.:allahu:.

Saturday, October 26, 2013

True Stroy #31 - Aku yang dulu

Malam. Sesekali bunyi enjin kapal terbang menyinggah. Bersama-sama lagu Jump by Simple Plan. Duh! Am I this sick? sick because of people? well, if it 4 years ago, maybe i could say yes. But today? Tonight? Thank you Allah i'm still alive. Still can change a few tweet.

Minggu lepas banyak betul kejutan. KEjutan bunuh di bank dan amukan menyebabkan beberapa terbunuh. Dan semuanya berdekatan. Duh! Allah! Dunia. Dan sendiri tak terkata.

Takut?

Bohong kalau kata tak.

Mesti ada rasa. Walaupun setitik air. Sedangkan bonda hampir di ragut bulan puasa yang lepas pun masih dalam trauma. Serius, jihad nak jadi polis pertahankan negara menggunung tinggi.

Kawin. Yup. Ramai betul yang kahwin tahun ni. Dah macam marathon pun ade jugak. Dapat berita dari muka buku yang member sekelas akan berkahwin. Alhamdulillah. Kurang dosa mengumpat.

Kelakar pun ada juga. Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Kata Tegar.

Kelakar? bukan buat lawak pun.

Memang bukan lawak. Tetapi kelakar dengan hidup. Perjalanan hidup kita, pejam celiknya mata, hati dan akal kita dulu, menjadikan kita hari ini. Sama ada nak berubah atau tidak bergantung pada pandangan masyarakat.

Berubah? macam mana masyarakat yang tentukan pula?

Manusia sombong. Diri sendiri pun sombong. Bila masyarakat mula membaca gerakan kita, dan membuat kesimpulan, diri sendiri akan menilai pula betul ke itu aku?

Dulu sendiri memang kejam. Kejam dengan sesetangah orang. Orang buat pasal, memang rasa nak hentak dengan stearing lock kereta. Alhamdulillah, si dia ingat kan sendiri yang leka, alpa. Walaupun bukan secara ilimiah, tetapi ada yang sudi mendengar dan menenangkan. Hikayatnya, kalau wanita yang mendengar, pandangan mereka adalah, "Entah la. Tak tahu pada siapa nak percaya." Sebab mereka berkawan baik dengan orang tu. Dan orang tu hanya berbuat baik kepada mereka. Typical people thinking. Duh!

Bila lelaki pula, "Tak guna dia tu! " And seriously, it hit me. Like someone hit me with bat or something. Hard! Boleh koma kay!

Dan apa yang sendiri lakukan? Take me 3 years to recover. Take a lot of time to fix own self. Bila dengar cerita tak baik pasal mereka, mulut dan badan sendiri automatik mengutuk, menyebar, bercerita dan mengumpat! Seriously, the impact is hard. Lidah lebih tajam daripada mata pedang.

Dem!

Bila bersendirian merantau, mencari sahabat teramat sukar berbanding kawan. Maka teman istimewa menjadi kawan sejati. Itupun tidak sempurna. Dia tidak boleh di peluk, tidak boleh dipinjam bahu, Hanya sekadar meluah. MEnjadi telinga. Dan itu sudah cukup untuk diri sendiri perlahan-lahan berubah dan menerima tak semua manusia itu mulia dan sempurna kecuali Dia.






Lama memperbaiki diri, tahun keempat jasad bangkit dan berjuang, setelah sistem baru di perkenalkan di universiti. Dan diri sendiri mula perlahan-lahan belajar apa itu dunia sebenar berbanding zaman sekolah dahulu. Tak semua yang kita impikan atau berangan menjadi nyata.

Barakallah kawan. Harap dunia berumah tangga mengubah kamu menjadi yang lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Tidak layak diri ini meminta maaf kepada orang yg hebat macam anda. Anda ada kehebatan anda sendiri yg mungkin tidak dapat di nilai diri sendiri. Dan berharap sangat apa yang sendiri dengar dan sebarkan itu tidak benar sama sekali kerana hanya Allah yang tahu di sebalik kebenaran itu walaupun realiti teramat menakutkan. Aib. Mana tahu esok lusa Allah pula membuka pekung di dada sendiri???? Allahuakhbar!



Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.
dulu di tendang sekarang ku di sayang
dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia...





