.:allahu:.

Monday, January 14, 2013

Autodesk 2012

yOshaa, post hari ni bukan sebab nak kata stress tak ada keje. Bos macam faham2 je kehendak hati kuku kaki ni nak kerje. Dia kasi kerja yang menimbun sekali gus membuatkan aku teramat la gaynya. Yay!

Tengok tajuk macam suspen je kan. Macam nak ajar gune autoCAD. No la, ni kes sebab excited dah lama tak guna autocad. Rasa-rasa gatal dan yang berkarat2 dalam kepala otak ni mula terhakis dengan tengok autocad2 ni. Wehee!

First tengok pun aku dah gamam. Baru install tahun 2012 punyer, belum pilih yang 2013. Aku saja pilih yang not to latest sebab yang 2009 pun aku tak khatam lagi. Then baru aku tahu siap ade student version lagi. free from charge. No need to spend 40k to by the software where you can simply register and get the serial number and siap! Aku je yang tak tahu. Punya la kampungnyer. Kes tak pernah bukak webpage dia kan. Nak yang advance saja. Owh, nak install free, please look at this website Student Autodesk.




 Tiga gambar di atas adalah time die sedang sibuk menginstall. Aku yang tunggu ni jadi x busan kerana excited nak tnggu gambar apa yang akan muncul. Last2 tiga ni je yang dia tunjuk. 



Lukisan pertama aku setelah berjaya menginstall AutoCAD student version. Terang benderang tulis atas tu. Tapi bos kata suro gune untuk sementara sebab nak beli kena keluar 30K, so aku dikorbankan untuk kegunaan aku sahaja... 

P/S: Gay means happy.  


Sunday, January 13, 2013

Stress!

Stress. hampir kesemua orang tahu stress tu apa. Bukan nama kawan, dan juga bukan benda yang selalu ada di sekeliling kita...Bagi aku, orang yang tak pernah alami stress adalah bukan orang yang normal. Atau dia adalah robot. Tapi robot pun tahu stress gak. Bila di beri kerja sehingga ke maximum, robot pun boleh rosak atay hilang functionnya. Sedangkan nak kecapi sesuatu pun perlukan rasa mengingin yang mendalam. Cara stress adalah bergantung pada sesuatu peristiwa yang dialami oleh seseorang.

contoh macam aku. Time belajar tak stress lansung sebab ada kawan2 yang sudi mengajar dan membantu orang yang susah nak faham macam aku ni. Contoh orang yang tahan mengajar aku adalah Ain Ithnin, Natrah dan Zu. Time di matrik pun sama. Min, Umai, Ieka, aklima, dll member chinese (lupa plak namanya sebab dah lama tak contact) adalah mereka2 yang suka mengajar aku yg jenis tak reti bahasa. Mungkin ada member yang lain yang aku tak beberapa nak ingat sebab mereka yang aku sebutkan ini adalah mereka yang sebilik dan sekelas dengan aku.

Kadang2 yang jadi stress sendiri adalah orang yang mengajar aku sendiri. Tapi apakan daya. hehe..terima kasih kepada mereka gak yang kuat hentam aku sehingga Alhamdulillah, aku berjaya lepasi stage itu. Itu pun belum dikira stress lagi.

Aku mula merasa stress bila orang yang kita percaya dan sayang tiba2 hentam tak tentu pasal. Time tu aku rasa stress gila. Contoh bila kami2 di panggil secara rasmi untuk teman orang lain buat bbq, tak semena-mena, aku pun terkena tempias orang yang sedang mendendami orang yang mengajak aku berpesta bbq. Tang tu memang aku stress gila2. Sampai dengan member yang ajak aku tu pun aku jadi bengang gak. Padahal pucuk pangkalnya orang tu punya niat yang mulakan segalanya. Alih2 aku yang terkena. MEmang stress tahap gaban la.


Mungkin untuk orang seperti aku bab kawan ni bagi aku agak sensitip sikit. Terutama sifat nak melindungi itu mendalam. Biasalah, anak pertama. Kalau ikut research Dato' Dr Fazilah Kamsah pun beliau mention perkara yang sama. Jadi dari segi itu aku akan merasa stress. Termasuk la berkaitan dengan family. Cuba la sentuh, siap orang tu aku letak nama dia kat patung vodooo buat sumpahan. *poyo!*
Tak pun letak nama dia dalam list Death Note aku! 

