.:allahu:.

Tuesday, October 22, 2013

True Story #30

Cinta. Cinta itu subjektif. Kalau tidak di layan, berasa rugi. kalau di layan, boleh menyesatkan. Dan jika letaknya pada paksi yang salah, maka hancurlah jiwa dan raga. kalau tidak di layan, maka rugilah kita kerana cinta itu bukan hanya kepada manusia, malah kepada apa yang ada di sekeliling kita. Cuma jenis cinta itu terletak pada individu yang berbeza persekitaran bergantung kepada apa yang ada di sekitarnya.

Mata mencelik, akal berfikir, hati mentafsir. Dan boleh jadi, mata mentafsir, hati berfikir dan akal mencelik. Yang mana satu kebolehan diri hanya empunya yang tahu. semuanya Allah yang jadikan.

Baru2 ni banyak betul undangan kahwin. Musim orang nak berkahwin gamaknya. Agaknya orang dulu-dulu pun macam ni. Umur gini dah ramai yang kahwin. Kalau yang kahwin lambat tu, mungkin Allah belum sampaikan masanya yang sesuai kepada mereka.

Ada yg member kamceng sekolah menengah dulu. Dok sama2 lepak library. Tup2 kaki masuk ja matrikulasi, dengarnya dia dah kahwin. Mulanya frust la juga. Tak ada angin, tak ada banjir, air laut pun tengok normal je, dahhh kahwin. Mungkin jodohnya dah sampai. Dan aku, dalam diam bersyukur. tengok sekarang dah ada anak dua dah pun.

Masuk alam u...wallah, lagi dasyat. Ada yang dah kahwin. Betul la. Dari diploma kemudian sambung degree. Memang la ada yang dah kahwin. Tak payah nak culture shock sangat la. Dan tak pelik pun bila sudah tamat belajar tahun lepas, terus ada yang dah kahwin. La ni pun ada juga member sekelas, se-course, se-bilik, sepermainan, se-SUKSIS yang dah kahwin. Dan ada pula yang tengah mengandung. Cute!

Jealous??

A little bit.

Why?

Maybe because I'm human and Allah create me with heart, with feeling.

Is it good or bad?

For me it is good. Memastikan diri ini sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan menanti apa yang Dia sediakan untuk kita walaupun bukan sekarang tetapi mungkin sekejap lagi, esok atau bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Just bertenang dan tarik nafas. Bukan senang hendak mencari dan di cari. Sudah berjumpa bukan senang untuk kekal dan di kekalkan. Sudah kekal, bukan senang hendak terusan mengekalkan. Kadang-kadang Allah nak duga kita. Kita ni jenis yang bagaimana. Bila terjumpa dengan ciptaan-Nya, bagaimana diri kita.

Tiba-tiba, lagu Teratai Layu di tasik madu sedang di dendangkan...motif??

after married. Seriously, it is wonderful. 
But seriously, I'm not married yet...duh!

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...