Seriously, diri sendiri yang dahulu memang jahat....#imbaszamanduludulu




Tuesday, October 22, 2013

Penglipur Lara - Hazama

PENGLIPUR LARA

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Apa nak hairan?
Zaman macam sekarang

Buah Cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak hairan?
Sama di sisi tuhan

Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual

Ikan Kekek Mak ilui ilui
Ikan Gelama Mak ilai ilai
Gaya ranggi tiada, Adui!
Apa nak hairan?
Janji cantik perangai

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak hairan?
Baik lu diam saja

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri
Lihat ke dalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri
Lupa semalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri
Lihat ke dalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri
Lupa semalam
Semalam yang hilang

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual!


Artis: Hazama
Lagu: Omar K & Mike Chan
Lirik: Zel

True Story #30

Cinta. Cinta itu subjektif. Kalau tidak di layan, berasa rugi. kalau di layan, boleh menyesatkan. Dan jika letaknya pada paksi yang salah, maka hancurlah jiwa dan raga. kalau tidak di layan, maka rugilah kita kerana cinta itu bukan hanya kepada manusia, malah kepada apa yang ada di sekeliling kita. Cuma jenis cinta itu terletak pada individu yang berbeza persekitaran bergantung kepada apa yang ada di sekitarnya.

Mata mencelik, akal berfikir, hati mentafsir. Dan boleh jadi, mata mentafsir, hati berfikir dan akal mencelik. Yang mana satu kebolehan diri hanya empunya yang tahu. semuanya Allah yang jadikan.

Baru2 ni banyak betul undangan kahwin. Musim orang nak berkahwin gamaknya. Agaknya orang dulu-dulu pun macam ni. Umur gini dah ramai yang kahwin. Kalau yang kahwin lambat tu, mungkin Allah belum sampaikan masanya yang sesuai kepada mereka.

Ada yg member kamceng sekolah menengah dulu. Dok sama2 lepak library. Tup2 kaki masuk ja matrikulasi, dengarnya dia dah kahwin. Mulanya frust la juga. Tak ada angin, tak ada banjir, air laut pun tengok normal je, dahhh kahwin. Mungkin jodohnya dah sampai. Dan aku, dalam diam bersyukur. tengok sekarang dah ada anak dua dah pun.

Masuk alam u...wallah, lagi dasyat. Ada yang dah kahwin. Betul la. Dari diploma kemudian sambung degree. Memang la ada yang dah kahwin. Tak payah nak culture shock sangat la. Dan tak pelik pun bila sudah tamat belajar tahun lepas, terus ada yang dah kahwin. La ni pun ada juga member sekelas, se-course, se-bilik, sepermainan, se-SUKSIS yang dah kahwin. Dan ada pula yang tengah mengandung. Cute!

Jealous??

A little bit.

Why?

Maybe because I'm human and Allah create me with heart, with feeling.

Is it good or bad?

For me it is good. Memastikan diri ini sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan menanti apa yang Dia sediakan untuk kita walaupun bukan sekarang tetapi mungkin sekejap lagi, esok atau bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Just bertenang dan tarik nafas. Bukan senang hendak mencari dan di cari. Sudah berjumpa bukan senang untuk kekal dan di kekalkan. Sudah kekal, bukan senang hendak terusan mengekalkan. Kadang-kadang Allah nak duga kita. Kita ni jenis yang bagaimana. Bila terjumpa dengan ciptaan-Nya, bagaimana diri kita.

Tiba-tiba, lagu Teratai Layu di tasik madu sedang di dendangkan...motif??

after married. Seriously, it is wonderful. 
But seriously, I'm not married yet...duh!

Thursday, October 17, 2013

True Story #29

hari ini, GMT +8, termenung di luar tingkap tengok kereta bagaikan semut, merapat antara satu sama lain menghala ke pusat bandar. Semalam last minit bos suruh pie meeting kat KeTTHA Sri Kembangan. Kenapa tak buat kat Putrajaya?? Duh!

gerak macam biasa. Sebab dah memang hari-hari keluar awal. So bajet boleh sampai sebelum meeting bermula pada jam 9 pagi. Lepas pastikan kereta full tank sebab tengok dah tinggal dua bar dan tak berani cari pasal takut jem di Lebuhraya Tun Razak, dan membeli roti untuk alas perut kereta pun bergerak.