Bila dah masuk dunia pekerjaan, benda yang membuat aku stress adalah bila aku tak ada benda nak dibuat sedangkan orang sekeliling aku bz yang teramat. Mungkin ni sebagai pertukaran kepada pemikiran aku yang sudah senang lenang pergi ke pejabat, tak perlu susah2 sewa rumah seperti member yang lain, hanya perlu fokus pada di pejabat sahaja. Jadi bila kerja kurang, aku akan jadi sangat stress dan mula lah nak menaip seperti sekarang. 




P/S: sumpahan itu hanya suka2 buat peminat anime yang addicted macam aku ni...lOl

Wednesday, January 9, 2013

Lotih ngadap software~~~

rasa best plak update blog sambil2 dengar alunan bungi gerudi kat tingkat bawah, lepas tu bunyi orang nak pecahkan dinding. Tak masuk lagi dengan gegearan tahap melampaunya. Dengarnya company yang aku keje sekarang nak renovate bawah nak pagi pekerja baru masuk. Dengarnya la kan. Betul ke idok tak tahu la. TAkutnya dia angkut mereke2 yg bekerja di site kerja dalam opis.

HAri ni nak story betapa tensionnya aku bermain dengan GIS software ni. Nak suro buat macam2, tapi aku hanya dapat yang basic learn sahaja. Huuu~~~ Merana gak nak explain...Tak ada maknanya nak kata aku ni hebat. Takat masukkan, edit, dan save. DONE!

Ada beberapa kali la jugak, dok sibuk kusyuk masyuk buat keje, sekali not responding. Aku boleh terima lagi. Tunggu la kejap sebab leh curi2 on9...muahahahaha...Tapi bila dah keluar error, memang bala! Erkk, dah la tak tersafe sebab dok mengedit. Agak down la juga semangat aku tang2 tu gak. Rasa nak campak pc depan ni baling dari tngkat 3. Tak pun suro orang yg buat renovation kat bawah ni, gerudi sampai ok. Pada waktu tu je lah kan.

Tapi apa2 hal pun, setiap kerja yang dilakukan hendaklah bermula dengan bismillah, dan berakhir dengan alhamdulillah walaupun dalam keadaan tensionnn...Harap dapat naek pangkat n naik gaji lepas ni....aminnnnnn...niat nak senangkan family...insya allah... ;)

Tuesday, January 8, 2013

Tanda Allah sayang

Okay, aku curi waktu kerja jap. Betul la orang kata, apa yang Allah nak tunjukkan semuanya ada hikmah. Allah tahu segala pencaturan yang dibuat-Nya untuk kita. Kita sendiri sama ada hendak mengikut atau lebih kepada buat tak tahu. Tahu tapi tak nak buat.

Dan aku lah kategori orang yang buat tak tahu itu. Contohnya ada orang minta sedekah. Aku tahu sedekah itu mulia. dapat pahala. Nak hulur kan pun. tiba2 makhluk Allah bernama Syaitan laknatullah ni pula membisik, 'entah2 dia tu menyamar jadi pengemis. entah2 sebenarnya dia kaya raya.' Terus membatutkan niat aku nak bersedekah.

Terfikir nak lakukan perbuatan yang sama dengan sumbangan melalui bank. Tiba2 terdetik pula, aku nak makan nanti guna duit apa. Dahhh cancel nak derma. Last2 sampai ke sudah tak derma2.

Dan bila mana sesuatu musibah menimpa kita, bermakna Allah tahu kita mampu mengatasinya. Cuma dengan cara bagaimana hendak mengatasi.

Contohnya, bila macam ni dah berlaku, kita akan slow2 berkorban masa tido. Dulu bangun2 kul 7, subuh pun subuh gajah. tiap kali alarm je snooze kan. Selagi belum kul 7 jangan bangun! Apa taknya, Allah dah beri rezeki kepada kita utk dimudahkan. JAdi Allah tak berkenan dengan Subuh Gajah aku tu, dia turunkan musibah dengan membuatkan aku kena menaiki transport awam. dan of cos, kena bangun awal kerana waktu bus adalah tidak menentu. Dan dengan keadaan kesesakan di hadapan pejabat lagi. Jadi aku kena awalkan. Maka, subuh aku menjadi awal. Yeay untuk diri sendiri. Tahniah kerana berjaya mengatasinya.

Dan alhamdulillah, masuk bulan 12 tahun lepas, sudah hampir ke angka 5 bulan aku berkhidmat di dalam dunia perkerjaan yang semakin lama semakin bertambah tugasannya. Nampak tak di situ? Kita yang dulu terasa nak tukar kerja kerana terlalu bosan sebab xde keje, Allah sudah turunkan apa yang kita perlukan.

