.:allahu:.

Thursday, July 25, 2013

Firman - Separuh hati

Maafkalah bila cinta ini tak bisa untukmu
Meski raga ini selalu bersamamu
temani malammu bagai tabir hitam di hidupku

Reff:
Separuh hati ini bermain dalam hatimu
Meski perih tak bisa jujur padamu
Tuhan tolonglah diriku dari munafik hatiku ini
Maafkanlah aku.

Bukan maksudku mengkhianati dirimu
Meski hatimu yang tak pernah memilikimu
Biar sudah kenyataan ini
Mengalir seperti ada adanya

repeat Reff [2x]

Maafkanlah sayang


____________________________

Best gila hari ni dah hari jumaat. Bukan sebab esok dah cuti. Sebab dapat puasa pda hari jumaat. Yeah!! Owh, lirik lagu di atas adalah lagu dari OST cerita, Ilaika Yusof yang di tayangkan sepanjang Ramadhan di TV1. Lembut dan santun je buih bicara watak yusof ni. Buat aku tengok pun seronok hati. walaupun ceritanya dah boleh agak macam mana. Lain la cerita di TV3. Kalau tak tayang clubbing, tayang karaoke. Tension aku tengok. Sebab tu den pantang gilo kalau bonda den dah tersangkut dengan drama kat tv3 ni.

Semalam buang masa keluar dari opis setelah seminggu terperap tanpa bergerak ke mana. Macam ni la bila pose. Jalannya semakin berkurang. Terhad untuk rehat sejam. Mana lah nak cukup. Sebelum ramadhan, sempat la pie Giant batu caves. Pecut sepecut-pecutnya, sempat la sampai opis semula before 215. Itupun kerana meeting petang tak ada. KAlau ada, alamatnya, nasi kedai seberang jalan saja la jadi pengalas perut.

Lagi2 kalau pagi2 den melantak herbalife je, air masak pula dah nak habis, memang mengelupur la bila masuk jam 12. Memang dok pekena biskut 7-8 keping di pantri. Dah dasar perut dinasour. Tapi tak ada la rasa tension ke apa. Seronok bila time makan terasa teruja nak makan apa.

Semalam kena pie Mutiara Damansara. Kena hantar barang orang. Dah orang minta tulun, kita tulun. Last2 lepaking di IKEA. Nak balik awal malas. sampai dah kul 1. Sebelum tu pie JPS, DBKL 1 dan DBKL 3. Serik pie DBKL 3 dr DBKL 1 jalan kaki setelah kena tipu bermati2 oleh pegawai DBKL. YAkin je cakap dekat. aku yang buta jalan ni pie jalan kaki sejauh 6km. Pergi balik 12Km jalan. hampeh tak hampeh nya kena tipu.

Dah sampai ke menara KLK, kena tunggu kul 2 baru ada orang. So meronggeng la dulu dalam IKEA. Kul 3 baru gerak balik. Sampai opis, malas pula nak masuk opis, terus balik rumah. Dah tak tahan tahap gaban sakitnya kaki. Jalan pakai kasut ketat. Sandal dah putus. Tulah kan bila selalu sangat berjalan.

Malam tadi Katik tido sekali. Tido kat muka siap libas2 ekor. MAti2 aku ingat ada makhluk berbulu dok sebelah. Tido tak bagi salam. Main hempuk je atas katil, lepas tu berDENGKUR! Memang malaun sungguh.

Petang semalam pula dok tido kat kaki aku. Sedap sebab ada kipas dan kaki. Kaki panas, kipas sejuk. Hurm, memang enak sekali ko tidur kan? Baguih punya tuceng! Tuan pose, dia pun sibuk nak pose. nasib baik kau cumil.




Thursday, July 18, 2013

Bulan ini bulan Julai...


Minggu yang mendamaikan. Dok belek-belek facebuk, yang penuh ilmiah, yang bukan ilmiah aku cuba elak, cerita tentang retis, aku tak mahu campoq, aku teringat sesuatu. Owh, dah bulan tujuh rupanya. Lagi 12 hari akan masuknya tahun baru, bertambah satu lagi tahun kelahiran buat jasad milik Allah yang ada di muka bumi serba tak sempurna ini.

Maka dengan niat yang berkobar-kobar an, ku hidekan tarikh keramat itu dari pandangan mortal-mortal ini. Dan telah mencapai satu kejayaan di mana aku berjaya menutup mata pihak dunia tentang kehadiran aku yang sebenar-benarnya.

Bulan puasa. Bulan yang bagi aku penuh nikmat dan keredhaan. Dalam diam aku bersyukur. Kita ni bukan siapa-siapa di dalam dunia sementara ini kecuali mereka yang sentiasa alpa. Bermakna Allah sedang sedarkan aku yang selalu leka, selalu hanya ingin bersuka ria, bercanda sehingga hilang pertimbangan.

