.:allahu:.

Sunday, March 31, 2013

29 Mac 2013

Alhamdulillah, tanggal 29 Mac 2013, genap sudah empat tahun kisah antara aku dan dia bermula. Tak sangka. walaupun utk pertama kali. Sesungguhnya Dia yang menyatukan hati aku kepadanya...Dan aku berharap agar Dia membenarkan diri aku dipermudahkan segala urusan.

Masih dalam status berepilog. Kehidupan yang baru hendak bermula. Membiarkan diri masing-masing merasai dunia sendiri. Bukan mudah untuk menginginkan sesuatu dengan senang tanpa berusaha. Hidup sememangnya baru hendak bermula. Setiap nafas penuh dengan namaMu. Menunjukkan ketaatan setia pada Yang Satu. 

Buat en abang yang sentiasa sibuk mencari rezeki, saya sentiasa tunggu awak...
Buat en abang yang sentiasa merindui, pasti Allah dan keluargamu amat merinduimu juga...
Buat en abang yang setiasa bermandi peluh sehingga terasa kenampakan tulang-tulang pada tubuh awak, akan saya cuba menjaga diri saya untuk awak...
Buat en abang yang sentiasa tidak cukup masa untuk membalas mesej, saya akan senantiasa mesej awak...
Buat en abang yang sentiasa tertidur setiap malam kerana kepenatan, benarkan hati saya yang ungkapkan selamat malam untuk awak...
Buat en abang yang sentiasa berusaha bekerja keras tanpa ada masa sedikit pun untuk diluangkan, biarlah Allah yang melindungi kamu daripada kejahatan manusia...
Semoga en abang sentiasa dirahmati. Saya akan tunggu awak selamanya....

Coretan saya hanya sekadar bermadah puitis khas untuk MHMZ. Terima kasih kerana menerima saya dan tak mahu lepaskan saya dan tak jemu-jemu layan karenah saya dan tak serik-serik dengar bebelan saya dan sentiasa tahan rajuk saya dan...dan...dan....tak henti-henti menyayangi saya.

Secerah hari pada hari ini, aku titipkan doa kepada yang Maha Esa. Semoga kehidupan awak dipermudahkan sentiasa dan diperlihara selalu oleh Yang Teragung. 

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...