Dan of cos, aku tak nak aku sorang saja yang sedar dan ingin berubah. Kalau boleh nak ajak satu keluarga berubah. Dulu niat surau gila jauh. malas nak solat jemaah. Sekarang ni Allah dah beri kesempatan kpd kita untuk dapat yang dekat, siap belakang rumah lagi, pun still, salah seorang daripada kami payah gila babun nak melangkah. Setakat pie semyang jemaah ja pun. Tu pun payah. Bukan kena start kete, cari parking, pergi awal. Ni cuma tunggu azan, dah boleh gerak ke surau. Tu pun payah....Sebab apa? sebab tak dilatih. Tapi masih belum terlambat untuk di latih. cuma kita ja yang tak nak. Bila dugaan kena, mula nak hot tampered. Lepas tu cakap aku tak guna, aku tak boleh pakai, aku dah besarkan kau, bodoh la, susah nak buat la, sikit2 nak terasa la, sikit2 nak merajuk la, itu la, ini la, hentak kaki la, skit2 nak tuduh kurang ajar la, melawan la, hentak barang sana sini...borak macam biasa pun dah kata menghina la. Padahal ayat biasa guna seharian. last2, smpai kesudah, kita lupa kerana siapa kita bernafas.

Yang peliknya, bukan aku je yang kata, pakar motivasi yng selalu kitorang dengar kat corong2 radio pun ada kata, waktu terbaik untuk bersama keluarga adalah di meja makan atau selepas balik dari kerja. Tu bukan aku yang cakap. Pakar motivasi yang cakap. So, aku pun nak jadi la anak yang mulia dengan duduk lepak sekali kat luar. Siap tolong2 la apa yang patut sebagai seorang anak. Elok plak aku cakap benda yang bagi aku biasa sangat. 'Sanggup tuuuuuu tunggu cite loading tanpa buka tv.' Ayat biasa sangat yg aku keluar. 

Gara2 cerita indon yang ntah hape2, aku di tuduh menghina. Sampai xbuleh nak ambil tahu lansung hal semua orang. warghhhhhhhhhhhhhh, aku dok sorang ke dok dalam satu keluarga ni?????? Sampai aku di label jangan masuk campur urusan aku. Warghhhhhhhhhhhhh, bila anak balas balik jangan masuk campur hal dia, nanti ada la bibik2 dramatic dalam cerita indon. Sejibik kowtttttt..'Aku ya yg mmbesarkan kau. begini ya kau balas sama aku.' contoh dlam drama indon.

Tapi aku masih waras. Aku tak pernah terfikir sampai ke tahap tu lansung. Tapi bila orang yang paling rapat cakap macam tu, aku rasa macam kena bom! Rasa macam aku salah gilaaaaaaaa, dan of cos aku akan merajuk, dan blah begitu sahaja. Itu of cos la  boleh di kategori agak kurang ajar. daripada aku buat muka masam tak puas hati, baek aku blah, tenangkan diri. Tapi siapa yang mulakan dulu? 

hai la, aku ni kalau bengang je, marah je, mula la menitik-nitik satu2. Bukan xboleh kena tegur. Tpi tegur sebab sebelah pihak je. pihak aku, siapa nak dengar? Pakwe? kawan? sahabat? dan of cos, yang kena maki hamun, si dia tempat tadah telinga sampai merah padam telinga dia.

renung2 kan lah. Berfikir dahulu sebelum berkata2. Kadang2 aku menjawab gak. Tapi jawapan aku ada makna. bukan melawan membuta tuli. dan aku takkan ambil tahu dah lepas ni apa yang berlaku! Serius! Aku dah tak nak dengar benda2 yang menyakitkan lagi. Sebab aku disuruh jangan masuk campur! Kerana cerita indon...bahana bila Allah dilupakan~~~~

Sekian.....

Kerana cerita indon diri terasa dihina.

Post kali ni menunjukkan betapa berangnya aku. Dok sedap mengurut, aku sedang perhatikan cerita indon di tonton yang sedang bz meng'loading'

'Sanggup tuuuuuu tunggu cite loading tanpa buka tv.'

iyolah, mana taknya, orang nogori ni kan darahnya nak panas jewww. cakap perkara yang di rasa menghina adalah perkara biasa malah sebenarnya adalah lawak jenaka.