Mata mengeling ke arah meter kereta. Jam dah hampir ke angka 822 dan kereta masih lagi di hadapan opis. Apa kes?! Terus buat u turn dan menuju ke opis. Tanda tidak selesa pada usus besar membuatkan hal paling utama terbantut. Panggilan alam lebih penting dari segala hal dunia buat sementara waktu ini.

Selesai berhajat, terus jalan clear. Apa lagi, pecut semahunya menuju ke sri kembangan. Jam sudah mula merangkak ke angka 9. Habis aku!

Masuk simpang tertulis sri kembangan. Entah kenapa kepala tiong hari ini, nak elak tol punya pasal, salah masuk jalan. Terpaksa buat U trun berdekatan bangunan ASTRO.

Pejam celik, jam menuju ke angka 923. Berdiri di hadapan pintu bilik meeting. Darah dah berderau. Dengan kepala berdenyut, hidung berair, di gagahi juga masuk ke dalam.

Sekali masuk, ada la dalam 24 orang semanya termasuk Dato'.... Ermm, apa nama beliau??? Ok tak dapat di kenal pasti. Masuk meeting besar dan dengan tak tahu apa yang diorang nak story. Layan je....

Semalam isi borang SSP (Inps Sukarelawan Simpanan PDRM) dalam SSO. Sambil2 tu cek juga kowt2 ada sama sepanjang perjalanan lebih daripada hadlaju. Dan alhamdulillah, tak ada. Yeay!

Tak tahu kenapa terdetik nak isi. Minat? Suka? cinta? Sayang? Nak jadi CSI? Nak jadi Conan? Nak jadi Shelock Holmes? Atau nak jadi manusia, homosapien yg Allah ciptakan lengkapnya diri dengan kuasa-Nya?

Terdiam seketika...

Kenapa ya?

riak? Bangga? Nak cuba nasib? Bangga sebab ada sijil SSP yang orang biasa tak ada? Nak berkhidmat kepada negara? Nak banteras jenayah cara sendiri menggunakan undang-undang?

Terdiam lagi...

Untuk apa sebenarnya kita hidup? Kembali kepada fitrah...



Personality Test



This is cool... L00K at the trees and choose the one that is immediately most appealing to you. I'm a 1.

Don’t think about it too long, just choose, see what hits you first, and find out what your choice says about your personality, have FUN and share your choice in the comments. Thank You 
.
.
.
.
.

The results . . .

1. You are a generous and moral (not to confuse with moralizing) person. You always work on self-improvement. You are very ambitious and have very high standards. People might think that communicating with you is difficult, but for you, it isn't easy to be who you are. You work very hard but you are not in the least selfish. You work because you want to improve the world. You have a great capacity to love people until they hurt you. But even after they do. . . you keep loving. Very few people can appreciate everything you do as well as you deserve.

2. You are a fun, honest person. You are very responsible and like taking care of others. You believe in putting in an honest day's work and accept many work-related responsibilities. You have a very good personality and people come to trust you easily. You are bright, witty and fast-thinking. You always have an interesting story to tell.

3.You are a smart and thoughtful person. You are a great thinker. Your thoughts and ideas are the most important. You like to think about your theories and views alone. You are an introvert. You get along with those who likes to think and learn. You spend a lot of time, thinking about morality. You are trying to do what is right, even if the majority of society does not agree with you.

4. You are perceptive and philosophical person. You are a unique, one soul of your kind. Next to you there's no one even slightly similar to you. You are intuitive and a bit quirky. You are often misunderstood, and it hurts you. You need personal space. Your creativity needs to be developed, it requires respect of others. You are a person who clearly sees the light and dark sides of life. You are very emotional.

5. You are self-assured and in charge. You are very independent. Your guiding principle in life is 'I'll do it my way.'. You are very self-reliant and know how to stay strong for yourself and the people you Love. You know exactly what you want and are not afraid of pursuing your dreams. The only thing you demand from people is honesty. You are strong enough to accept the truth.

6. You are kind and sensitive. People relate to you very well. You have many friends and you love helping them. You have this warm and bright aura that makes people feel good when they are around you. Every day, you think about what you can do to improve yourself. You want to be interesting, insightful and unique. More than anybody else in the world, you need to love. You are even ready to love those who don't love you back.