Tiada apa yang hendak dibanggakan melainkan memiliki Allah, rasul, keluarga di hati...
Selamat bernafas semula....wahai makhluk yang bernama manusia.

sumber gOogLe

tulus ikhlas,
Deeb


...............................................................................................
Okay tamat kisah serius. Yang aku nak kongsikan sebenarnya, lagi beberapa dua minggu akan genap setahun secara rasmi aku bekerja di salah sebuah company swasta. Elok tak eloknya, teguh tak teguhnya aku stay di sini. Orang lain entah berapa kali tukar kerja. macam tukar baju. Selalu dengar orang tukar makwe macam tukar baju. Tak tersangka bila dah masuk alam pekerjaan boleh bertukar pula istilah tu. ada pula alasanya bosan terlampau. ermm, bab itu aku tak tahu nak comment apanya.

Kadang-kadang niat kita melakukan sesuatu tu untuk apa. Adakah kerana ingin berseronok semata-mata ataupun kerana sebab tertentu. Ada pula kerana cepat bosan. Kalau dalam situasi aku ni, aku akui, memang kadang kala kita akan cepat merasa bosan. Buat benda sama selama setahun. Kadang kala ada juga usaha cari tempat baru. namun masih belum ada rezeki. Masih belum ada panggilan. masih belum cukup pengalaman. Ada pula yang cepat je diterima. Pagi ni hantar, petang karang dah kena panggil masuk kerja.

Setiap apa yang Allah beri kepada setiap manusia adalah berbeza. Yang penting kita sudah usaha. Yang lain hanya terserah kepada yang Maha Esa.

Hari ni dah masuk hari ke 10 Ramadhan. Alhamdulillah. Lepas sudah satu pertiga Ramadhan. Walaupun cuba memulun habis mencari keredhaan daripada-Nya. Dengan bermacam-macam dugaan yang menimpa. Namun, hanya dengan senyuman yang mampu diluahkan.

Baru-baru ni, ayahanda bawa pulang seekor kucing jantan. Mungkin dah masuk empat bulan melihat dari tubuhnya yang agak besar. Ceritanya dia sedang duduk bersembang dengan member dia. Tiba-tiba kucing ni melompat naek atas meja. ajak masuk dalam kereta dia pun ikut. apalagi, sangkut la sampai la ni tak berengang. Sampai si Katik memendam rasa yang menebal dalam diri seakan-akan perang dingin lagaknya.
Hari pertama aku hidu bauan kucing yang diberi nama Chumi tu. Ada bau shampoo sikit. semacam ada pemiliknya. Tapi jumpa di tepi jalan. Jadi kira situasi halal saja kan.

Sampai sekarang dah masuk hari kedua, mereka akan berkejaran sampai terlanggar kotak, kerusi, kaki dan segala macam mak nenek yang tak pernah berkemas di rumah tu.

Katik masuk bilik, si Chumi mengekor masuk gak. Katik keluar, Chumi pun keluar. Tengah hari semalam kecoh Chumi hilang. Ayahanda bilang Chumi mengekor Katik jalan-jalan. Katik jumpa marca, suruh Chumi pulang sendiri dan dia pun tersesat. Petang tu aku balik, buat bunyian sikit, tup-tup muncul. Alhamdulillah. Dan sampai sekarang dok berkejaran balik. Time makan je semua baik-baik belaka.


Selamat menyambut Ramdhan Kareem. Lewat sikit tapi masih dalam bulan Ramadhan. Ada yang baru nak mula puasa. Ada yang dah semangat puasa tiba-tiba batal pula. Batal pula lagi sepuluh minit nak berbuka. Batal sebab yang tidak dibenarkan. Tak apa. Dapat pahala free-free. 



Tuesday, July 2, 2013

Cara nak elak sihir....

Assalamualaikum w.b.t / لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Tip nak elak terkena ganguan sihir...
Amalkan sebelum tidur dan selepas bangkit dari tidur.
Jadikan wirid harian lagi bagus. Niat kerana Allah dan bertawakkal kepada-Nya sesungguh hati.

Al Quran penenang jiwa dan pengubat segala duka nestapa.
Hanya kepada Allah, kita berserah.
DIAlah pelindung kita yang mutlak, yang Terutama....

1.) Al-Fatihah ( Surah 1 : Ayat 1-7 )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ(1) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهدِنَـا 


الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ | 7

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolonganMu. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat.

2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255 ) atau dikenali sebagai ayat Kursi

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, tidak ada tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.

3.) Al-Insyirah/Al-Sharh ( Surah 94 : Ayat 1-8 )
Surah ini dibaca untuk menenangkan hati dan jiwa yang tertekan.
Segala masalah dan beban insyaALLAH akan dapat kita hadapi dengan tenang.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ | 8

Tidakkah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad). (Kini hilangkan daripadamu kerisauan, sehingga kau tenang, rela karena yakin terhadap janji Allah dan pertotongan-Nya). Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat. Yang memberati tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tentangan dari kaummu). Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahadah). Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka bersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu, berharaplah. 


Sharing from kak Melur Jelita @ Facebook
Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...