.:allahu:.

Monday, February 25, 2013

Kemerdekaan yang terhutang.

Sedap tajuknya. Entah siapa punya tajuk tak berapa nak perasan. Sebab benda ni dah lama. Dah setahun lebih dah. HoHo...Al kisahnya, semalam sampai surat dari Gambang. Suspen gak bila dinda kata ada bungkusan siap kena sign bagai. Aku yang baru pulang dari opis ni pun dengan selamba sambil menonton phines and ferb membukanya. 

Dan dengan slow motionnya membuka. Intai2 kowt ada duit ke. Tengok ada semacam surat ke ape dalam tu. Dalam kepala terfikir macam sijil. Kalau sijil hampeh. Tengok sampul tu dah macam  belacan. Hai la, macam tak ikhlas je kan. Hehe...Takpun membalas dendam sebab xpie perasmian 2011 hari tu. PErasmian apa? Mestila perasmian Hari kemerdekaan. Mana taknya, berlansung waktu cuti pertengahan semester. Memang tak akan la nak hadir. Dah sedap lepaking di rumah. ;P

Buka2 memang sah sijil. Sijil tu nanti la di tangkap/scan gambarnya kerana sedang mengalami proses baik pulih yang hebat. Entah la leh scan ke x lagi. hehe...Di dalamnya lagi siap di beri senaskah buku. Tengok di belakang harga nya dalam RM20. Wah kena mintak komisen ni sebab karya dibukukan. Padahal xde niat lansung nak join. Nampak ja email dalam ecom student sempena kemerdekaan terus taip dan hantar. Sama saja kisah macam di sekolah dulu. 

Ada sekali tu aku dok bosan2 study dalam kelas, ada nampak seorang member ni dok kecoh2 dalam kelas. Siap tayang cerpen yang dia  Sekali dia kata dia nak join pertandingan cerpen. Tarikh tutupnya lusa kalau tak silap. Aku pun tak berapa nak ambil kisah. Jadi aku pun just menaip ikut sedap rasa. Last2 tak sangka boleh menang tempat pertama. Haa, rasa itulah bakat aku kowt.






Tadaaa, buku yang baru sampai semalam. Dinda bangga je dia kata dia tolong sign. Hahahaha~~~




Saturday, February 23, 2013

Naik pangkat!

i am a senior consultant..yeay! Ehem2, jangan salah sangka plak dah naek pangkat kat tempat keje. Tu rasa memang lambat lagi ataupun tunggu dah tukar keje baru naek.

Okeh back to the story. Setelah setahun memakan product kesihatan ni akhirnya aku berjaya naek pangkat kalau dalam bahasa umumnya. Hehe..alhamdulillah. Pray to Allah for everything.

Thanks for my coach..walaupun bukan untuk business tapi alhamdulillah ini yang terbaik buat masa ni. Bonda adinda memang makan ni je senang. hehe...Dan memang kena dengan tekak dan perut.

yeah yeah..bangga jap coach share status aku..vah2 *kes pengaruh kak namee la ni*...senyum2 je la yer...siapa yang mahu tahu rahsia kesihatan dalam dan luar jangan la segan2 tanya saya. Vah2, makan secara sihat tanpa perlu menyusahkan diri. Memang jatuh cinta la dengan Herbalife ni....

Walaupun aku makan benda ni, benda lain still tibai, still lagi memasak, still lagi pie dapur. Jangan takut2 bila dah makan Herbalife, rasa xada life nak masak plak. Halooo! Silap okay. Inilah pengganti makanan sihat bila saban tahun, setiap bulan telan toksin tapi xreti2 nak keluar, telan lemak tapi xreti2 nak pam keluar sediri. Sedih woo bila dah habis belajar ni. Tak ada masa nak ke gym lansung *poyo jeww*. Aku hanya perlukan makanan sihat dari Herbalife saja cukup.

Malah dulu habis je suksis, boleh kata aku dah tak bersenam. Oleh itu sakit wanita ini sentiasa menganggu. Sengugut la kan. Dan so far dah telan ni, sengugut tak ada lansung. Tup2 dah.....haa, faham kan apa saya cakap. Maknanya peranakan wanita itu terpelihara dengan benda sihat. Owh ye, klu nak tahu macam mana rupa perut kita yang sebenar bila dok sua2 makanan saban hari, anda boleh cari sndiri di youtube. saya tak mahu tengok. Sebab dah tengok. *nightmare jap =.=*

Lepas ni mungkin boleh aim untuk naek pangkat lebih tinggi ke. Mana tahu ada rezeki. rezeki allah luas. Moga sentiasa dalam kesihatan yang baik.

Wednesday, February 20, 2013

WW#16


Wednesday, February 6, 2013

Burger bakar wangsa maju~~

Semalam lepaking dengan ex2 smksi. Penat tak penat, redah je. Macam2 stroy yg keluar dok lepak2 ngan diorang ni. Dan semua single lagi okay! Sebab tu masa banyak dok sama2. ;P Nak lepak dekat2 cari diorang2 ni. 