7. You are happy and unflappable. You are a very sensitive and understanding person. You are a great listener who know how to be non-judgmental. You believe that everybody has their own journey in life. You are open to new people and events. You are highly resistant to stress and rarely worry. Normally, you are very relaxed. You always manage to have a good time and never lose your way.

8. You are charming and energetic. You are a fun person who knows how to make people laugh. You live in a state of harmony with the universe. You are spontaneous and enthusiastic. You never say no to an adventure. Often, you end up surprising and even shocking people. But that's just how you are. . . You always remain true to yourself. You have many interests and if something proves of interest to you, you will not rest until you acquire a profound knowledge of this area.

9. You are optimistic and lucky. You believe that life is a gift and you try to achieve as much as possible and put this gift to the best use possible. You are very proud of your achievements. You are ready to stick by the people you care about through thick and thin. You have a very healthy approach to life. The glass is (at least) half full for you. You use any opportunity to forgive, learn, and grow because you believe that life is too short to do otherwise. 




If you LIKE, "Like" it and click "Share" to pass it forward!

Request to be my friend or follow me for more inspirational, weird and fun athttp://www.facebook.com/Mr.EricEdge.

Live Happy, Stay Blessed & Receive a HUGE HAPPY HUG from me to help you through your day... SQUEEEEEZE 

<>< Eric Edge ◕‿◕

Wednesday, October 16, 2013

True Story #28

Bila bukak2 tenet walaupun kerja berlambak, dan start cari rumah untuk di jadikan pelaburan membuatkan diri sendiri terfikir, dah besarkah aku untuk melakukannya? Nak kata belum, umur dah nak masuk suku abad. Jadi boleh di katakan sudah dewasa.

Sudah matangkah aku untuk memiliki sesuatu yang pastinya selepas ini perlukan tanggungjawab dan commitment yang besar untuk menggalasnya?

Bagaimana dengan perkahwinan? Hati dah dup dap dup dap bila dalam kepala persoal pasal kahwin sedangkan pie kursus kahwin pun tak pernah jejak laie, apatah lagi nak rancang itu, nak rancang ini. Tapi dalam kepala nombor nak minta hantaran sudah berbilang-bilang. apakah itu petandanya yang kita sudah WAJIB kahwin??

Bila seorang demi seorang kawan yang pernah kita kenal dulu sudah melangkah bertapak-tapak di hadapan kita, kita mula rasa hendak turut sama ikut jejak mereka. Sedangkan kita masih dalam kawasan di mana Allah belum lagi membenarkan perkara itu. Macam mana nak tahu? Istikharah...

Melangkah lagi. tangan laju menekan-nekan butang rumah yang terpapar. Sesekali geleng kepala. Apa yang aku cuba lakukan sebenarnya? Hendak hidup mewah segera? Hendak cepat membantu ibu bapa agar mereka lebih senang tak perlu bersusah-susah? atau hendak memuaskan kehendak sendiri sedangkan tiada lansung terniat lagi apa yang dikehendakinya.

Tengok orang melakukan haji baru2 ni, baru terdetik dalam hati, kenapa aku masih tiada di sana lagi? Kerana belum cukup duit atau kerana aku belum bersedia? Atau kerana niat apa untuk aku ke sana? Dalam kepala sudah terawang-awang. Kalau aku pergi, apa yang perlu aku lakukan?

Bila sendiri sudah ada tanggungjawab, baru terfikir, owh, saya perlu laksanakan korban tahun ini. Dan, ia sudah pun berlalu...

Hari Ahad baru tiba dari utara. Roommate tahun empat UMP dah naek ke jinjang pelamin juga dengan orang se-negeri. Roommate yg kami anggap adik padahal lahir lgi awal daripada kami. Mungkin kerana fizikalnya yang lebih kecil daripada kami yang ada yg chubby, tinggi dan besar.

Mungkin kerana dia lebih matang daripada kami yang masih lagi menggedik 'mencuci mata' tengok hero hansome dah macam panas punggung, atau masih belum serius dan ingin berseronok bersama-sama. Atau masih lagi bila membaca novel kemudian terawang-awang seketika dan kemudian berangan bagaikan tak hingat dunia? Atau masih dalam pencarian?

