arah meter kereta. Jam dah hampir ke angka 822 dan kereta masih lagi di hadapan opis. Apa kes?! Terus buat u turn dan menuju ke opis. Tanda tidak selesa pada usus besar membuatkan hal paling utama terbantut. Panggilan alam lebih penting dari segala hal dunia buat sementara waktu ini.

Selesai berhajat, terus jalan clear. Apa lagi, pecut semahunya menuju ke sri kembangan. Jam sudah mula merangkak ke angka 9. Habis aku!

Masuk simpang tertulis sri kembangan. Entah kenapa kepala tiong hari ini, nak elak tol punya pasal, salah masuk jalan. Terpaksa buat U trun berdekatan bangunan ASTRO.

Pejam celik, jam menuju ke angka 923. Berdiri di hadapan pintu bilik meeting. Darah dah berderau. Dengan kepala berdenyut, hidung berair, di gagahi juga masuk ke dalam.

Sekali masuk, ada la dalam 24 orang semanya termasuk Dato'.... Ermm, apa nama beliau??? Ok tak dapat di kenal pasti. Masuk meeting besar dan dengan tak tahu apa yang diorang nak story. Layan je....

Semalam isi borang SSP (Inps Sukarelawan Simpanan PDRM) dalam SSO. Sambil2 tu cek juga kowt2 ada sama sepanjang perjalanan lebih daripada hadlaju. Dan alhamdulillah, tak ada. Yeay!

Tak tahu kenapa terdetik nak isi. Minat? Suka? cinta? Sayang? Nak jadi CSI? Nak jadi Conan? Nak jadi Shelock Holmes? Atau nak jadi manusia, homosapien yg Allah ciptakan lengkapnya diri dengan kuasa-Nya?

Terdiam seketika...

Kenapa ya?

riak? Bangga? Nak cuba nasib? Bangga sebab ada sijil SSP yang orang biasa tak ada? Nak berkhidmat kepada negara? Nak banteras jenayah cara sendiri menggunakan undang-undang?

Terdiam lagi...

Untuk apa sebenarnya kita hidup? Kembali kepada fitrah...



No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...