'suka hati aku lah. ada aku ganggu sesiapa? tak kan? tak payah nak masuk campur hal aku!'

wah, jawapan memang terbaik la. Aku niat punyer la mulia sebab nak bagi tahu betapa kusyuknya beliau menonton cerita indon tanpa missssssss satu pun episode. Setiap malam tonton. Kalau aku jangan harap la. NAk habiskan 30 episode cerita korea pun aku boleh skip ke ending. Ni nak2 250 yang setiap satunya sejam. Anime aku boleh terima lagi. setiap 25 minit. Itupun kalau the latest keluar, seminggu sekali.

wahhh, ayat aku di tafsir sebagai ayat menghina. MEmang silap la. Dan memang aku merajuk la. Wow, libatkan makcik plak! melampau. Jangan lupa. Kita ikut perangai siapa dahulu! siapa yang mengajar kita bersikap demikian. Cek semula mana silapnya kita dari mula.

Aku bukan simply2 nak merajuk la derrrr! tak hingin aku. Tapi bila ayat aku ditafsir sebagai 'menghina' beliau. wah! itu sudah melampau. Aku menghina. Diri aku ni lagi teruk di hina tak sedarkah? memang orang kata orang tua cakap maen2 jewwww. Ye, tak ada aku nak simpan lama2. Tapi bila aku bercakap dengan niat lansung tak ada perkataa 'menghina' dan dtafsir sebagai menghina, siapa tak berang babe!

Memang silap la kalau kata ayat yang aku sampaikan sebagai 'menghina aku'. siapa yang ajar? sila ingat kembali siapa yang mulakan. Jangan asyik tahu salahkan orang lain je dahulu. Aku tak pernah jauh dan tak pernah di jauhi. aku melihat apa yang berlaku di depan. Dan kalau terlepas itu adalah kerana siapa yang mulakan dulu. JAngan nak maen tuduh mebuta tuli.

Masyarakat ni hidupnya maen lepas cakap saja tanpa berfikir. TErutama bila yang terdekat. Bila tegur mula la nak panas hati je, bangkang sana sini. Aku malas nak bertekak hal kecik camni. Boleh hilang mood. Sampai skang, dok lagi mengungkit sedangkan yang mulanya adalah siapa. Siap kata kalau lah aku..kalau lah aku gini gini gini, kalau lah aku, mcam ni macam ni....Siapa yang nak tadah telinga sila la pie dekat2. Aku tak nak dengar babe. Serius. PArt ayat aku dikatakan menghina macam ayat yang aku bagi tu bersalah sangat2 la pulakkan.... Memang aku takkan tadah telinga dengar aku di hina. Kalau nasihat aku boleh terima lagi.

memang orang kata jangan ambil hati sangat la. Orang lama. Sepatutnya orang lama yg bersabar lebih. Ni ayat aku yang biasa ni di kata menghina dan tetiba melenting. siapa tak terasa derr! Dan bila aku merajuk, aku pulak yang kena. Hai la. Sapa yang sanggup tadah telinga pada benda yang kita tak buat? hidup ni memang tak lama. bila2 masa ja Dia boleh ambil. Dan aku harap Dia ambil nyawa aku dulu dari orang lain.

Hai la ya allah, sampai bila aku boleh hidup dalam agungnya agamaMu. Kadang2 aku jeles lihat family lain. Tahu semua tentang agama. Surau dah dekat. NAk langkah terasa la jauh berbatu2. Dulu tak ada surau, Surau jauh boleh la terima. nI bila dah dekat, siap boleh dengar azan berkumandang setiap masuknya waktu pun masih tak mampu melangkah. kadang2 aku malu bila baca post kawan aku berkenaan agama. Aku jarang buat apa yang mereka buat.  takkan perlu kehilangan baru ketemuan? kalau boleh aku nak memperbaiki semua sebelum kehilangan.....



dari aku yang mencoret....


Monday, January 7, 2013

FORMULA TINGKAT TRAFFIC DI BLOG DENGAN MUDAH!!


FORMULA TINGKAT TRAFFIC DI BLOG DENGAN MUDAH.


Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

13. Igauan
14. Ad-dai'

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

P/S : Formula di atas terbukti berkesan untuk para blogger yang ingin tingkatkan traffic blog mereka..Rugi kalau tak cuba.. : )

Sunday, January 6, 2013

Tahniah en Muhamad Hafizzan!

yoshaaaa, poSt tuk kali ni adalah sempena sambutan si dia mendapat kerja di Kuala Lumpur. So it is all in my treat. Yeay! Walaupun terlewat dua bulan. Semuanya ikut kemampuan. Apa apa pun, tahniah kepada Hafizzan kerana berjaya mendapat kerja. dan of cos semua bermula dari bawah kan. Semoga carrier awak bercambah menjadi seseorang yang hebat tidak kira disisi-Nya mahupun di mata masyarakat. Aminnn... 