Aku? Masih menunggu...

4 tahun, 7 bulan...

Kerana masanya itu masih belum sesuai...walaupun ia kian suntuk, semakin lama semakin pendek...

Selagi mana aku masih percaya yang Allah itu Tuhanku, Penciptaku, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan jangan sesekali kita alpa dengan dunia yang sedang melanda.


Monday, October 7, 2013

True Story #27

Sekarang dok senang lenang. Bos semua pakat pie seminar. Bos pergi seminar. Aku?! Ni depan screen dok sambil dengar lagu 60 an. Pfffttt...

Jam dikerling. Mampir ke 1236. Kejap lagi nak ke KLFC. Terasa nak makan mewah hari ni padahal duit dah habis. Gaji yang baru hendak merasa suam-suam kuku masuk dalam akaun sudah kosong. Yang tinggal untuk pergi ke Perlis hujung minggu ni bersama rakan seperjuangan sewaktu di universiti.

Itu pun tak pasti. Cukup atau tidak untuk survive sampai gaji bulan ni masuk. Duh!!

Tadi en abang telefon. Sejak habis belajar ni, kerap panggil si dia abang. Bukan practice. Tetapi hormat. Kerana dia berkehendakkan kita untuk menikahi, bukan sekadar membiarkan diri tergantung tanpa ada niat untuk menikahi. Dan haruslah aku menjaga diri agar tiba masanya, di tuntut kepada yang hak.

Berborak sakan. Hampir tiga hari tak mendengar khabar. Sibuk katanya. Mencari rezeki untuk dia datang kepadaku bila tiba masanya dengan izin yang Maha Esa.

Hati mula menggamit, berdebar mendengar suara yang selalu mengalpakan diri. Astagfirullah. Ampunkan hambamu ini Ya Rahman.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam." Terasa dia seakan-akan tersenyum mendengar jawapan di balas.

"Buat apa?"

   "Tak ada buat apa-apa" separuh berbisik. Gentar suara tak buat apa-apa didengari bos.

"Bos ada ke?"

"Tak ada." Dia gelak kecil. Suka benar mendengar suaranya.

"dah makan?"

"Tak makan pun. Nak tidur ni."

"Owh, dah kurus pun tak makan."

"Baru tadi makan roti canai. Kul 10 tadi."

"Owh, baru la sangat. Dengan mengasap kan?" dia diam. Petanda benar. "BEtul tak?"

"Aah." Diri sendiri yang terdiam mendengar pengakuan jujur daripadanya.

"Tak apalah. Lepas ni senang skit. awak nak makan, saya cuma perlu hidupkan rokok. awak dah kenyang. Ala-ala candle night dinner tau." Dia diam.

"Saya masak untuk yang lapar je. Awak makan rokok pun dah kenyang kan? Senang hidup. Mahal tu lunch awak. RM12." Dia diam.

"Eh penat yer. Walaupun semalam balik awal. Pie la tidur nuh. Nanti lapar leh telan rokok lagi."




True Story #26

Kelakar...tetapi itulah kenyataaan. Kita tak boleh selalunya ketawa. kerana setiap tawa yang keluar ada bayarannya. Begitu juga dengan kesedihan. Apa yang kita sedihkan, mesti ada bayarannya. Sedih palsu, sedih betul, sedih buat-buat kerana simpati orang sekeliling.

selalu sedih buat-buat bila diri sendiri tersepit. Bila kita tahu kita salah, then suddenly orang marah kita, kita sedih. Padahal dah tahu salah kita dari awal lagi. Yang ni aku jumpe ramai. Walaupun hakikatnya di hadapan lelaki, lelaki nampak mereka ni lembut, tetapi sebenarnya, reality, hanya mereka yang tahu.

Dan of cos, aku perempuan. Kawan dengan perempuan. Hurmmm....

Semalam semacam perkara biasa. Dok sibuk buat sustainability untuk river cleaning program, arahan beritahu minta tolong hantarkan surat. Macam biasa
, terdiam kejap.

Tak apa lah, aku pun bukannya bz sangat. Boleh la nak tolong. Sesekali masuk KL, redah jem. Fuhh. memang terbaik! Bawa pula manual. Perghh, terasa urat lutut kaki tulang punggung meresap2 naik nak numb. Sikit je lagi, sikit je.