Akhirnya lepas sudah list wish si Pain untuk makan Burger Bakar Kaw Kaw di Wangsa Maju ni. Betul2 dekat ngan lrt wangsa maju. Hari tu pie malam minggu, memang penuh la. So malam tadi orang ramai baru balik kerja. Jadi space banyak kosong. Aku tak berani makan sebab petang tadi aku dah tibai 2 keping roti canai n hotdog. Dan segelas teh tarik buatan sendiri. Memang xberani la nak tibai burger bertingkat2. So jadi driver mereka2 ni ja.

Ni burger Inie. Tibai gmbar dia jadi contoh burger yang menjadi pilihan malam tadi. 
Memang syok lepak ngan diorang. Hilang segala tension. Miss them already....

Tuesday, February 5, 2013

WW#15


Duit oh duit~~

haip, wah, rasa tak sabarnya nak tahun baru cina. Bukan sebab nak sambut, sebabnya itulah aku rasa nikmat bercuti untuk seketika. Dan semestinya aku kena penuhkan masa dengan menghabiskan jahitan. =.=

Masuk tahun ni sudah hampir bulan ke 6 aku bekerja. Dan semakin lama bekerja, semakin banyak yang aku belajar. Dulu mula2 plan, dah kerja dekat ngan umah boleh la simpan semaksimum yang mungkin. Yelah, gaji pun alhamdulillah ok. Bukan okay tanda beriban2, tapi tanda bersyukur sebab ada.

Dah masuk kerja, ingat nak simpan cepat2 supaya sebab kaya. Bila fikir2 balik bukan senang nak hidup berdikari. dan aku memang tabik la siapa2 yang kerja jauh dari family ni. Kena bayar duit sewa, siapa yang ada kereta sendiri, bukan kereta pinjam2, dah boleh bayar sendiri, ada insuran bayar lagi, pinjam ptptn bayar sendiri. Belum konsider makan minum lagi. Kalau bagi yang kuat berfesyen yang mesti haruslah up to date, nak beli baju lagi. Aku buat masa ni, dari mula kerja, baru sekali ja beli baju siap. selebihnya, semua kain pasang, kena jahit sendiri. Hohoho...~~~~ dan bakinya, pinjam2 adik punya. Nasib baik la ada adik. Boleh pinjam2. Ada juga yang menggunakan duit kerana hobi. Contoh ramai kawan2 yang minat dengan photography dan jadikan ia sebagai kerjaya sampingan.

Kadang2 rasa cemburu tu ada juga pada kawan2. Boleh up to date gambar pie jalan2 sana sini. lagipun masa aku berada di pejabat amat lama. Hampir 10 jam sehari. Jadi, adalah lebih baik bagi aku duduk di rumah dan melayan cerita2, movies dan sebagainya. Bagi aku stay at home adalah jimat. Tak payah keluar duit minyak. Haa, kan dah keluar pemikiran nak smpan duit tu. Automatik dalam kepala akan berkira2 berapa nak guna. Ni pun baru hari ahad aku isi, dah tinggal 3 bar. Itu pun sebb aku ke Kota Damansara untuk berjalan2 punya pasal.

Mungkin awal2 akan rasa begitu kerana kita masih belum ada perancangan yang teratur. Bila tengok duit dah ada dalam bank, cepat2 terbayang2 apa yang kena selesaikan dahulu. Baki itu barulah aku yang punya. Itupun kadang2 ada, kadang2 tiada dan kadang2 cukup2 untuk makan sahaja. Belum lagi aku buat online banking. Mau hari2 keluar duit beli barang on9 je kowt. Yelah, semua dah di hujung jari dengan nafsu yang sukar dibendung.

So, bila dah stay dengan keluarga, pemantauan luas itu ada. Kita akan nampak macam mana keluarga kita uruskan wang keluar masuk. Rumah macam mana, duit makan setiap minggu, bayar hutang, kad kredit. Itu semua bukan semua orang boleh belajar sendiri dan tahu uruskan sendiri. Kadang2 yg jauh2 tu kena tanya rakan sekerja macam mana nak uruskan kewangan. Ada juga yang membeli majalah2 berkenaan pengurusan duit dan sebagainya. Itu semua bergantung kepada diri sendiri.

Kebaikan aku masih tak menggunaka on9 banking adalah kerana aku akan ambil tahu ke mana harus di tuju. Di mana boleh membuat pembayaran, ke mana pejabat utama, betapa terasa payahnya hendak mencari parking, kenapa perlu bayar, berapa banyak yang perlu dikeluarkan. So semua urusan akan membuatkan aku keluar dan tidak terperuk di dalam ofis sahaja. Dan aku suka. Itulah cara aku berjalan2.

Jadi bagi aku belum ada gunanya lagi aku untuk membuat on9 banking. Mcam nak beli handset. Orang kata aku gaji riban2, tapi handset still handset cikai. Sorry la, no bb, no S3, no Tab, no iphone. Semua tu aku simpan dahulu. Aku lebih suka tengok wang aku bercambah di dalam bank daripada sampah2 yang merupakan nafsu/kehendak kita bersepah2 dalam rumah. Bukan keperluan.


Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...