Ikut perkiraan kadang kala aku ni kira jahat juga. Ada ke patut bagi lelaki tension ngan kate yang bukan2

"awak, awak nak datang bulan 5 ni kan??"

Hahahaha, maa ne. Tapi aku suka sakat die dengan benda2 camtu. Suka tengok dia start malu2, tak tahu nak jawab apa, and then poof, he become a guy that so shy to talk about marriage. Hai la, comel nya awak ni rupenya. Kenapa la aku tak nampak side tu sebelum ni? Poyo tak ayat.

Jeng jeng jeng..inilah dia. Kali ni kami ke Sunway Pyramid. Tiada kenderaan tidak menghalang kami nak berjalan jauh. Kenderaan awam kan ada. Straight to the end of LRT aliran KJ, naek bus U623 straight to sunway pyramid. Jimat~~~~ Yezzzaaa! Mula-mula plan nak maen Ice skating. My favorite sports. Siap bawak gloves lagi. Tapi dia kata dia xmau maen sebab takut jatuh, jadi aku belanje dia maen archery berdekatan dengan tempat bowling. So di sana pun mula2 dia xnak maen gak. Aku pakse gak dia maen. Alasan sebab nak treat dia. 

Makan di sushi king sebgai alas perut memang berbaloi. Sebab lepas tu nak tengok wayang. Waaaa, tengok movie dengan perut penuh sememangnya terbaik. Tak perlu susah2 nak pegang popcorn dan teguk air sambil tengok wayang. Masuk2 je perut dah kenyang. 

Next, CZ12 at TGV. Ni sememangnya aku sarankan bagi sesiapa yang meminati aksi komedi. Memang the best by Jackie Chan. I love it. Tak berhenti-henti gelak. Dan bahasanya memang senang faham walaupun mereka berkata dalam bahasa cina. Mereka guna basic yang sangat mudah nak faham. 





Movie yang berbaloi tengok di pawagam walaupun tiket awal2 ni agak mahal la jugak. 
But mostly, berbaloi. 



Wednesday, January 2, 2013

Tuesday, January 1, 2013

Pengalaman pertama di tahun Baru!

Selamat tahun baru 2013, 19 Safar 1434H....walaupun tak segah seperti menyambut Awal muharam sebab tempat aku tahun ini agak sunyi sepi. Bunga api pun tak berapa nak dengar. Mungkin dah tak nampak orang jual bunga api di kawasan berdekatan. setakat layan movie Karate Kid di tv3, atau tukar channel ke AXN utk tonton Terminator Salvation sekejap. Jadi, selepas itu, aku mampu tidur dengan amannya dan tenang setelah apa yang berlaku di ambang tahun 2012....

first day bekerja di tahun baru, menaiki bus dari Gombak ke tempat kerja. Mula2 ingat dah biasa dah. Namun air yang tenang tak semestinya tiada buaya. Pagi2 aku kena isi dulu TnG di kawasan berhampiran. gara-gara terlupa baki dalam kad berapa. Beratur agak panjang juga la. Tak sangka boleh tahan orang beratur di awal pagi untuk top up sahaja. Selalu tengok kat train je orang berhimpit2.

situasi kedua, alhamdulillah, lepas je topup, bus biasa naik masih ada dan betul2 baru nak gerak. NAk naik je, kad TnG plak buat hal. 'sila cuba sekali lagi' mesin TnG tu sebut beberapa kali menyebabkan aku berpinar seketika. Beberapa kali percubaan akhirnya berjaya, yeay!

Situasi ketiga pula, tekan loceng di tempat yang tak sepatutnya. Hai la, dah bus stop yang ada di situ dekat antara satu sama lain. mana la aku nak tahu ada bus stop terasing kat situ. Aku cuma tekan bila rasa dah dekat je.  Tidak aku pun tak tahu ada bus stop di situ. Selalu ada orang tekan. Hari ni aku kena tekan sendiri jadi agak tak berapa nak sedar. keadaan sekeliling. Tapi terima kasih akak rapid sebab tanya saya di mana saya nak turun sambil dengar dia bebel gak lepas tu. mungkin tengok saya yang terkial2 kerana dah berkurun lama tak menaiki bus. 
Situasi keempat, bos sorang pun tak ada. Yeay! ngular la...apa lagi...hehehe



Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...