Parking pula kat bangunan KWSP jalan Raja Laut. Okey la. Tak ada apa important pun. Hantar je surat, lega teramat.

balik beli nasi kat bawah pokok sana. Perghh, mantapnya sama seperti dua tahun lalu! Nasi putih, ayam masak kicap, daging masak kicap, telur dadar, sayur campur masak tomyam yg pekat! Wallah, RM6.80 jew. Alhamdulillah. Termasuk cendol original RM1.2 dan buah betik splastik yang teramat la banyaknya, singgit! Hoi tak heaven makan semalam. ada hikmahnya hantar surat ni. Tak ada la terperap je dalam opis. Aku pandang kau, kau pandang aku. Layout plan tak siap2. Gomen tak mahu sedekah detail, malas aku nak merayu domba.

Petangnya pula pie KWP di putrajaya. Ingatkan boleh lah nak lolos awal. Tak juga bila jam pada kereta menunjuk angka sejam lagi. Hokay, aku ikhlas. Dan aku kena bertangungjawab dengan commitment yang ada. Fuh. Sejam je pun. duduk santai-santai, maen fb dah kul 6. Okay, sila jangan ikut aksi terlarang tadi.




Sunday, October 6, 2013

True Story #25

Senyum...pagi ni senyum...walaupun orang lain dok pakat buat kerja, kerja aku hari ni senyum. Bos2 semua meeting pagi. Monday meeting. I like. Hehe...

Senyum. Ni kalau member kepala tiok terjumpa, mau sah2 kena teleng skali. apahal la amoi ni sengih pagi2 yang damai  yang penuh kemalasan ni?

Dan aku masih tersenyum. teringat dengan conversation antara aku dengan dia pagi tadi.

"assalamualaikum..hello, awak!"

Aku diam.

"yer, hello, waalaikummussalam." Penuh kebaratan sungguh. Barat berada di dalam budaya kita di mana sahaja. Hmm...

"Ni, mama dah tempah bilik untuk kita."

"What the fishhhhh are you mentioning just now?!" Punya la gugup. Nak keluarkan kata2 kesat boleh terkeluar perkataan lain. Kesian fish tu.

"Eh, silap2. Mama dah tempah bilik untuk korang." Fiuhhhh. Okay. Dah boleh tarik nafas lega ya amat.

"Hokay. Terkezut kejap. Haa?! Kenapa?"

"Entah. nenek bising kat mama kowt."

"Pulak. Mama tempah kat mana?"

"Bilik sebelah C-mart." Ouch.

"Erm hokay. Ini gila. Nak stay kejap je pun. Tak sampai sehari. Baik Dok kat UiTM je."

"Entah. mama dah tempah dah. Terima je la. Mama nak belanja." Pfffff!!!

"Erm, berapa harga bilik tu?"

"RM80"

"What?!" style minah celop plak. "Duduk tak sampai 3 jam nak bayor smpai RM80? Tak payah la. Cakap ngan mama cancel."

"Tak apa lah. Dah mama nak belanje." Baik belanje aku nak kawin. Sob sob sek...

Talian di matikan. Termenung kejap. Tapi nanti lepak UiTM gak. Takkan nak balik pakai bju kurung. Nanya 12 jam dalam train. Entah apa yang jadi sepanjang perjalanan. tidur bukan boleh sopan. Karang ada pula yang terselak sana sini.


Tuesday, October 1, 2013

Bila Aku Marah





Ahad - tenang. masing-masing semacam pakat balik kampung ke apa entah la. La ni musim orang pakat berkahwin dah start. Memang penuh jemputan. Tapi yg comfirm banyak sah2 la member abah ngan bonda. member aku semua pakat nak pie yang jauh2. Ada la kalau roommate time u dulu boleh la nak pie kalau jauh. Kalau satu U, satu course, kenal, tak dan la nak pie. yang banyak semua belah timur sana. Mau tak dan nak pie la. Kirim doa mampu la. Semoga korang sampai ke Jannah hendaknya. *senyum*

Aih, tak perabih cakap pasal ahad. Nak cerita ahad lepas dok la dapat mesej dari cik abang ajak pie jumpa pak teh dia yang baru lepas operate jantung baru-baru ni di PPUM SJ sana. Apa salahnya keluar melawat.

