.:allahu:.

Wednesday, May 1, 2013

Selamat hari Pekerja.

Selamat hari pekerja buat semua kawan2 yang first time dapat menerima secara officially. Terasa nikmat yang teramat bila dapat cuti walaupun sehari. Bila dah bekerja, rasa nak cuti, bila dah cuti, rasa nak kerja. Lumrah manusia yang tidak pernah puas.

Dan semalam juga aku mengambil kesempatan nak berjumpa dengan en abang. Alasan ada kenduri kawin. Tapi mmang ada kenduri pun. Abang member punya kenduri. Simple but gorgeous. Pengantin lelaki siap pakai tuxedo warna putih lagi dan perempuan aku tak berapa nak pasti sebab aku tengok dari jauh. Dan kawan aku tu nampak cantik dan kurus setelah pekena shake Herbalife. Tak sangka. ;) Admire sangat.

Dan semalam, sbelum pekena kenduri, aku pergi ambil dia di Damansara, dan kembali ke KL tuk kenduri. Ingat plan lepas tu nak layan Iron Man 3. Tak pasal-pasal beratur panjang pula. dah nak parking pun kena beratur. Tetapi alhamdulillah, rezeki allah permudahkan. Tup-tup dok tunggu orang nak gerak, skali ada hamba allah ni keluar dan ada parking space betul2 dekat dengan aku. Yahoo! Mucas Allah.

Dah sampai tunggu en abang, beratur nak beli Iron man. Paling awal jam 5 petang. memang tak akan la nak balik lambat pun. Paling lewat aku pernah sampai rumah adalah jam 8. itu kalau ada tiket lagi. Dibuatnya beratur tngok2 tiket habis? tak ke nanya je.

Then tak ada apa, kitorang keluar dari festival city. Banyak cuci mata dari buat apa-apa. Last2 aku gerak semula ke Damansara. Lepaking di The curve atau Ecurve atau segala tok nenek curve yang ada. banyak story dalam kereta dari luar kereta. Dan aku paling suka kalau kitorang berborak sahaja sambil kadang2 share hobby yang entah apa-apa.

Part paling kelakar bila keluar adalah cerita apa nak buat lepas kawin. Gulp! Ni kalau ayahanda baca ni mau dia panggil tok kadi sekarang juga. kui4... Setakat ini sekadar nak buat apa ja tapi tak adalah sampai 18SXXXXX++++...

Dan aku xtahu la apa yang dok kecah sangat seharian melepak dan membuang masa. Aku suka pie damansara sebab di sana aku boleh cuci mata tengok kereta. Model apa yang segak, apa yang tak. Itu pun sudah menjadi kepuasan buat aku. Dan kadang kala saja sakitkan hati en abang. Cakap mamat pakai kereta sekian2 handsome la. Dia toleh kejap lepas tu dok ngata 'saya lagi handsome'. Perasan!

Dan setiap kali ada benda best lalu, aku akan menjerit keseronokan. Terutama bab motor besau. Siap plan nak beli motor 1000cc and merempit bila balik kampung. Hal yang tak boleh menahan bila en abang kata berhenti kat R&R, sorang bukak helmet ada jambang, seorang bukak helmet pakai tudung. mesti kasi gempak itu R&R. Padahal boleh naik sama-sama. Saja plan nak berlumba sama-sama. Siap kena perli baik lagi, 'awak nak berlumba dengan saya?', sambil buat muka. Aku mencebik. Just wait and see. huh!

Siap ada conversation lagi,

en abang: habis la kalau balik je kena bebel ngan mama.
ak: kenapa pulak?
En abang: kul 5 pagi vroom3 depan rumah.
ak: hahaha..dah gerak pun kul 2-3 pagi dari KL.
En abang: dah la bawak 2 biji pulak tuh.
ak: sekali sekala balik.




Kawasaki ninja 1000 okeh gak. Dan harga pun cantekkk je. Boleh la lagi 5 tahun. 
Siap, balik kampung je mesti merempit! Sedap tu, KL-Arau. 

Sumber: puan Google

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...