Dok bersiap lepas pie JJ. Tinggalkan orang rumah berdua-duan sementara dok pie keluar.

Panaskan enjin Ouji yang baru 2 hari tak gerak-gerak. Sesekali mata jeling rumah orang bujang kat sebelah.

Aih, sempat lagi. Kowt ada rezeki bereye mo. Pffff!

Tengok kereta pun jadi la kan. Hari2 dunia penuh dengan gosip. Tekan butang log in, berduyun gosip keluar. Tapi tekan juga butang view. Hampeh.

Lepas dah pastikan enjin suam-suam kuku. Minyak bar tinggal tiga. Pasu bunga parking diletakkan di tempat yang sepatutnya, gear terus di tukar dan minyak di tekan. Berderum Ouji memecah keheningan tengah hari. Kawasan perumahan sunyi. Bak kata awal ayat, ramai dok pakat balik kampung ataupun pie kenduri kawin.

'Awak waktu melawat sampai jam 3 je.' Mata mula mengerling pada meter kereta. Mampir ke nombor 2.10 petang. Menjeling seat belakang. Pastikan buahan yang dibeli di bawa.

'Ok. otw. Jalan jem sikit.' Jari telunjuk kiri menekan punat radio. Keluar tulisan reading pada screen radio. Bergema lagu In the End by Linkin Park yang tiba-tiba bersuara.

Hati tersenyum puas. Owh lupa. Doa naik kenderaan. Hmm. Subhanallazi...

'Jem kat mana?' Bunyi mesej masuk. Tangan kiri laju menekan punat open.

'Kat pekeliling. Jap lagi sampai.'

'Saya tunggu kat site ye.' Dahi mula berkerut. Boleh bercantum kening kiri dan kanan. Kata cuti. NAk buat apa di site? Mood bertukar. Sesekali melaung kuat lagu Somewhere I belong. Tingkap di buka luas. Volume naik ke angka 21. Puas.

'Dah sampai.' Hanya mesej pendek di beri.

Selang tiga minit yang di rasakan bagaikan sepuluh minit itu, kelibat yang di tunggu muncul.

"Hai." Lock pintu di buka. Mata sesekali menjeling ke arah jalan utama. Takut lori simen masuk time tu. Lelah nak cari parking di kawasan tinggi tu.

"Busuk doh!" hanya itu yang terungkap. Cermin tingkap laju di tekan ke bawah. Pfff! Serius seriau. Agenda yang paling ditakuti berlaku juga.

"Mana ada. Wangi tau." Alasan di beri lagi. Hanya keluhan yang keluar. Tangan kiri memulas semakin laju volume radio. Terasa gegendang speaker pintu hadapan bergegar kuat.

Malas hendak ambil tahu. Malas hendak rajin mengupdate. Malas. Lebih baik jaga diri sendiri, jaga keluarga daripada jaga orang yang belum tentu jadi sebahagian daripada kita.

Kaki menekan kuat minyak. Berderum kereta dengan kelajuan 100km/h di Lebuh raya Persekutuan. Suara GPS tidak di ambil peduli. Orang buta jalan je yang tak ambil peduli apa yang berlaku sekeliling. Dah tahu nak pie, buat la research dulu. Dem!

Tangan laju menukar gear.

"Federal Highway jem tau." Mata menjeling.

"Orang bengap pun tahu." Hanya itu yang terungkap. Entah kenapa terlalu bengang. dia lansung tak ada rasa bersalah. Sesekali nafas dihembus dalam. Ahh, sesak nafas dibuatnya. Bahu Dunhill menusuk-nusuk hingga ke pangkal jantung. PEdih menahan hulu ati dengan bau yang kurang enak. LEbih teruk dari bau bangkai.

Sesekali jari mengetuk stering kereta.

"Tak payah ralit sangat tengok smart phone kau tu. Tengok sign board nak masuk mana. Dah dekat dah ni." Menyampah. Itu saja yang terpendam.

Dari jauh sign board ke PPUM jelas, terang dan nyata berada di hadapan.

"Weh, tutup benda alah tu boleh tak? Dah ada depan pintu masuk nak GPS apanya lagi. Bising tahu tak."

"Ingatkan dah tutup."


Krik..krik..krik...

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...